2002
Peristiwa-peristiwa
Januari
- 22 Januari - Badan Koperasi juga telah maju setapak kehadapan dengan terbinanya koperasi sekolah pada awal bulan Januari dan terletak bersebelahan dengan Bilik SPBT. Ini dapat memantapkan lagi kewangan sekolah dan dapat memberikan kemudahan kepada pelajar. Koperasi sekolah juga telah membuka syernya kepada para guru dan 30 orang pelajar pertama. Ia dapat membuka minda pelajar dalam aspek ekonomi dan juga perniagaan saham. Keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Ugama (STU) telah diumumkan pada hari Selasa (22/01/2002) dengan pencapaian 100% lulus. Seluruh calon SMU telah mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan SMU/SMTQ.
- 31 Januari - Program SINAR 2002 yang dianjurkan oleh Badan Kaunseling dengan kerjasama Badan Dakwah dan Kepimpinan MTAQ telah dilaksanakan pada 31 Januari 2002 sehingga 2 Februari 2002 (selama 3 hari). Program ini hanya dikhususkan kepada pelajar Soff Awwal I'dadi. Tujuan program ini diadakan ialah sebagai pendedahan kepada pelajar tentang suasana dan pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar-pelajar tahfiz al-Quran. Ini bagi mengelakkan tekanan belajar yang keterlaluan disamping dapat menyesuaikan diri dengan kurikulum di Maahad Tahfiz Al-Quran ini.
Februari
- 18 Februari - Pelajar tingkatan Thalith I'dadi, Muhammad Faris bin Makhtarudin telah mewakili Maahad Tahfiz Al-Quran ke Pertandingan Mendeklamasi Sajak sempena Hari terbuka dan Pelancaran Syiar Sekolah SMU(A) Taqaddum Ilmi, Ketereh. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 10 buah sekolah yang melibatkan dua orang peserta. Beliau telah berjaya menjadi Johan bagi Kategori Lelaki.