(Dilencongkan dari MTAQ)
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (bahasa Arab: معهد تحفيظ القرآن والقراءات, juga dipanggil dengan singkatan MTAQ) merupakan sebuah sekolah agama/arab yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan Akademik. Ia diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Wujudnya MTAQ adalah hasil cadangan YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan setelah menerajui Kelantan pada tahun 1990.
Lihat Sejarah penubuhan.
Isi kandungan |
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan di samping melahirkan para huffaz yang berketrampilan dalam semua bidang.
Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.
Kompleks MTAQ mengandungi:
Lihat Kompleks.
Waktu pembelajaran di MTAQ dibahagikan kepada dua sesi:
Buku-buku dan sukatan pelajaran di MTAQ mengikut sukatan sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sementara mata pelajaran al-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar.
Lihat Kurikulum.
Aktiviti kokurikulum yang diadakan di MTAQ seperti berikut:
Lihat Kokurikulum.
Pelajar MTAQ menduduki beberapa jenis peperiksaan bersijil. Dengan sijil yang diperoleh, pelajar MTAQ berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada dalam negeri mahupun di luar negara. Berikut adalah senarai sijil peperiksaan yang diperoleh semasa pengajian di MTAQ:
| Tingkatan | Sijil | Kelayakan |
|---|---|---|
| Tingkatan Empat | Sijil Menengah Ugama (SMU/SMTQ) | Pondok Moden, Bachok |
| Tingkatan Lima | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | IPTA/IPTS Tempatan & Luar Negeri |
| Tingkatan Enam Bawah | Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | Universiti Timur Tengah spt. Al-Azhar |
| Tingkatan Enam Bawah | Sijil Tinggi Tahfiz Quran (STTQ) | Maahad Qiraat Shoubra, Tanta (caw. Al-Azhar) |
Dengan kelayakan yang diperolehi dari keputusan SPM, mana-mana pelajar bebas memilih IPTA/IPTS dalam dan luar negeri mengikut cita-cita masing-masing.
Pelajar yang habis menduduki peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut pengajian di Timur Tengah, seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain. Pelajar yang menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Cawangan Shoubra, Mesir.
Lihat Senarai analisis keputusan peperiksaan.
Pelajar yang diterima masuk ke MTAQ akan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan MTAQ cetakan pertama 3 Mac 2000 yang mengandungi:
Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon ke Soff Tamhidi (Tingkatan Satu) di MTAQ:
Borang permohonan boleh didapati di MTAQ dengan mengemukakan:
Permohonan dibuka pada hari pertama keputusan UPSR diumumkan dan ditutup dua minggu selepas tarikh berikut.
Pemohon yang berjaya dalam sesi ujian akan dipilih sebagai pelajar MTAQ.