Majlis Pelajar

Daripada MTAQ.edu.my.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Majlis Pelajar ialah sebuah organisasi pelajar yang dibentuk melalui sistem demokrasi dengan proses pilihan raya. Organisasi ini dianggotai oleh exco-exco yang terpilih serta berkebolehan untuk memegang portfolio masing-masing. Objektif penubuhan organisasi ini ialah membantu pihak sekolah menyelia badan-badan lain yang terdapat di MTAQ.

Sejarah

Pada awal tahun 1998, sebuah organisasi ditubuhkan di atas persetujuan para pelajar yang dinamakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Ahli-ahli jawatankuasa dipiih melalui undian para pelajar. Objektif pertubuhan ini ialah untuk menyatukan badan-badan yang sedia ada seperti Badan Pengawas dan Badan Asrama serta menubuhkan badan-badan lain yang baru seperti Badan Redaksi dan Badan Kaunseling.

Pada tahun 2001, pertubuhan ini diiktiraf oleh pihak pentadbiran sekolah dan diubah namanya kepada Majlis Pelajar (MP). Pertubuhan ini menjadi penaung kepada 17 organisasi lain tidak termasuk dengan Presiden, Setiusaha Agung dan Bendahari Kehormat, iaitu Badan Dakwah & Kepimpinan, Badan Asrama, Badan Disiplin, Badan Kaunseling, Badan Kebajikan & Kantin, Badan Redaksi & Pameran, Badan ICT, Badan Bahasa Arab, Badan Maktabah, Badan Kebersihan & Keceriaan, Badan Kedai Sekolah, Badan Infrastruktur & Pembangunan, Badan Akademik, Badan Quran dan Qiraat, Badan Sukan & Kegiatan, Badan Bilik Gerakan & Tayangan dan juga Badan Penyelaras Buku Teks (SPBT).

Pakaian seragam

Setiap exco Majlis Pelajar diwajibkan untuk memakai jubah putih berserta lencana yang ditampal di atas kocek kiri, serban berwarna hijau, seluar slack berwarna hitam, dan kasut berwarna hitam.

Alatan peribadi