Logo
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Pencapaian
  • Warga
  • Buletin
  • Galeri
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (bahasa Arab: معهد تحفيظ القرآن والقراءات, juga dipanggil dengan singkatan MTAQ) merupakan sebuah sekolah agama/arab yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan Akademik. Ia diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Wujudnya MTAQ adalah hasil cadangan YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan setelah menerajui Kelantan pada tahun 1990.

Lihat Sejarah penubuhan.

Isi kandungan

  • 1 Visi MTAQ
  • 2 Misi MTAQ
  • 3 Objektif penubuhan
  • 4 Kompleks MTAQ
  • 5 Sistem pembelajaran
  • 6 Kurikulum
  • 7 Kokurikulum
  • 8 Sijil peperiksaan dan peluang melanjutkan pelajaran
  • 9 Peraturan Disiplin
  • 10 Kemasukan
  • 11 Hubungi kami
  • 12 Lihat juga

Visi MTAQ

Merealisasikan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan di samping melahirkan para huffaz yang berketrampilan dalam semua bidang.

Misi MTAQ

Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.

Objektif penubuhan

  1. Untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran.
  2. Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat.
  3. Untuk melahirkan ulama hafiz yang:
    • Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.
    • Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.
    • Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.

Kompleks MTAQ

Kompleks MTAQ mengandungi:

  • 2 blok bangunan sekolah yang mengandungi bilik darjah, pejabat, bilik pengetua, makmal dan bilik guru.
  • Satu bangunan masjid dua tingkat berserta bilik tayangan.
  • Dua blok asrama dua tingkat yang mengandungi 23 buah bilik, satu bilik pengurusan, dua bilik kegiatan pelajar, tandas dan satu bilik stor.
  • Sebuah kantin.
  • Sebuah dewan makan
  • Sebuah bangunan masakan beserta bilik rehat
  • Empat unit rumah warden.

Lihat Kompleks.

Sistem pembelajaran

Waktu pembelajaran di MTAQ dibahagikan kepada dua sesi:

  1. Sesi persekolahan rasmi bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 2:30 petang
  2. Sesi pengajian al-Quran dan tahfiz bermula selepas solat maghrib berjemaah sehingga 9:15 malam.

Kurikulum

Buku-buku dan sukatan pelajaran di MTAQ mengikut sukatan sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sementara mata pelajaran al-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar.

Lihat Kurikulum.

Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum yang diadakan di MTAQ seperti berikut:

  1. Aktiviti ilmiah dan akademik
  2. Program riadah dan sukan
  3. Pasukan beruniform:
    • Persatuan Taekwon-Do (ITF)
    • Persatuan Briged Bakti (BBNK)

Lihat Kokurikulum.

Sijil peperiksaan dan peluang melanjutkan pelajaran

Pelajar MTAQ menduduki beberapa jenis peperiksaan bersijil. Dengan sijil yang diperoleh, pelajar MTAQ berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada dalam negeri mahupun di luar negara. Berikut adalah senarai sijil peperiksaan yang diperoleh semasa pengajian di MTAQ:

Tingkatan Sijil Kelayakan
Tingkatan Empat Sijil Menengah Ugama (SMU/SMTQ) Pondok Moden, Bachok
Tingkatan Lima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) IPTA/IPTS Tempatan & Luar Negeri
Tingkatan Enam Bawah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Universiti Timur Tengah spt. Al-Azhar
Tingkatan Enam Bawah Sijil Tinggi Tahfiz Quran (STTQ) Maahad Qiraat Shoubra, Tanta (caw. Al-Azhar)

Dengan kelayakan yang diperolehi dari keputusan SPM, mana-mana pelajar bebas memilih IPTA/IPTS dalam dan luar negeri mengikut cita-cita masing-masing.

Pelajar yang habis menduduki peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut pengajian di Timur Tengah, seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain. Pelajar yang menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Cawangan Shoubra, Mesir.

Lihat Senarai analisis keputusan peperiksaan.

Peraturan Disiplin

Pelajar yang diterima masuk ke MTAQ akan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan MTAQ cetakan pertama 3 Mac 2000 yang mengandungi:

  • Peraturan kehadiran sekolah
  • Pakaian seragam
  • Potongan rambut
  • Peraturan buku teks
  • Tatatertib
  • Peraturan peperiksaan dan ujian
  • Kesalahan-kesalahan berat
  • Larangan-larangan
  • Lawatan dan pelawat
  • Peraturan kebersihan
  • Tatatertib di luar kawasan sekolah
  • Hukuman dan rayuan

Kemasukan

Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon ke Soff Tamhidi (Tingkatan Satu) di MTAQ:

  • Tamat tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya
  • Lelaki, tamat al-Quran dan boleh membaca dengan baik
  • Mendapatkan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan UPSR atau setaraf dengannya

Borang permohonan boleh didapati di MTAQ dengan mengemukakan:

  • Kad Pengenalan / Surat Beranak
  • Keputusan sebenar UPSR

Permohonan dibuka pada hari pertama keputusan UPSR diumumkan dan ditutup dua minggu selepas tarikh berikut.

Pemohon yang berjaya dalam sesi ujian akan dipilih sebagai pelajar MTAQ.

Hubungi kami

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

Alamat
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Yayasan Islam Kelantan
16600 Pulai Chondong
Kelantan Darulnaim
Tel (pejabat)
(09) 7878916
Tel (faks)
(09) 7871916

Lihat juga

  • Lencana
  • Senarai sekolah cawangan
Diambil daripada "http://mtaq.edu.my/Maahad_Tahfiz_Al-Quran_Wal-Qiraat_Pulai_Chondong"
Kategori: Pengenalan

Laman utama • Senarai laman • Gelintar

Editorial: Panduan • Log masuk • Daftar

© 2003-2010 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat • Perihal • Penyalinan