Logo
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Pencapaian
  • Warga
  • Buletin
  • Galeri
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

MASSAK

MTAQ sentiasa memberikan komitmen penuh dalam penyertaan bagi Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (MASSAK) yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). MTAQ berada di dalam Zon 6 untuk tahun 2009 ini.

Isi kandungan

  • 1 Ujian Tilawah al-Quran
  • 2 Pidato Bahasa Malaysia
  • 3 Pidato Bahasa Inggeris
  • 4 Khutbah Bahasa Arab
  • 5 Pertandingan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping Pong
  • 6 Pertandingan Bola Sepak dan Badminton

Ujian Tilawah al-Quran

Wakil MTAQ hanya mampu menduduki tempat kedua (kategori A) dan tempat ketiga bagi kategori B di peringkat zon. Kategori A (16 tahun ke atas) diwakili oleh Mohd Fitri manakala kategori B (15 tahun ke bawah) diwakili oleh Wan Ahmad Najmuddin.

Pidato Bahasa Malaysia

Melalui Wan Afiq Afifi, MTAQ mewakili zon 6 untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 19 Febuari. Malangnya di peringkat akhir yang berlangsung di sekolah ..., beliau gagal mendapat tempat teratas. Walaupun gagal, tapi pujian harus diberikan dengan usaha dan persembahan yang ditunjukkan oleh beliau.

Pidato Bahasa Inggeris

Peserta dari MTAQ, Zamir Aizat berjaya mengharumkan nama MTAQ pada peringkat zon dan akan bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19 Febuari 2009. Bertempat di Maahad Amir Indera Petra, MTAQ dimasyhurkan selaku johan Pidato Bahasa Inggeris MASSAK 2009 melalui Zamir Aizat. Congratulation!

Gambar beliau boleh didapati di Galeri MTAQ

Khutbah Bahasa Arab

MTAQ juga menghantar peserta untuk pertandingan Khutbah Bahasa Arab. Peserta MTAQ, al-Farouqi berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang diadakan di SMU(A) Ahmadiah Paloh, Tanah Merah.

Pertandingan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping Pong

MTAQ tidak ketinggalan dalam acara sukan. Dalam pertandingan bola tampar yang dilatih oleh Sir Hazri, MTAQ berjaya melangkah ke peringkat akhir zon 6 setelah berjaya menewaskan pasukan Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) Labok dengan mata 2-0. Mengikut jejak bola tampar, pasukan ping pong yang dilatih oleh Cikgu Azman, juga berjaya mengatasi pasukan yang sama dengan jumlah mata 3-0. Malangnya pasukan sepak takraw gugur di peringkat kelayakan kumpulan, juga dengan pasukan dari sekolah yang sama dengan mata 0-2. Pasukan sepak takraw dilatih oleh Ustaz Shahrin. Kesemua pertandingan ini diadakan di perkarangan Maahad Tahfiz al-Quran pada 5 Mac 2009.

Pertandingan Bola Sepak dan Badminton

Pada 10 Mac, pertandingan bola sepak diadakan di padang Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) Labok manakala badminton diadakan di Dewan Majlis Daerah Ketereh. Pasukan MTAQ tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir zon 6 setelah kalah 3-4 (bola sepak) dan 1-3 (badminton). Pasukan bola sepak dilatih oleh Ustaz Marzuqi manakala badminton dilatih oleh Ustaz Zulfikri dan Cikgu Nizam.

Diambil daripada "http://mtaq.edu.my/MASSAK"
Kategori: Kokurikulum

Laman utama • Senarai laman • Gelintar

Editorial: Panduan • Log masuk • Daftar

© 2003-2010 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat • Perihal • Penyalinan