(Dilencongkan dari Editorial:Sidang)
Rencana ini ditulis bertujuan memberi penerangan mengenai tapak web MTAQ (MTAQ.edu.my) dan sistem pengurusan kandungannya. Sila patuhi segala panduan dan peraturan yang digariskan dalam rencana ini.
Berikut adalah rencana yang belum disiapkan dalam MTAQ.edu.my. Untuk menulis rencana-rencana ini, klik pada pautan yang disediakan. Setelah selesai, tekan "Simpan laman". Anda tak perlu menyiapkan keseluruhan rencana dalam satu masa; anda boleh memperbaikinya dari masa ke masa.
MTAQ.edu.my menggunakan bahasa wikitext. Berikut adalah sedikit pengenalan mengenai wikitext:
| Rupa sebenar | Teks asal |
|---|---|
|
Anda boleh mencondongkan teks dengan meletakkan 2 koma atas (') pada kedua-dua belah teks. 3 koma atas akan menebalkan teks. 5 koma atas akan menebalkan dan mencondongkan teks. |
Anda boleh ''mencondongkan teks'' dengan
meletakkan 2 koma atas (') pada kedua-dua belah
teks.
3 koma atas akan menebalkan '''teks'''.
5 koma atas akan menebalkan dan mencondongkan
'''''teks'''''.
|
Tajuk bahagianTajuk boleh menbahagikan tulisan anda kepada beberapa bahagian. SubtajukGunakan lebih banyak tanda sama dengan (=) untuk mencipta subtajuk. Subtajuk yang lebih kecilJangan langkau mana-mana peringkat, seperti daripada dua terus kepada empat tanda sama dengan. | == Tajuk bahagian == ''Tajuk'' boleh menbahagikan tulisan anda kepada beberapa bahagian. === Subtajuk === Gunakan lebih banyak tanda sama dengan (=) untuk mencipta subtajuk. ==== Subtajuk yang lebih kecil ==== Jangan langkau mana-mana peringkat, seperti daripada dua terus kepada empat tanda sama dengan. |
| * Mudah sahaja membuat ''senarai tak bernombor'': ** Mulakan setiap baris dengan tanda bintang. *** Lebih banyak bintang digunakan untuk peringkat yang lebih dalam. |
Sebuah baris baru menandakan penghujung bagi senarai tersebut.
| # ''Senarai bernombor'' adalah: ## Amat teratur ## Mudah diikuti Sebuah baris baru menandakan penghujung bagi senarai tersebut. # Senarai baru dimulakan dengan nombor 1. |
|
Ini ialah pautan ke Laman Utama. | Ini ialah pautan ke [[Laman Utama]]. |
Sila lihat http://meta.wikimedia.org/wiki/Help:Wikitext_examples untuk rujukan penuh.
MTAQ.edu.my tidak ditadbir oleh seorang webmaster. Untuk mengelakkan bebanan dan mengatasi masalah webmaster yang tidak tetap, web MTAQ sentiasa disunting dan dikemaskini oleh sekumpulan sukarelawan. Oleh itu, ia akan sentiasa dikemaskinikan secara berterusan.
Anda boleh menjadi sukarelawan jika anda mahu. Lihat soalan seterusnya.
Boleh. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian sahkan e-mel anda. Selepas proses pendaftaran dan pengesahan selesai, anda boleh menyunting mana-mana laman.
Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi sukarelawan:
Ya. Anda perlu bersetuju untuk menyerahkan semua suntingan anda di bawah hak cipta MTAQ. Lihat Editorial:Hak cipta untuk maklumat lanjut.
Adalah sukar untuk memuaskan cita rasa semua orang. Ada yang memuji, ada juga yang mengkritik. Apa-apa pun, reka bentuk langsung tidak menjadi prioriti kami. Kami hanya pentingkan kualiti kandungan. Kami mahu memastikan pelawat MTAQ.edu.my memperoleh maklumat yang dicari.
Sebelum ini sistem forum mengundang kepada perbalahan yang tidak matang antara pengguna dan pernah menimbulkan kontroversi. Kami terpaksa hentikan sistem ini. Kalau anda mahu berhubung secara on-line dengan warga MTAQ, anda boleh menyertai eGroups MTAQ. Lihat juga komuniti dalam talian untuk senarai alternatif yang ada.
Kami akan memuat naik gambar-gambar yang berkaitan dengan MTAQ kalau masa mengizinkan, insya-Allah.
MTAQ.edu.my menggunakan sistem wiki: sesiapa sahaja menyunting mana-mana laman. Konsep ini mungkin agak aneh pada mulanya. Akan tetapi, secara praktikal, sistem wiki amat berkesan. Wikipedia ialah contoh terbaik bagi tapak web yang menggunakan sistem ini.
Tidak. Para sukarelawan akan sentiasa memantau dari masa ke masa. Oleh kerana setiap suntingan direkodkan, jika terdapat sebarang vandalisme berlaku, data lama boleh dipulihkan dengan segera, dan para penyelia akan menyekat (membekukan akaun) serta-merta mana-mana pengguna yang dikenalpasti melakukan vandalisme.
MTAQ.edu.my sejak sekian lama dibina dan dipelihara oleh sekumpulan sukarelawan yang bertungkus-lumus untuk menyediakan kandungan yang berkualiti tinggi. Anda seharusnya menghargai usaha mereka
.
Anda perlu log masuk terlebih dahulu. Pergi ke mana-mana laman yang ingin diubah. Kemudian, tekan butang sunting (ikon pensel:
) yang terletak di sebelah atas. Anda boleh menaip menggunakan bahasa wikitext. Setelah siap, tekan butang "Simpan".
Taip alamat untuk laman tersebut di bar alamat dalam pelayar web anda. Sebagai contoh, jika anda mahu mencipta laman bertajuk "Contoh", anda boleh menaip http://mtaq.edu.my/Contoh. Sekiranya laman itu belum wujud, terdapat teks yang menyatakan bahawa laman itu kosong. Klik butang sunting (ikon pensel) dan sunting seperti biasa.
Hanya penyelia mempunyai kuasa untuk menghapuskan laman. Jika anda betul-betul mahu menghapuskan sebarang laman, kosongkan laman yang ingin dihapuskan (dan, kalau boleh, beri petunjuk mengenai hasrat anda dengan menaip "tolong hapus" dalam ruangan "ringkasan"). Seorang penyelia akan menghapuskannya jika munasabah.
Untuk memuat naik (upload) gambar, anda boleh pergi ke Khas:Muat naik, atau anda boleh mengklik pautan "Muat naik fail" yang terletak di bahagian bawah sekali. Kemudian, sisipkan gambar tersebut ke dalam mana-mana laman dengan menggunakan kod [[Imej:Contoh.jpg]] (gantikan "Contoh.jpg" dengan nama fail bagi gambar yang telah dimuat naik).
Untuk memuat naik klip video, anda boleh menggunakan perkhidmatan YouTube. Kemudian, sisipkan video tersebut ke dalam mana-mana laman dengan menggunakan kod <youtube>[id]</youtube> di mana [id] ialah kod bagi video anda.
Gunakan laman Khas:Perubahan terkini.
Sila ajukan sebarang soalan kepada Aviator.