
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong (MTAQ) ialah sebuah sekolah menengah agama/arab tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggabungkan tiga kurikulum pendidikan, iaitu kurikulum al-Quran dan Qiraat, kurikulum agama/arab YIK, dan kurikulum akademik.
MTAQ mula ditubuhkan pada tahun 1992 dan menjadi antara pusat tahfiz yang terunggul di Kelantan. MTAQ berperanan melahirkan huffaz yang dapat merealisasikan isi kandungan al-Quran dalam masyarakat dan berketrampilan dalam semua bidang.
Alamat: Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, 16600 Pulai Chondong, Kelantan. (Peta) Tel: (09) 7878916 Faks: (09) 7871916 | ![]() |