3 Januari - MTAQ menerima kemasukan pelajar baru Tingkatan 1 Tajwid (Tingkatan 1) untuk sesi 2009 seramai 54 orang dan tingkatan 2 Aliah (Tingkatan 4) dari Maahad Tahfiz al-Asriah, Banggol Chica seramai 60 orang.
4-11 Januari - Minggu Orientasi Pelajar Baru 2009. Antara pengisian yang diadakan seperti Ceramah Motivasi oleh Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, taklimat, persembahan dan taaruf perdana.
8 Januari - MTAQ sekali lagi terpilih sebagai tuan rumah untuk pengisytiharan keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU, Sijil Menengah Tahfiz al-Quran (SMTQ), Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP). Pengisytiharan dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah.
15-29 Januari - Program Sambutan Awal Muharram (SALAM) bermula. Antara pengisian yang dijalankan adalah seperti pertandingan mini, BBQ puyuh (22/1/2009), Bubur Asyura (25/1/2009) dan juga Merentas Desa (24/1/2009).
18 Januari, Ahad - Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong telah menganjurkan satu demontrasi aman untuk membantah kekejaman tentera Zionis dan Israel laknatullah terhadap Palestin. Demontrasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak guru mahupun pelajar. Antara aktiviti demontrasi aman ini adalah seperti solat hajat dan qunut nazilah, perarakan dengan membawa kain rentang dan sepanduk serta ikat kepala, ucapan-ucapan mengutuk dan mengecam pencerobohan Israel ke atas tanah Palestin dan akhir sekali, kutipan derma dari para guru dan juga pelajar.
Fakta:
Demontrasi Membantah Kezaliman Rejim Zionis
17 Januari - 2 Februari - Badan al-Quran dan Qiraat mengadakan kelas intensif al-Quran kepada pelajar yang tidak mencapai sukatan. Lebih kurang 80 orang pelajar yang terlibat dalam kelas selama 17 hari ini. Kelas yang mengambil masa selama 7 jam sehari bersama al-Quran berjaya membuatkan sebilangan pelajar tasmik lebih daripada 20 muka surat untuk tempoh tersebut. Malangnya, masih ada lagi pelajar yang tidak mampu tasmik lebih daripada 5 muka surat. Kesemua guru al-Quran terlibat dalam kelas ini. Kelas bermula selepas waktu al-Quran: 7.30 - 9.00 pagi; 9.00 - 11 pagi; 3.30 - 5.30 petang; 8.00 - 9.30 malam.
4 - 7 Februari - Cuti Tahfiz.
8 Februari - Maahad Tahfiz al-Quran (MTAQ) menjadi tuan rumah bagi pertandingan Ujian Tilawah al-Quran Zon 6 MASSAK. Mempunyai 2 kategori, A (16 tahun ke atas) - 8 peserta dan B (15 tahun ke bawah) - 10 peserta. Hampir kesemua sekolah yang berada di dalam zon 6 mengambil bahagian. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, SMU(A) Ahmadiah, SMU(A) Hasaniah, SMU(A) al-Ihsan, Maahad Syamsul Maarif (Lelaki), SMU(A) al-Balaghul Mubin dan sebagainya. Panel hakim terdiri daripada Ustaz Wan Hilmi Wan Abdullah, Ustaz Azwar dan Ustaz Ku Mohd Idham Ku Ramli. Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi berakhir pada jam 1.30 petang.
Johan untuk kategori A disandang oleh peserta dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah manakala untuk kategori B disandang oleh SMU(A) Ahmadiah. Peserta MTAQ hanya menduduki tempat kedua bagi kategori A dan ketiga bagi kategori B. Wakil MTAQ - Mohd Fitri (A) dan Wan Ahmad Najmuddin (B).
14 Februari - Dua orang wakil MTAQ, Mohd Afiq Afifi (Bahasa Malaysia) dan Mohd Zamir Aizat (Bahasa Inggeris) membolot johan Pidato Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi peringkat Zon 6 MASSAK 2009 dan seterusnya mewakili zon di pertandingan akhir.
18 - 22 Februari - Seramai 40 orang pelajar yang terpilih kebanyakannya dari tingkatan 3 Aliah (SPM) mengikuti Kursus Kenegaraan selama 4 hari anjuran YIK yang bertempat di Kompleks Markaz Dewan Ulamak (MADU), Labok.
19 Februari - MTAQ dimasyhurkan selaku johan pidato Bahasa Inggeris MASSAK 2009 melalui wakilnya, Zamir Aizat. Pertandingan yang berlangsung di Maahad Amir Indera Petra diiringi oleh van sekolah dan beberapa buah kereta guru sebagai sokongan buat beliau. Manakala wakil Bahasa Malaysia, Wan Afiq Afifi gagal meraih sebarang tempat teratas di pertandingan akhir pidato Bahasa Malaysia yang bertempat di sekolah ...
21 Februari - MTAQ menyertai pertandingan Khutbah Bahasa Arab peringkat Zon 6 MASSAK yang diadakan di SMU(A) Ahmadiah Paloh, Tanah Merah. Peserta dari MTAQ, al-Farouqi hanya berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini.
25 Februari - Seramai lebih 20 orang pelajar MTAQ mewakili MTAQ untuk menghadiri solat hajat bagi penyempurnaan Pesta Sukan Rakyat KDYMM Sultan Kelantan yang akan berlangsung pada 3 Mac ini. Antara guru dan kakitangan pengiring adalah Ustaz Anas dan juga Wan Mohd Fauruh.
1 - 5 Mac - Ujian bulanan MTAQ.
3 Mac - Pesta Sukan Rakyat sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang bertempat di Padang Sekolah Menengah Sains Machang. MTAQ menghantar seramai 14 orang dari setiap kelas bersama guru pengiring.
5 Mac - Di perkarangan MTAQ, para pelajar menyaksikan kekuatan pasukan bola tampar mengalahkan pasukan Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) Labok dengan mata 2-0 sekaligus melayakkan diri ke pertandingan akhir zon 6 di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Mengiringi pasukan bola tampar, pasukan ping pong yang mengalahkan pasukan yang sama dengan mata 3-0. Malangnya hajat pasukan sepak takraw untuk menjadi pasukan seterusnya ke peringkat akhir tidak tercapai sesudah terpaksa akur dengan kehebatan pasukan MSML dengan mata 2-0.
6 Mac - Calon-calon STTQ 2009 mula mengikuti ujian khutbah Jumaat yang dijalankan di masjid-masjid sekeliling MTAQ. Antara masjid yang terlibat adalah seperti Masjid Pauh Lima, Masjid Galang, Masjid Dalam Kerawat, Masjid Sains Machang, Masjid Labok, Masjid Tok Bok dan lain-lain.
6-8 Mac - MTAQ telah menganjurkan Kejohanan Sukan MTAQ (Kesmua) bertemakan "Don't mess with the best". Kejohanan yang bermula pada 6 Mac (Jumaat) dirasmikan oleh Pengetua MTAQ, Ustaz Mohd Mansor bin Haji Daud dan perasmian penutup disempurnakan oleh YABrs Ustaz Sabri, Penolong Pengarah YIK pada 8 Mac.
10 Mac - Mengiringi pasukan sepak takraw, pasukan bola sepak dan badminton juga terpaksa akur dengan kehebatan pasukan MSML. Pasukan bola sepak tewas dengan jaringan 4-3 manakala pasukan badminton tewas dengan mata 3-1. Perlawanan bola sepak diadakan di padang MSML dan perlawanan badminton diadakan di Dewan Majlis Daerah Ketereh.
11 Mac - MTAQ menyertai pertandingan nasyid MASSAK zon 6 yang diadakan di SMU(A) Pangkal Jenerih. MTAQ mendapat tempat ketiga.
12 Mac - MTS Tanah Merah menjadi tuan rumah untuk pertandingan akhir zon 6 MASSAK bagi sukan. Acara yang melibatkan MTAQ hanyalah ping pong dan bola tampar. Pasukan pingpong menjadi naib juara dan pasukan bola tampar hanya menduduki tempat ketiga.
12 Mac - Seekor lembu hadiah dari individu dikorbankan untuk majlis ini. Penyembelihan dimulakan pada jam 7 pagi oleh Ustaz Mansor. Hampir kesemua ustaz yang dipertanggungjawabkan turun padang dengan dibantu oleh masyarakat sekitar. Manakala aktiviti pelajar adalah berselawat dalam barisan dan kemudian mengikuti ceramah yang dikendalikan oleh unit ceramah dan motivasi majlis ini. Juga majlis ini untuk meraikan pelajar SPM 2008 yang akan mengambil keputusan masing-masing. Majlis makan bermula jam 12.30 dan tamat sejam kemudian.
13 - 20 Mac - Cuti penggal pertama persekolahan. Yang masih tinggal di sekolah, mereka yang terlibat dalam Kelas Pengukuhan al-Quran (tidak memenuhi 75% dari sukatan yang telah ditetapkan) sehingga 17 Mac.
30 - 31 Mac - Mohd Hariz Syazwan menerima anugerah pelajar cemerlang sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan. MTAQ menghantar pelajar tingkatan 1 sebagai wakil untuk memeriahkan sambutan tersebut.
1 - 9 April - Peperiksaan percubaan Sijil Tinggi Tahfiz al-Quran (STTQ).
6 - 10 April - MTAQ menyertai pameran untuk Pertandingan Hafazan al_Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-30 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang.
8 April - Pertandingan Membina Perisian Pendidikan YIK bagi kumpulan Animasi 4 bertempat di Dewan Syatibi, MTAQ. Hanya 2 penyertaan sahaja yang diterima dari 5 buah sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak YIK. MTAQ muncul johan dengan 86 markah dan Maahad Rahmaniah, Kuala Krai muncul naib johan.
Pada hari ini juga, MTAQ menerima lawatan sambil belajar dari 60 orang pelajar dari sekolah Imtiaz bersama dengan 6 guru pengiring.
9 April - Pertandingan Tahfiz peringkat akhir MASSAK (Lelaki) bertempat di Dewan Syatibi, MTAQ. Johan dari Maahad Muhammadi Lelaki mewakili Zon 1.
13 - 19 April - Calon STTQ 2009 mengikuti Kursus Kemantapan Diri yang bertempat di Darul Quran, Labok.
21 April - Gotong royong perdana sempena cuti tahfiz dan juga majlis perasmian Masjid Keputeraan. Gotong royong diadakan usai sahaja majlis perhimpunan.
22 - 23 April - Cuti Tahfiz.
26 April - Gotong royong terakhir.
27 April - Majlis perasmian berjalan dengan lancar. KDYMM Sultan Kelantan dan Tengku Anis mencemar duli untuk merasmikan majlis ini. Tengku Temenggong dan isteri turut sama mengiringi. Daripada pihak kerajaan negeri, Timbalan Menteri Besar, YAB Dato' Ahmad Yaacob bersama dengan barisan exco negeri, Pengarah dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK), DO Machang, Penggawa, Penghulu-penghulu dan masyarakat setempat. 4 ekor lembu ditumbangkan untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
28 April - Gotong royong dan pembersihan kawasan sekolah.
30 April - MTAQ menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Membina Perisian Pendidikan YIK 2009 kategori Animasi. Pertandingan ini diadakan di Dewan Besar YIK, Nilam Puri.
10 Mei - Cuti Hari Wesak.
12 Mei - Peperiksaan STTQ tamat.
13 - 14 Mei - MTAQ menyertai Majlis Himpunan Huffaz bertempat di Balai Islam, Lundang yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK). Seramai 102 orang huffaz dari MTAQ menerima insentif dari KDYMM Al-Sultan Kelantan dan 160 orang pelajar menjadi penonton. Majlis akan dihiasi bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh pelajar MTAQ, Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin. Raptai pada 13 Mei dan majlis pada 14 Mei.
3 - 28 Mei - Peperiksaan penggal 1. Minggu pertama dimulakan dengan ujian lisan bagi subjek Quran, Qiraat dan Mutun untuk tingkatan 5. Minggu kedua, ujian lisan bagi subjek Quran, Qiraat dan Mutun untuk tingkatan 1 - 4. Manakala tingkatan 5 memulakan ujian bertulis. Minggu ketiga dan keempat, ujian bertulis.
28 - 13 Jun - Cuti penggal 1. Kelas pengukuhan al-Quran diadakan pada 5 hari mula cuti.
Cuti penggal 1 2009 ini menyaksikan 3 majlis perkahwinan guru dan kakitangan MTAQ. Juga penyertaan guru untuk umrah dan ziarah ke Mekah.