Logo
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Pencapaian
  • Warga
  • Buletin
  • Galeri
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

Keratan akhbar

Isi kandungan

  • 1 2009
    • 1.1 Maahad Muhammadi Perempuan terbaik PMRU
  • 2 2008
    • 2.1 Pencapaian peperiksaan SMU sekolah Yik meningkat
    • 2.2 Keputusan Peperiksaan YIK terus meningkat

2009

Maahad Muhammadi Perempuan terbaik PMRU

Oleh: Mohd Nor Yahya

MACHANG, 8 Jan (Hrkh) - Maahad Muhammadi Perempuan muncul sebagai sekolah terbaik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) 2008. Iklan

Terdapat sembilan sekolah mencapai keputusan 100 peratus iaitu Maahad Muhammadi Perempuan; Maahad Muhammadi Pasir Mas; Maahad Muhammadi Pasir Pekan, SMU (A) Syukuriah, Lubuk Setol; SMU (A) Al Fitrah, Pasir Sat.

Manakala sekolah luar Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang cemerlang iaitu Maahad Tahfiz Quran Al-Itqan, Ampang Selangor; Sekolah Menengah Islam Seremban, Negeri Sembilan; Maahad Tahfiz al-Tijarah, Selayang dan Maahad Aminiah Seberang Prai Pulau Pinang.

Keputusan peperiksaan tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah di Maahad Tahfiz Wal Qiraat, Pulai Chondong hari ini.

Menurutnya pencapaian keseluruhan PMRU tahun lepas ialah 84.05 peratus iaitu meningkat 0.76 peratus berbanding 2007.

Manakala bilangan calon yang mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran seramai 346 orang.

Pelajar terbaik PMRU ialah Aishah Nazurah Ubaidah mendapat 10A1 dari Maahad Muhammadi Perempuan.

Bagi peperiksaan SMU turut berlaku peningkatan di mana seramai 634 pelajar berjaya mendapat mumtaz.

Mohd Amar berkata, peningkatan pelajar cemerlang ekoran Yik memperkenalkan sistem terbuka bagi peperiksaan SMU bermula tahun 2008.

Pencapaian 100 peratus bagi peperiksaan itu terus dipertahankan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong.

Bagaimanapun pelajar terbaik iaitu Elyana Razalle mendapat 10A1 dari Maahad Muhammadi Perempuan.

Bagi peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) seramai 59 pelajar Maahad Tahfiz Al-quran Wal Qiraat menduduki peperiksaan itu.

Pencapaian 100 peratus dicapai dalam mata pelajaran al-Quran, Al-qiraat dan Hifzul Mutun dan Rasam Quran. Pelajar terbaik ialah Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin mendapat 10A1.

Manakala bagi Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) pula seramai 26 pelajar menduduki peperiksaan berkenaan dengan pencapaian 57.61 peratus.

Pelajar terbaik disandang Muhammad Arif Yaaziz dari Pusat Pengajian Pondok Yik memperolehi Jayyid Jiddan.

Sebelum ini dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Maahad Muhammadi Perempuan mendapat kelulusan 98.89 peratus, kedua Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (98.82 peratus) dan ketiga Maahad Muhammadi Lelaki (88.82 peratus).

Hadir sama pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan tersebut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Muhammad Awang, Pengarah, Haji Che Ismail Hasabullah serta pegawai kanan Yik. - mj _

2008

Pencapaian peperiksaan SMU sekolah Yik meningkat

1 Januari—KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh)- Pencapaian peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2007 sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) meningkat kepada 78.42 peratus berbanding 77.36 peratus tahun sebelumnya.

Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.

Seramai pelajar 4,048 orang menduduki peperiksaan tersebut yang diadakan di 74 pusat peperiksaan. Sebanyak 10 mata pelajaran ditawarkan pada peperiksaan itu.

Sebanyak tujuh mata pelajaran mencatat peningkatan manakala tiga mata pelajaran mencatat penurunan.

Seramai 223 pelajar (5.70 peratus) mencatat keputusan cemerlang berbanding 123 orang (2.9 peratus) pada 2006. Pelajar yang mendapat pangkat 1 seramai 2,228 orang, pangkat 2 seramai 405 orang dan pangkat 3 seramai 207 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, pelajar sekolah menengah kerajaan negeri yang mendapat 1 cemerlang (188 orang), pangkat 1 seramai 1,497 orang, pangkat 2 (245 orang), pangkat 3 (108 orang).

“Manakala bagi sekolah menengah bantuan pangkat 1 cemerlang seramai 18 orang, pangkat 1 (538 orang), pangkat 2 (131 orang) dan pangkat 3 (77 orang).

"Bagi Maahad Tahfiz Al-Quran seramai 46 pelajar menduduki peperiksaan SMU di mana enam pelajar mendapat pangkat 1 cemerlang, 39 pelajar pangkat 1 dan seorang mendapat pangkat 2,” katanya ketika mengumumkan peperiksaan tersebut di Nilam Puri, semalam.

Pada peperiksaan itu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong mendapat 100 peratus, Maahad Tahfiz Sains (98.85 peratus) dan Maahad Muhammadi Perempuan (98.25 peratus).

Bagi kategori sekolah bantuan, Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Saadatul Qura, Kampung Bahagia, Kuala Krai mendapat 90.91 peratus, SMU (Arab) Taqaddum Al-Maarif Pasir Tumbuh (89.47 peratus) dan SMU (Arab) Al-Kauthar Peringat (87.50 peratus).

Selain itu, seramai 280 pelajar sekolah menengah agama luar Yik menduduki peperiksaan tersebut, di mana pangkat 1 cemerlang (11 orang), pangkat 1 (tujuh orang), pangkat 2 (25 orang) dan pangkat 3 (22 orang).

Sekolah terbabit iaitu Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, Terengganu mencatat 96.55 peratus, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pesentren Abdul Taib Mahmood, Sarawak (91.18 peratus) dan Madrasah Al-Aminiyyah, Pulau Pinang (85.71 peratus).

Manakala pelajar persendirian pula seramai 17 orang, pangkat 1 (tujuh orang) dan pangkat 2 (tiga orang).

Bagi peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ) 2007, bilangan pelajar yang mendapat pangkat 1 cemerlang (enam orang), pangkat 1 (39 orang) dan pangkat 2 (seorang).

Sementara itu pencapaian keseluruhan PMR 2007 pula, pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran seramai 165 orang dan minimum B dalam semua mata pelajaran (390 orang). Seramai 7,844 pelajar memasuki peperiksaan itu.

Manakala bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) sekolah yang mendapat 100 peratus iaitu Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.

Bagi kategori sekolah bantuan yang mendapat keputusan serupa iaitu SMU (A) Al-Fitrah Pasir Sat Tanah Merah, SMU (A) Diniah Bongor, Rantau Panjang, Sekolah Menengah Islam Seremban, Maahad Tahfiz At-Tijaarah Selayang, Selangor dan Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, Kuala Terengganu.

Seramai 6,189 pelajar tingkatan dua sekolah Yik dan sekolah persendirian menduduki PMRU 2007.

Mohd Amar juga berkata, sistem pendidikan Yik berjaya melahirkan individu yang menjadi model kepada golongan remaja iaitu Siti Fatimah Mukhtar dan Ahmad Najib yang merupakan pelajar cemerlang peringkat negara bagi peperiksaan SPM dan STAM 2006.

[Dipetik daripada HarakahDaily]

Keputusan Peperiksaan YIK terus meningkat

31 Disember—Nilam Puri :31 Dis– Keputusan Peperiksaan kendalian YIK terus mencatatkan peningkatan berbanding pencapaian dalam peperiksaan yang serupa pada tahun lepas. Peperiksaan PMRU yang telah dijalankan di 94 buah pusat, dengan 84 pusat di Kelantan sementara bakinya di Luar Kelantan disertai 6,189 pelajar telah mencatat peningkatan sebanyak 3.2% kepada 83.29% berbanding 80.09 % pada tahun lalu.

Sementara itu bilangan calon yang mendapat pangkat A dalam semua matapelajaran turut meningkat kepada 387 berbanding 252 orang pada tahun 2006. 8 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus iaitu, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Pasir Pekan,SMU(A) Al Fitrah, Pasir Sat, SMU(A) Diniah, Bongor, Sek. Men. Islam Seremban, Negeri Sembilan, Maahad Tahfiz Al- Tijarah, Selayang dan Sek. Men. Agama ( Swasta ) Kg. Laut, Terengganu.

Dalam Peperiksaan SMU pula Seramai 4,048 pelajar telah menduduki peperiksaan ini, meningkat 1.06 % kepada 78.42% berbanding sebelumnya 77.36 %.Bilangan calon yang mendapat peringkat Mumtaz ( 1 Cemerlang )pula meningkat kepada 223 orang iaitu 5.69 % berbanding 123 orang tahun 2006

Peperiksaan SMTQ yang disertai Maahad Tahfiz Al Qur’an Wal Qiraat dengan jumlah calon seramai 46 merupakan sijil khusus kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian aliran Tahfiz Al- Qur’an Wal Qiraat, Pencapaian peperiksaan ini terus mempertahankan prestasi kecemerlangan 100 peratus.

Manakala Peperiksaan STUP yang hanya disertai oleh Pusat Pengajian Pondok, dengan calon seramai 36 orang meningkat 22.44 % kepada 79.30 % berbanding 56.86 % pada tahun 2006.

Sekolah terbaik PMRU tahun ini ialah Maahad Muhammadi Perempuan, PMR Maahad Tahfiz Sains SMU dan SMTQ, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat.

Sementara pelajar terbaik peringkat PMRU Nurul Fatini bt Mohd Darus 10A ( 97.60 %) dari Maahad Muhammadi Perempuan, SMU Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd Kamal (10A1 ) dari Maahad Muhammadi (P), SMTQ, Izhaar Fazlie bin Amin Buhari (10A1) dari Maahad Tahfiz Al- Qur’an Wal Qiraat, Pulai Chondong dan STUP Mohd Ismail bin Hashim , ( Mumtaz ) dari Pusat Pengajian Pondok, Yayasan Uslam Kelantan

Majlis pengisytiharan keputusan tersebut telah disempurnakan oleh YB. Hj. Mohd Amar b. Hj. Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri.

Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah YIK, Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan. YB. Exco juga menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar dan sekolah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

[Dipetik daripada Yayasan Islam Kelantan]

Diambil daripada "http://mtaq.edu.my/Keratan_akhbar"
Kategori: Pencapaian

Laman utama • Senarai laman • Gelintar

Editorial: Panduan • Log masuk • Daftar

© 2003-2010 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat • Perihal • Penyalinan