MTAQ.edu.my menjejak maklumat pelajar di alamat http://mtaq.edu.my/Pelajar.
Setiap warga MTAQ akan mendapat alamat peribadi dengan skema berikut: http://mtaq.edu.my/Pelajar/<no> dengan <no> merujuk kepada nombor diri. Contohnya, alamat bagi pelajar yang bernombor diri 9923 ialah http://mtaq.edu.my/Pelajar/9923.
Anda boleh menyatakan butir-butir hubungan seperti alamat (kalau banyak alamat sila labelkan setiap satu: rumah, pejabat, surat-menyurat, dan sebagainya), nombor telefon (kalau banyak nombor telefon sila labelkan setiap satu: rumah, pejabat, faks, bimbit, dan sebagainya), e-mel, dan laman web. Anda juga boleh menyertakan maklumat latar belakang jika mahu seperti latar belakang pendidikan, pengalaman kerjaya dan sebagainya (sila tulis secara formal; boleh dibuat dalam bentuk resume). Maklumat produk perniagaan tidak dibenarkan dan dikira spam.
Untuk membina senarai pelajar, ikuti langkah-langkah yang berikut:
Mulakan dengan kod yang berikut:
{{Senarai pelajar|
Kemudian, sisipkan maklumat untuk setiap pelajar dengan kod yang berikut:
{{Senarai pelajar/Entri|<no>|<nama>}}
...dengan <no> merujuk kepada nombor diri pelajar dan <nama> merujuk kepada nama pelajar. Contohnya, entri untuk pelajar yang bernombor diri "0001" dan bernama "Fulan" ditulis seperti yang berikut: {{Senarai pelajar/Entri|0001|Fulan}}.
Ulangi langkah 2 untuk entri-entri seterusnya.
Akhiri dengan kod yang berikut:
}}
Yang berikut ialah contoh senarai pelajar dengan dua entri:
{{Senarai pelajar|
{{Senarai pelajar/Entri|0001|Fulan}}
{{Senarai pelajar/Entri|0002|Anu}}
}}
Setiap pelajar mempunyai laman masing-masing dalam MTAQ.edu.my. Untuk menyertakan maklumat-maklumat hubungan seperti alamat, nombor telefon, dan sebagainya, ikuti langkah-langkah yang berikut:
Mulakan dengan kod yang berikut:
{{Kad|<nama>|
...dengan <nama> merujuk kepada nama individu. Sebagai contoh, kod untuk individu yang bernama "Fulan" ialah {{Kad|Fulan|.
Untuk butir alamat, taip kod yang berikut:
{{Kad/Alamat|<pobox>|<sambungan>|<jalan>|<bandar>|<negeri>|<poskod>|<negara>}}
...dengan <pobox> merujuk kepada P.O. Box, <sambungan> merujuk kepada alamat sambungan (contoh: "Tingkat Dua", "Jabatan Pendaftaran"), <jalan> merujuk kepada alamat jalan (contoh: "3 Jalan BU 1/1, Taman Bukit Utama"), <bandar> merujuk kepada bandar, <negeri> merujuk kepada negeri, <poskod> merujuk kepada poskod, dan <negara> merujuk kepada negara. Anda tidak perlu menyatakan semua maklumat. Tinggalkan kosong untuk maklumat yang tiada, dan taip maklumat yang ada sahaja, tetapi mengikut tertib. Berikut ialah contoh kod alamat: {{Kad/Alamat|||1 Pangkal Gong|Pulai Chondong|Kelantan|16600|}}.
Untuk butir nombor telefon, taip kod yang berikut:
{{Kad/Tel|<tel>}}
...dengan <tel> merujuk kepada nombor telefon. Sila gunakan tatatanda piawai, iaitu, untuk nombor telefon tempatan: (xxx) xxxx xxxx, manakala untuk nombor telefon antarabangsa: +xxx xxxx xxxx.
Untuk butir alamat e-mel, taip kod yang berikut:
{{Kad/E-mel|<emel>}}
...dengan <emel> merujuk kepada alamat e-mel. Sebagai langkah mencegah spam, gantikan aksara @ dalam alamat e-mel anda dengan {{@}}. Cara ini boleh mencegah (tetapi bukan 100%) bot spam automatik yang berkeliaran dalam Internet.
Untuk butir alamat tapak web (blog peribadi dan sebagainya), taip kod yang berikut:
{{Kad/URL|<alamat>}}
...dengan <alamat> merujuk kepada alamat tapak web anda. Jangan lupa awalan http://.
Akhiri dengan kod yang berikut:
}}