Peristiwa semasa
Daripada MTAQ.edu.my.
Pencapaian peperiksaan SMU sekolah Yik meningkat
1 Januari—KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh)- Pencapaian peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2007 sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) meningkat kepada 78.42 peratus berbanding 77.36 peratus tahun sebelumnya.
Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.
Seramai pelajar 4,048 orang menduduki peperiksaan tersebut yang diadakan di 74 pusat peperiksaan. Sebanyak 10 mata pelajaran ditawarkan pada peperiksaan itu.
Sebanyak tujuh mata pelajaran mencatat peningkatan manakala tiga mata pelajaran mencatat penurunan.
Seramai 223 pelajar (5.70 peratus) mencatat keputusan cemerlang berbanding 123 orang (2.9 peratus) pada 2006. Pelajar yang mendapat pangkat 1 seramai 2,228 orang, pangkat 2 seramai 405 orang dan pangkat 3 seramai 207 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, pelajar sekolah menengah kerajaan negeri yang mendapat 1 cemerlang (188 orang), pangkat 1 seramai 1,497 orang, pangkat 2 (245 orang), pangkat 3 (108 orang).
“Manakala bagi sekolah menengah bantuan pangkat 1 cemerlang seramai 18 orang, pangkat 1 (538 orang), pangkat 2 (131 orang) dan pangkat 3 (77 orang).
"Bagi Maahad Tahfiz Al-Quran seramai 46 pelajar menduduki peperiksaan SMU di mana enam pelajar mendapat pangkat 1 cemerlang, 39 pelajar pangkat 1 dan seorang mendapat pangkat 2,†katanya ketika mengumumkan peperiksaan tersebut di Nilam Puri, semalam.
Pada peperiksaan itu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong mendapat 100 peratus, Maahad Tahfiz Sains (98.85 peratus) dan Maahad Muhammadi Perempuan (98.25 peratus).
Bagi kategori sekolah bantuan, Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Saadatul Qura, Kampung Bahagia, Kuala Krai mendapat 90.91 peratus, SMU (Arab) Taqaddum Al-Maarif Pasir Tumbuh (89.47 peratus) dan SMU (Arab) Al-Kauthar Peringat (87.50 peratus).
Selain itu, seramai 280 pelajar sekolah menengah agama luar Yik menduduki peperiksaan tersebut, di mana pangkat 1 cemerlang (11 orang), pangkat 1 (tujuh orang), pangkat 2 (25 orang) dan pangkat 3 (22 orang).
Sekolah terbabit iaitu Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, Terengganu mencatat 96.55 peratus, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pesentren Abdul Taib Mahmood, Sarawak (91.18 peratus) dan Madrasah Al-Aminiyyah, Pulau Pinang (85.71 peratus).
Manakala pelajar persendirian pula seramai 17 orang, pangkat 1 (tujuh orang) dan pangkat 2 (tiga orang).
Bagi peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ) 2007, bilangan pelajar yang mendapat pangkat 1 cemerlang (enam orang), pangkat 1 (39 orang) dan pangkat 2 (seorang).
Sementara itu pencapaian keseluruhan PMR 2007 pula, pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran seramai 165 orang dan minimum B dalam semua mata pelajaran (390 orang). Seramai 7,844 pelajar memasuki peperiksaan itu.
Manakala bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) sekolah yang mendapat 100 peratus iaitu Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.
Bagi kategori sekolah bantuan yang mendapat keputusan serupa iaitu SMU (A) Al-Fitrah Pasir Sat Tanah Merah, SMU (A) Diniah Bongor, Rantau Panjang, Sekolah Menengah Islam Seremban, Maahad Tahfiz At-Tijaarah Selayang, Selangor dan Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, Kuala Terengganu.
Seramai 6,189 pelajar tingkatan dua sekolah Yik dan sekolah persendirian menduduki PMRU 2007.
Mohd Amar juga berkata, sistem pendidikan Yik berjaya melahirkan individu yang menjadi model kepada golongan remaja iaitu Siti Fatimah Mukhtar dan Ahmad Najib yang merupakan pelajar cemerlang peringkat negara bagi peperiksaan SPM dan STAM 2006.
-Dipetik daripada HarakahDaily
Keputusan Peperiksaan YIK terus meningkat
31 Disember—Nilam Puri :31 Dis– Keputusan Peperiksaan kendalian YIK terus mencatatkan peningkatan berbanding pencapaian dalam peperiksaan yang serupa pada tahun lepas. Peperiksaan PMRU yang telah dijalankan di 94 buah pusat, dengan 84 pusat di Kelantan sementara bakinya di Luar Kelantan disertai 6,189 pelajar telah mencatat peningkatan sebanyak 3.2% kepada 83.29% berbanding 80.09 % pada tahun lalu.
Sementara itu bilangan calon yang mendapat pangkat A dalam semua matapelajaran turut meningkat kepada 387 berbanding 252 orang pada tahun 2006. 8 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus iaitu, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Pasir Pekan,SMU(A) Al Fitrah, Pasir Sat, SMU(A) Diniah, Bongor, Sek. Men. Islam Seremban, Negeri Sembilan, Maahad Tahfiz Al- Tijarah, Selayang dan Sek. Men. Agama ( Swasta ) Kg. Laut, Terengganu.
Dalam Peperiksaan SMU pula Seramai 4,048 pelajar telah menduduki peperiksaan ini, meningkat 1.06 % kepada 78.42% berbanding sebelumnya 77.36 %.Bilangan calon yang mendapat peringkat Mumtaz ( 1 Cemerlang )pula meningkat kepada 223 orang iaitu 5.69 % berbanding 123 orang tahun 2006
Peperiksaan SMTQ yang disertai Maahad Tahfiz Al Qur’an Wal Qiraat dengan jumlah calon seramai 46 merupakan sijil khusus kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian aliran Tahfiz Al- Qur’an Wal Qiraat, Pencapaian peperiksaan ini terus mempertahankan prestasi kecemerlangan 100 peratus.
Manakala Peperiksaan STUP yang hanya disertai oleh Pusat Pengajian Pondok, dengan calon seramai 36 orang meningkat 22.44 % kepada 79.30 % berbanding 56.86 % pada tahun 2006.
Sekolah terbaik PMRU tahun ini ialah Maahad Muhammadi Perempuan, PMR Maahad Tahfiz Sains SMU dan SMTQ, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat.
Sementara pelajar terbaik peringkat PMRU Nurul Fatini bt Mohd Darus 10A ( 97.60 %) dari Maahad Muhammadi Perempuan, SMU Nik Nur Madihah bt. Nik Mohd Kamal (10A1 ) dari Maahad Muhammadi (P), SMTQ, Izhaar Fazlie bin Amin Buhari (10A1) dari Maahad Tahfiz Al- Qur’an Wal Qiraat, Pulai Chondong dan STUP Mohd Ismail bin Hashim , ( Mumtaz ) dari Pusat Pengajian Pondok, Yayasan Uslam Kelantan
Majlis pengisytiharan keputusan tersebut telah disempurnakan oleh YB. Hj. Mohd Amar b. Hj. Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri.
Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah YIK, Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan. YB. Exco juga menyampaikan hadiah penghargaan kepada pelajar dan sekolah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.
-Dipetik daripada Yayasan Islam Kelantan
