11 Mac
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Khamis, 11 Mac 2010, 7:36 PM

Kepentingan Soft Skill Untuk Graduan IPT



Atribut soft skill sebenarnya dimiliki oleh setiap orang, tetapi dalam jumlah dan kadar yang berbeza-beza. Atribut tersebut dapat berubah jika yang berkaitan mahu mengubahnya. Atribut ini juga dapat dikembangkan menjadi karakter seseorang. Bagaimana mengubah atau mengembangkannya? Tidak lain tidak bukan, harus diasah dan dipraktikkan oleh setiap individu yang belajar atau ingin mengembangkannya. Salah satu ajang yang cukup baik untuk mengembangkan soft skill adalah melalui pembelajaran dengan segala aktivitinya dan lembaga kesiswaan. 

Soft skill merupakan kemampuan khusus, diantaranya meliputi social interaction, ketrampilan teknik dan management. Kemampuan ini adalah salah satu hal yang harus dimiliki tiap siswa dalam memasuki dunia pekerjaan. Seperti diungkapkan Nasution (2006) dalam seminar soft skill ”Kunci Menuju Sukses” yang disenggarakan di ITS. Hakim memberikan gambaran mengenai percentage kemampuan seorang siswa yang diperoleh dari kampus mereka. Berdasarkan data yang diadopsi dari Havard School of Bisnis, kemampuan dan keterampilan yang diberikan di bangku pembelajaran, 90 persen adalah kemampuan teknik dan selebihnya ialah soft skill. Padahal, yang nantinya diperlukan untuk menghadapi dunia kerja aitu hanya sekitar 15 persen kemampuan hard skill. Dari data tersebut, soft skill-lah yang mempunyai peratus yang lebih dominan untuk mendapat pekerjaan.

Untuk mendominasikan soft skill kepada para siswa, faktor yang sangat berpengaruh adalah dimulai dari guru. Oleh itu, Ichsan yang juga turut merumuskan pengembangan soft skill di ITB, mendukung pelaksanaan pelatihan bagi para guru supaya mengerti lebih jauh tentang soft skill. Menurutnya, guru harus bisa jadi living example. Dari mulai datang tepat waktu, memberi tugas, dan sebagainya. Bukan apa-apa, kemampuan presentasi dan menulis siswa masih banyak yang belum bagus. Guru juga harus boleh melatih siswa supaya agresif, supaya berani membicarakan idea.
Soft skill yang diberikan kepada para siswa dapat diintegrasikan dengan sistem pembelajaran. Menurut Saillah (2007), sistem soft skill yang perlu dikembangkan kepada para siswa, tidak lain adalah kemampuan berkomunikasi, berkeyakinan, berkarisma dan komitmen. Untuk mengembangkan soft skill dengan pembelajaran, perlu dilakukan perencanaan yang melibatkan para guru, siswa, alumni, dan dunia kerja, untuk mengidentifikasi pengembangan soft skill yang relevan.

Tentu saja pengidentifikasian tersebut bukan sesuatu yang “hitam-putih”, tetapi lebih merupakan kesepakatan. Dengan perbincangan semua guru memahami betul “isi” pembelajaran yang dibina dan “memahami” konsep soft skill beserta komponen-komponennya, maka pengisian akan menjayakan objektif dan cermat. Dengan cara itu setiap guru mengetahui komponen soft skill apa yang harus dikembangkan ketika mengajar.

Hard skill dapat dinilai dari technical test atau practical test. Bagaimana untuk menilai soft skill siswa? Evaluasi dengan kertas dan pensil dengan jawaban tunggal (konvergen) tidak cukup. Perlu dilengkapi dengan model soal yang divergen dengan jawapan beragam. Ketika siswa mengidentifikasi informasi, sangat mungkin hasilnya beragam dan semuanya benar. 

Cara lain untuk menilai soft skill yang dimiliki oleh siswa dapat dilakukan dengan menggunakan teknik wawancara yang mendalam dan menyeluruh dengan pendekatan behavioral interview. Dengan behavioral interview, diharapkan siswa lulus tidak hanya memiliki hard skill namun juga didukung oleh soft skill yang baik.
ahmadfadhli
Oleh ahmadfadhli dalam AhmadFadhli.com.my pada Khamis, 11 Mac 2010, 9:14 AM

TEKS UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 1431H / 2010M

PADA : 24 RABIUL AWWAL 1431H / 10 MAC 2010M

BERTEMPAT DI DEWAN BESAR BALAI ISLAM,

KOMPLEKS ISLAM DARULNAIM, KOTA BHARU, KELANTAN

Assalamualaikum warahmatullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinanNya, Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 1431H/2010M  telah berjaya diadakan dan sekarang sudah tiba ke penghujungnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan dan amanat pada majlis perasmian penutup ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Menghafaz al-Quran merupakan satu perkara baru dalam masyarakat umat Islam khususnya di Malaysia. Semenjak beratus tahun Islam bertapak di Tanah Melayu khususnya di kalangan orang-orang Melayu, kita hanya berpada dengan membaca al-Quran dengan bertajwid dan berlagu. Bacaan bertajwid diajar kepada kita dan anak-anak kita semenjak kecil dan hasilnya kita melihat bagaimana lahirnya tokoh-tokoh di kalangan orang-orang Melayu Islam khasnya di Kelantan yang mempunyai kemahiran dengan hukum-hakam tajwid al-Quran. Di samping membaca dengan bertajwid, orang-orang Melayu Kelantan juga terkenal dengan kemahiran bertarannum. Pelbagai kaedah lagu diajar dan disebarkan ke dalam masyarakat, ini merupakan salah satu perkara yang boleh kita banggakan.


Di Kelantan, kita telah berjaya mengirim ke luar Kelantan guru-guru untuk mengajar al-Quran di merata-rata tempat. Antaranya ialah sekitar tahun 60-an, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama sendiri pernah menjemput almarhum Dato’ Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, bekas mufti Kelantan untuk bekerja di Pusat Islam. Tugas allahyarham ialah mengajar al-Quran dan menghasilkan terjemahan al-Quran. Hasilnya, lahirlah Terjemahan al-Quran pimpinan al-Rahman dengan kerjasama Sheikh Abdullah Basmeih. Ini menunjukkan bagaimana Kelantan telah menjadi bumi yang suburnya tradisi pengajian dan pengajaran al-Quran di dalam masyarakat.

Hadirin-hadirat yang dirahmati sekalian.

Di antara perkara awal yang kita laksanakan apabila mula-mula mengambil alih Kelantan ialah menubuhkan Maahad Tahfiz al-Quran di Pulai Chondong pada penghujung tahun 1991. Pengajian yang menggabungkan di antara akademik, arab dan hafazan al-Quran di peringkat sekolah menengah adalah merupakan yang pertama seumpanya di negara ini. Ini adalah usaha untuk mengetengahkan usaha menghafaz al-Quran agar umat Islam yakin bahawa tidak ada apa-apa makna hidup di dunia tanpa panduan wahyu al-Quran. Hasilnya, ibubapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah menghafaz al-Quran. Hari ini di Kelantan, di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, sebanyak 5 buah sekolah maahad tahfiz telah diwujudkan dan 4 lagi aliran tahfiz yang beroperasi di sekolah-sekolah. Dengan bilangan semasa pelajar yang sedang menuntut di maahad tahfiz dan aliran tahfiz seramai kira-kira 1500 orang, Kelantan diharapkan akan muncul sebagai pusat pengeluaran al-huffaz al-kiram al-bararah. Semenjak kewujudan Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, seramai 500 orang produk huffaz telah berjaya dikeluarkan dan sedang berkhidmat di dalam pelbagai bidang di tengah-tengah masyarakat. Ini masih belum termasuk bilangan madrasah-madrasah tahfiz swasta yang berjumlah lebih 30 buah di seluruh negeri Kelantan Darul Naim. Alhamdulillah, kita mengharapkan agar minat masyarakat untuk menghantar anak-anak menghafaz al-Quran berterusan. Sesungguhnya, produk-produk huffaz yang kita lahirkan jauh lebih berharga dari sebarang produk-produk pembangunan yang bersifat lahiriah dan mengenepikan pembangunan rohani.

Selain itu, masyarakat telah nampak berminat dengan pengajian-pengajian tafsir di dalam usaha memahami isi kandungan al-Quran. Kelas-kelas tafsir yang diadakan di masjid-masjid tumbuh merata-rata dengan menggunakan pelbagai jenis kitab yang telah disusun oleh para ulama. Saya mencadangkan agar para huffaz turut sama didedahkan kepada metodologi penafsiran al-Quran untuk memudahkan mereka menyebarkan kefahaman al-Quran apabila berada di tengah-tengah masyarakat kelak. Kita harap agar lahirnya lebih ramai tokoh-tokoh dari negeri Kelantan yang dapat berhujah dengan menggunakan al-Quran di dalam menghadapi serangan dari pihak-pihak luar. Kita sering  mendengar nama-nama seperti almarhum Ahmad Deedat, Harun Yahya dan nama-nama lain di peringkat antarabangsa yang terkenal sebagai tokoh-tokoh yang berhujah dan menulis dengan menggunakan al-Quran.  Insya-allah, kita mengharapkan maahad-maahad tahfiz yang wujud di seluruh negeri kelantan ini dapat berperanan ke arah melahirkan tokoh-tokoh seperti itu.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian.

Kita sedang melalui peringkat yang keempat selepas pembacaan, hafalan dan pemahaman iaitu peringkat pelaksanaan isi kandungan al-Quran. Kelantan sedang berada di peringkat ini. Inilah sebenarnya tuntutan  al-Quran. Ia bukan setakat untuk dibaca dan dihafaz, tetapi lebih jauh dari itu untuk diamalkan. Betapa ramai orang yang membaca al-Quran dan menghafaznya, tetapi dilaknat oleh al-Quran kerana tidak mengamalkannya.

Inilah tujuan kedatangan Rasulullah SAW. Baginda tidak diutuskan hanya untuk mengajar bagaimana membangunkan dunia dengan pembangunan fizikal. Bahkan sewaaktu lahirnya baginda Rasulullah SAW, telah wujud tamadun-tamadun yang hebat di dunia. Berdirinya piramid di Mesir, Iwan Kisra di Parsi,  Tembok Cina dan Taman Tergantung Babylon ialah bukti bagaimana sudah wujudnya pembangunan fizikal pada masa itu. Di tengah-tengah kehebatan tamadun manusia yang sedang berkembang itulah, diutuskan Rasulullah SAW untuk melaksanana proses pembangunan rohani. Jika pembangunan fizikal bertunjangkan kepada bahan binaan seperti batu, besi dan sebagainya, pembangunan rohani pula hanya akan tertegak dengan bahan  binaannya sendiri ialah iman kepada Allah dengan segala sifat kamalatnya serta iman akan adanya hari pembalasan yang ditunggu di akhirat. Ini disebut sebagai taqwa. Tanpa iman dan taqwa, pembangunan yang dilaksanakan sama sekali tidak ada apa-apa nilai di akhirat.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian.

Inilah misi kita di Kelantan. Usaha kita memartabatkan al-Quran tidak terhenti sekadar membaca dan menghafaznya, bahkan kita berusaha membangunkan negeri ini seiring dengan petunjuk al-Quran. Janganlah kita beranggapan bahawa dengan membaca dan menghafaz al-Quran, kita sudah menyelesaikan tanggungjawab terhadap al-Quran.

Di peringkat kerajaan negeri Kelantan, kita patuh kepada ajaran al-Quran dengan membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel, menasihat muslimat menutup aurat, yang non muslim pula kita minta berpakaian sopan dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran. Kita juga turut memperkenalkan program-program kebajikan seperti kifalah, ladang rakyat kepada semua rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa dan fahaman politik, cuti 60 hari kepada wanita yang bersalin, cuti 2 hari seminggu yang akhirnya turut diamalkan oleh pihak-pihak lain walaupun pada awalnya usaha kita dipandang sinis dan diperlekehkan. Ini membuktikan kesungguhan kita di dalam menterjemahkan isi kandungan al-Quran di dalam masyarakat. Usaha ini tidak akan tamat selama-lamanya selagi nyawa masih dikandung badan. Tanggungjawab mendaulatkan al-Quran tetap terpikul di atas bahu kita selama-lamanya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Sesungguhnya tidak pelik jika kain baju kita tidak kotor jika hanya berada di dalam rumah tanpa keluar. Apa yang pelik ialah jika kita berada di luar yang penuh dengan debu, namun pakaian kita tetap bersih tanpa sedikitpun kotor. Demikianlah juga dengan Kelantan, di tengah-tengah arus sekular yang mendominasi suasana negara, Kelantan masih mampu berdiri tegak di atas dasar Membangun Bersama Islam. Inilah kekuatan kita dan inilah yang perlu kita pertahankan selama-lamanya.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, syabas saya ucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang telah berjaya mengadakan majlis MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 1431H pada kali ini. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

8 Mac
ahmadfadhli
Oleh ahmadfadhli dalam AhmadFadhli.com.my pada Isnin, 8 Mac 2010, 3:39 PM

Teks Ucapan YAB Menteri Besar Kelantan di Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (06 Mac 2010)

TEKS DIBACAKAN OLEH YB DATO’ AHMAD YAACOB, TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN

Tarikh : 6 Mac 2010

Bertempat di : KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“7         Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

8          Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

9          Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10        Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

Terima kasih saudara pengerusi majlis

YB Hajjah Wan Ubaidah Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan

Encik Fareen Ali, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Malaysia,

Dr. Mohd. Kamil bin Hassan, Pengarah Jabatan Kesihatan (JKN) Negeri Kelantan

Dr. Hj. Ghazali Hasni bin Hj. Md Hassan, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II)

Datuk Chef Wan, Duta National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Chef Selebriti NKF Ambassador and Celebrity Chef

Kakitangan Yayasan Buang Pinggang, NKF Jabatan Kesihatan Negeri  (JKN) Kelantan, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital HUSM Kubang Kerian,

wakil-wakil media,

Puan-puan dan Tuan-tuan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk berada di majlis ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Buang Pinggang Malaysia (NKF) dan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN, Malaysian Society of Nephrology) kerana menjemput dan memberi peluang kepada saya untuk melancarkan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (WKD-World Kidney Day) di sini, di KB Mall pada hari ini dan pada masa yang sama, ucapan jutaan terima kasih di atas komitment Yayasan NKF dalam memberi sumbangan pendidikan kesihatan berterusan kepada masyarakat awam di samping sebagai penyedia tempat perawatan dialisis NGO yang terulung di Malaysia pada masa kini.

Hadirin dan hadirat, tuan puan yang dihormati sekalian.

Hari Buah Pinggang Sedunia (WKD World Kidney Day) seperti yang telah kita maklum disambut di seluruh dunia merentasi benua pada 11 Mac 2010 dan lebih dari 100 negara merayakan peristiwa ini.  Tema tahun ini iaitu– “Lindungi Buah Pinggang / Ginjal anda; kawal Diabetes, “Protect Your Kidneys ; Control Diabetes” adalah seruan kepada sesiapa yang masih tidak menyedari akan fungsi ginjal / buah pinggang dan hubungkait di antara buah pinggang / ginjal dan penyakit Diabetes.

Hari ini, dari segi penyakit, ancaman kepada kehidupan manusia tidak lagi datang dari penyakit-penyakit berjangkit seperti Tiphoid (demam kepialu) dan malaria (demam kura) sahaja, tetapi ancaman serius juga datang dari penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (Darah Tinggi) yang kesemuanya berpunca dari gaya hidup dan corak pemakanan yang tidak sihat.

Di dalam hal ini, Islam sangat-sangat mementingkan penjagaan kesihatan terhadap. Bahkan di antara doa yang sering diajar oleh Rasulullah SAW ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu kemaafan dari dosa dan kesejahteraan pada agamaku, urusan duniaku, ahli keluargaku dan hartaku.

Di dalam doa ini, Rasulullah SAW mengajar kita bahawa doa kepada Allah SWT tidaklah hanya di dalam urusan akhirat bahkan juga turut dituntut kita untuk memohon untuk kesejahteraan dunia. Di antara kesejahteraan dunia yang seringkali disebut ialah kesihatan tubuh badan. Untuk itu, kita dituntut  untuk memilih cara hidup sihat seperti bersenam dan corak pemakanan yang baik serta terurus.  Sayangnya, penduduk Malaysia khususnya lebih suka memilih makanan segera di kedai. Di samping lebih gemar memakan makanan bergoreng dan berminyak menggantikan makanan masakan di rumah.  Ditambah pula dengan kurang aktiviti senaman fizikal, telah melahirkan generasi orang dewasa dan juga kanak-kanak yang gemuk/obes (obes / obesity).  Golongan inilah yang berpotensi besar mengalami masalah-masalah kesihatan yang berpunca daripada obesiti.  Dengan meningkatnya kes-kes obesiti, penyakit seperti diabietes (kencing manis) dan hiopertensi (darah tinggi akan bertambah dalam masyarakat.)  Ini adalah panyakit abad ke 21, natijah kepada lambakan makanan yang ada di sekeliling kita dan tidak cukup aktiviti senaman fizikal.


Justru itu, tidak hairanlah penyakit diabetes ini datang.  Negara telah dicemaskan dengan kadar peningkatan penyakit diabetes yang ketara. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2009 dan 2006, lebih kurang 1.4 juta individu di Malaysia dikenal pasti sebagai pesakit diabetes. Kadar ini meningkat satu kali ganda dalam tempoh satu dekad.

Di dalam Islam, penjagaan kesihatan merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Syariah Islam tidak datang melainkan dengan tujuan untuk menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, jiwa, akal, harta dan keturunan. Termasuk di dalam soal menjaga jiwa ialah menjaga kesihatan kerana hakikatnya jiwa manusia tidak akan sejahtera tanpa kesihatan yang baik. Bahkan di dalam Islam, seorang individu yang kuat dan sihat lebih disukai oleh Allah SWT berbanding dengan seorang individu yang lemah dan berpenyakit.

Oleh yang demikian, di dalam menjaga kesihatan, hendaklah dipatuhi nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkelayakan dari masa ke semasa. Nasihat-nasihat yang diberikan oleh doktor misalnya hendaklah diberikan perhatian di dalam menjaga tubuh badan dari ditimpa penyakit.  Selain itu, Islam juga menitikberatkan persoalan penjagaan emosi dan ruh. Jika doktor dianggap sebagai pihak yang berkelayakan di dalam menasihati individu di dalam soal menjaga kesihatan jasmani, maka  di dalam menjaga rohani, Rasulullah SAW merupakan doktor yang terbaik. Sebagaimana menjaga kesihatan jasmani ini penting, demikian juga menjaga kesihatan rohani juga turut penting. Betapa banyak kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat berpunca dari kegagalan menjaga rohani, jiwa dan emosi. Sekalipun mempunyai tubuh badan yang sihat, rohani yang tidak terjaga akhirnya melahirkan individu manusia yang bermasalah.

Oleh yang demikian, di dalam ayat yang telah saya bacakan di awal ucapan tadi telah ditegaskan bahawa kemenangan dan keuntungan hanya diperolehi oleh seseorang yang menjaga dan menyucikan jiwa dan emosinya.

Hadirin dan hadirat, tuan puan yang dihormati sekalian.

Akhirnya, saya berharap agar aktiviti-aktivit seumpama ini diteruskan dari masa ke semasa. Roadshow WKD ini, di Pantai Timur, tentunya akan menyediakan peluang, kepada mereka yang kurang upaya dan tidak mampu untuk di saring pengesanan penyakit diabetes, masalah ginjal / buah pinggang, hipertensi dan ini menjadi kayu pengukur kepada tahap kesihatan masing-masing.

Saya juga suka mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan, badan-badan NGO, semua ahli masyarakat yang mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam menjayakan sambutan WKD ini berjaya, dan juga kepaa sesiapa sahaja yang menyumbang dengan apa cara sekalipun untuk menjayakan program ini.

Kita harap diakhir program WKD ini dan program Roadshow, rakyat Malaysia telah dapat dibekalkan sedikit sebanyak dengan pengetahuan dan panduan menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga serta menghargai peranan yang dimainkan oleh ginjal/buah pinggang yakni salah satu organ anugerah tuhan.

7 Mac
ahmadfadhli
Oleh ahmadfadhli dalam AhmadFadhli.com.my pada Ahad, 7 Mac 2010, 2:22 PM

Dari Minda YAB Tuan Guru : “Mufti atau Mufta?”

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau  di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan  politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah  mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di  dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Ahad, 7 Mac 2010, 11:18 AM

Buat Sayangku - Two Is Better Than One ini untukmu

Abang dedikasikan lagu Two Is Better Than One ini buat dirimu, kekasih hatiku. Semoga percintaan kita kekal abadi hingga ke Syurga... 


I remember what you wore on the first day<o:p></o:p>
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
Cause everything you do
And words you say
You know that it all takes my breath away
And I am left with nothing


So maybe its true
That I cant live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
I'm thinking two is better than one
<o:p></o:p>


I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
Cause when i close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing<o:p></o:p>

Maybe it's true<o:p></o:p>
That I cant live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
That I cant live without you
Cause maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I've figured out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one.<o:p></o:p>

Boys like Girls feat. Taylor Swift<o:p></o:p>
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Ahad, 7 Mac 2010, 6:06 AM

Feqh sentiasa Baru

Tak kenal maka tak cinta… “Feqh” ialah ILMU atau KEFAHAMAN TERHADAP SESUATU. Dari segi istilah ialah Pengetahuan terhadap hukum-hakam syariat islam yang berbentuk praktikal yang telah disimpulkan berdasarkan dalil-dalil syar’ie secara khusus.

Bukanlah Feqh namanya, sekiranya ia hanya ilmu yang sekadar dalam bentuk tulisan atau hafalan. Umpama air yang sentiasa mengalir dan memenuhi ruang-ruang kosong. Itulah fekah.

Perkembangan dan percambahan feqh setanding dengan perkembangan infrastruktur, ekonomi, dan peradaban yang kini berlegar disekitar kita, bahkan mungkin feqh lebih terkedepan lagi. Dimana ada kehidupan di situ adanya feqh.

Feqh adalah undang-undang kehidupan umat islam. Ia meliputi seluruh aspek tingkah-laku harian bermula dari bangun tidur sehingga tidurnya, dari mula hidup sehingga hujung hayatnya.

Adakah feqh yang mengatur manusia?? Atau manusia yang mencorak feqh??
Ya..feqh itu mengatur manusia, namun feqh juga tercorak dengan keadaan sekitar manusia (bi’ah). Ini bukan bermakna Islam itu memayahkan penganutnya semata-mata, tetapi ada kelonggaran yang dikurniakan.

Sifat flexsibal yang ada pada feqh itu perlu digunapakai dengan sebaiknya. “Sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kesenangannya”… “Allah s.w.t mahu menyenangkan kamu dan Dia tidak mahukan kepayahan ke atas kamu.”

Umat islam perlu memahami dan menguasai hakikat feqh yang flexsibal ini. Adakah semua hukum-hakam dalam islam itu mudah diubah-ubah begitu sahaja??

Tidak… Di dalam kitab suci Al-Quran terdapat ayat2 yang berbentuk qoth’ie dilalah dan ada yang berbentuk zhonni dilalah. Begitulah juga terdapat hukum2 yang tetap(thabit) dan terdapat hukum2 yang boleh berubah(mutaghayyar) mengikut keadaan masa dan tempat. Kerana sumber feqh adalah antaranya Al-Quran Al-Karim.

Apa yang tetap ?? Dan apa yang boleh berubah??

Yang tetap adalah tujuan dan yang boleh berubah itu adalah kaedah atau cara2nya. Kadang-kadang kita tidak dapat membezakan yang manakah tujuan dan yang manakah cara.

Contoh : Tujuan mimbar jumaat dibina dengan binaan yang sedikit tinggi dari jemaah adalah untuk memudahkan imam untuk menyampaikan khutbah dan memudahkan jemaah melihat khatib. Kaedahnya, nabi s.a.w membina mimbar dengan adanya 3 anak tangga.

Kaedah itu boleh dipelbagaikan dengan melihat pada kesesuian keadaan masa dan tempat. Mungkin anak tangganya dilebihkan mungkin dikurangkan.

Begitulah yang dimaksudkan dengan Feqh sentiasa Baru yang flexsibal dengan keadaan semasa.
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Ahad, 7 Mac 2010, 5:57 AM

Feqh sentiasa Baru

<meta content="text/html; charset=utf-8" equiv="Content-Type"><meta content="Word.Document" name="ProgId"><meta content="Microsoft Word 12" name="Generator"><meta content="Microsoft Word 12" name="Originator"><link href="file://G:%5CDOCUME%7E1%5CIBNUAL%7E1%5CLOCALS%7E1%5CTemp%5Cmsohtmlclip1%5C01%5Cclip_filelist.xml" rel="file-list"><link href="file://G:%5CDOCUME%7E1%5CIBNUAL%7E1%5CLOCALS%7E1%5CTemp%5Cmsohtmlclip1%5C01%5Cclip_themedata.thmx" rel="themedata"><link href="file://G:%5CDOCUME%7E1%5CIBNUAL%7E1%5CLOCALS%7E1%5CTemp%5Cmsohtmlclip1%5C01%5Cclip_colorschememapping.xml" rel="colorschememapping"><style> </style>

Tak kenal maka tak cinta… “Feqh” ialah ILMU atau KEFAHAMAN TERHADAP SESUATU. Dari segi istilah ialah Pengetahuan terhadap hukum-hakam syariat islam yang berbentuk praktikal yang telah disimpulkan berdasarkan dalil-dalil syar’ie secara khusus.

Bukanlah Feqh namanya, sekiranya ia hanya ilmu yang sekadar dalam bentuk tulisan atau hafalan. Umpama air yang sentiasa mengalir dan memenuhi ruang-ruang kosong. Itulah fekah.

Perkembangan dan percambahan feqh setanding dengan perkembangan infrastruktur, ekonomi, dan peradaban yang kini berlegar disekitar kita, bahkan mungkin feqh lebih terkedepan lagi. Dimana ada kehidupan di situ adanya feqh.

Feqh adalah undang-undang kehidupan umat islam. Ia meliputi seluruh aspek tingkah-laku harian bermula dari bangun tidur sehingga tidurnya, dari mula hidup sehingga hujung hayatnya.

Adakah feqh yang mengatur manusia?? Atau manusia yang mencorak feqh??

Ya..feqh itu mengatur manusia, namun feqh juga tercorak dengan keadaan sekitar manusia (bi’ah). Ini bukan bermakna Islam itu memayahkan penganutnya semata-mata, tetapi ada kelonggaran yang dikurniakan.

Sifat flexsibal yang ada pada feqh itu perlu digunapakai dengan sebaiknya. “Sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kesenangannya”… “Allah s.w.t mahu menyenangkan kamu dan Dia tidak mahukan kepayahan ke atas kamu.”

Umat islam perlu memahami dan menguasai hakikat feqh yang flexsibal ini. Adakah semua hukum-hakam dalam islam itu mudah diubah-ubah begitu sahaja??

Tidak… Di dalam kitab suci Al-Quran terdapat ayat2 yang berbentuk qoth’ie dilalah dan ada yang berbentuk zhonni dilalah. Begitulah juga terdapat hukum2 yang tetap(thabit) dan terdapat hukum2 yang boleh berubah(mutaghayyar) mengikut keadaan masa dan tempat. Kerana sumber feqh adalah antaranya Al-Quran Al-Karim.

Apa yang tetap ?? Dan apa yang boleh berubah??

Yang tetap adalah tujuan dan yang boleh berubah itu adalah kaedah atau cara2nya. Kadang-kadang kita tidak dapat membezakan yang manakah tujuan dan yang manakah cara.

Contoh : Tujuan mimbar jumaat dibina dengan binaan yang sedikit tinggi dari jemaah adalah untuk memudahkan imam untuk menyampaikan khutbah dan memudahkan jemaah melihat khatib. Kaedahnya, nabi s.a.w membina mimbar dengan adanya 3 anak tangga.

Kaedah itu boleh dipelbagaikan dengan melihat pada kesesuian keadaan masa dan tempat. Mungkin anak tangganya dilebihkan mungkin dikurangkan.

Begitulah yang dimaksudkan dengan Feqh sentiasa Baru yang flexsibal dengan keadaan semasa.

[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Ahad, 7 Mac 2010, 1:19 AM

Serbuan Israel ditangguh kerana Facebook



SEORANG anggota keselamatan Israel mengawal kerja-kerja pembinaan halangan di Beit Jala, Tebing Barat semalam.
BAITULMUQADDIS - Seorang askar Israel digantung tugas selepas didapati mendedahkan maklumat terperinci mengenai satu serbuan pasukan itu di Palestin menerusi laman rangkaian sosial Facebook, lapor sebuah stesen radio Israel semalam.
Askar tersebut dari unit artileri Israel dilaporkan mengemas kini halaman dirinya itu dengan memberitahu semua rakannya bahawa dia akan terlibat dalam satu operasi di Qatanna semalam dan dijangka kembali ke rumah pada hari ini.

Beberapa askar lain dari unit itu yang menyedari kiriman mesej tersebut segera memaklumkan perkara itu kepada pegawai mereka dengan menyebabkan operasi di perkampungan Palestin dekat Ramallah itu terpaksa dibatalkan.

Halaman Facebook milik askar itu juga didapati mengandungi banyak maklumat terperinci mengenai unit tempat dia sedang bekerja selain waktu dan lokasi tepat berhubung operasi yang dilakukan di Qatanna dalam wilayah Tebing Barat, Palestin.

Tentera Israel belum mengeluarkan sebarang ulasan manakala maklumat diri askar itu tidak dinyatakan.

Namun, sebuah stesen radio tentera Israel melaporkan, askar tersebut tidak menyukai perkhidmatannya di unit berkenaan.

Ekoran kes itu, dia digantung daripada berkhidmat di unit tersebut. - AFP
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Ahad, 7 Mac 2010, 1:16 AM

Mengumpan mangsa yang lalai- Jenayah Siber

SERING kita digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam profesional yang menceroboh laman-laman web kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa.
Perbuatan itu mengakibatkan kerugian dan kerosakan, termasuk pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Akhirnya, kes-kes berkenaan dilupakan begitu sahaja.

Kes sedemikian seakan-akan tiada kesan jangka panjang kepada sesiapa pun, sedangkan masyarakat seharusnya berasa bimbang. Semua itu boleh bermula dengan pembabitan akaun e-mel peribadi yang sering dilihat sebagai tidak mempunyai nilai.

Jarang kita mendengar laporan mengenai kecurian maklumat peribadi disiarkan media cetak dan elektronik. Isu ini mungkin kecil tetapi kesannya kepada individu amat besar kerana kecurian maklumat peribadi yang dimanipulasi ibarat kecurian maruah yang tidak dapat dikembalikan.

"Akaun peribadi kawan saya diceroboh seseorang dan ia digunakan untuk menghantar e-mel berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan sekerja, klien-klien dan majikan kawan saya.

"Kesannya, kawan saya dibuang kerja kerana dituduh sebagai individu tidak beretika dan memalukan organisasi tempatnya bekerja," ujar Ketua Perunding Pengurusan Perkhidmatan dan Perundingan, HeiTech Managed Services, Kavitha Muthy yang turut menerima e-mel lucah tersebut.

Menurut Kavitha, penggodam tidak semestinya di kalangan mereka yang profesional dan mempunyai pengetahuan teknikal dalam teknologi maklumat. Sesiapa sahaja boleh menjadi penggodam demi melaksanakan niat jahatnya apabila terdesak.

"Hari ini, seorang kanak-kanak juga boleh menjadi penggodam kerana ia sangat mudah dilakukan. Tambahan pula, maklumat mengenai teknik menggodam begitu mudah didapati di Internet.
KESILAPAN yang kecil boleh membawa banyak perkara buruk kepada mangsa. - Gambar hiasan
"Masyarakat juga perlu tahu, jenayah siber bukan sahaja membabitkan penggodaman komputer, tetapi ia hadir dalam banyak bentuk iaitu penipuan, pencurian identiti, spam, phishing, pencurian data, spyware, malware dan sebagainya," katanya.

Jelas Kavitha, mangsa boleh terdiri daripada individu mahupun organisasi kecil dan besar. Jejak jenayah itu pula sukar dikesan malah rumit dihentikan setelah terjadi. Ia sekali gus memberikan impak negatif jangka panjang kepada mangsa.

"Penjenayah siber sering memilih laman web yang meniti populariti seperti laman web membeli belah, perbankan, serta laman-laman lain yang sering meminta data peribadi dan maklumat kewangan dengan tujuan menipu pengguna.

"Selain itu, dengan populariti diraih laman web Facebook dan Twitter, risiko untuk berlaku kecurian maklumat peribadi, gambar-gambar dan video amat tinggi apatah lagi penggunanya dilihat amat mudah mendedahkan maklumat masing-masing," katanya.

Etika siber

"Untuk mengelakkan diri menjadi mangsa, terlebih dahulu kita perlu faham apakah jenayah siber, dan bagaimana ia mampu memperdayakan kita.

"Dalam erti kata lain, seseorang itu mesti mempunyai etika siber kerana melaluinya, kita mampu meminimumkan kesannya dengan mengajar diri sendiri dan orang lain mengenai penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab," jelas Kavitha.

PENGGUNA Internet dinasihatkan agar berwaspada atau berfikir dahulu sebelum mendedahkan maklumat peribadi di ruang maya.

Menurut Kavitha, setiap pengguna Internet mesti melaksanakan etika siber yang baik termasuk memahami risiko perlakuan tidak bertanggungjawab dan mempelajari kaedah melindungi diri sendiri dan pengguna lain daripada terjebak.

"Kita sering melihat permasalahan akibat jenayah siber yang dilakukan individu tertentu yang paling kita percayai.

"Kepercayaan hanya boleh wujud melalui perkahwinan, politik, perniagaan dan persahabatan tetapi tidak melalui Internet. Pastikan sumber yang diperolehi disiasat dan disahkan sebelum kita memberi apa-apa maklumat," tegasnya.

Selain itu katanya, pengguna juga perlu melabur untuk membeli program antivirus yang baik, mengemas kini kata laluan, belajar untuk membuat kata laluan yang selamat serta tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali serta meletakkan firewall.

"Pilihan perisian keselamatan terlalu banyak di pasaran tetapi itu tidak menghapuskan risiko digodam. Seperti produk-produk pengguna lain, perisian antivirus ada yang baik, sederhana dan kurang bagus.

"Pengguna mesti bijak memilih sesuatu produk daripada pelbagai penyedia program sama ada dikenali, kurang dikenali atau baru dalam pasaran mengikut keperluan masing-masing," katanya.
KAVITHA mengajak orang ramai memahami jenayah siber dan mengajar diri serta orang lain tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab.

Tambahnya, program antivirus sahaja tidak cukup kerana pengguna mesti meletakkan keselamatan pada satu tahap lebih tinggi, iaitu dengan meletakkan firewall, perlindungan identiti dan sebagainya.

"Keselamatan siber bermula dari rumah dan kesedaran itu mengikut kita ke mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja. Ia adalah tanggungjawab setiap orang yang menyentuh papan kekunci," katanya.

Laporan kes

Menurut CyberSecurity Malaysia, sebanyak 4,000 kes jenayah siber dilaporkan di Malaysia sejak dua tahun lalu.

Pada 23 Februari lalu, ZDNet Asia pula melaporkan 75 peratus responden di rantau ini mengatakan sistem mereka diceroboh penjenayah siber pada tahun 2009.

Ia didahului oleh New Zealand dengan 100 peratus responden dimengaku diceroboh, diikuti Australia (82 peratus), Jepun (76 peratus), Hong Kong (75 peratus), Singapura (66 peratus) dan Malaysia (50 peratus), berdasarkan kes yang dilaporkan.

Dalam pada itu, maklumat terkini melalui MyCert.org.my, orang ramai diminta berwaspada dengan kemungkinan penggodam memuat turun dan memasang perisian yang tidak sah kepada sistem pengguna yang menggunakan Adobe Download Manager.
Ia dilakukan dengan menipu pengguna supaya mengikut tautan tertentu atau melawat laman web 'jahat'. Majoriti perisian Adobe Acrobat dan Adobe Reader terdedah kepada risiko berkenaan.
Statistik mengenai jenayah siber serta maklumat terkini berkaitan isu keselamatan siber boleh dilihat melalui laman web MyCert.org.my


5 Mac
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Jumaat, 5 Mac 2010, 11:31 AM

Satu Hari Jalan-Jalan di Mid Valley

Aku menaiki bas Transnasional di Nilam Puri pada jam 11.30 malam, 1hb Mac 2010. Keesokan harinya aku perlu menemani isteri tercintaku pergi berjumpa dengan Doktor untuk "check" kandungannya di Klinik Ibu dan Anak Segambut. Dalam bas tu, "air-cond"nya sangatlah sejuk, sampai aku terpaksa memakai dua tiga lapis baju dan juga seluar. Yang mengecutkan perutku ialah "driver"nya sangatlah hebat dan menakutkan, mengalahkan Michael Schumacher yang pernah memandu Ferrari dulu-dulu. Aku ingat nama pemandu ini sebab nama dia mirip dengan penjaga gol Manchester United sezaman dengannya iaitu, Peter Shumichael...

Akhirnya, Alhamdulillah aku selamat sampai di Hentian Putra, pada pukul 5.30 pagi. Memang laju sangat bas aku. Aku terus pergi tidur sekejap di surau dan terus Solat Subuh. Dalam pukul 7 pagi, aku ambil komuter menuju ke Segambut. Setibanya di Segambut aku menghabiskan masa-masa bahagia bersama si dia, bersarapan pagi, berlaukkan nasi lemak Mak Cik Indonesia yang membuka gerai di kawasan kaki lima dekat dengan Mandy Court, rumah kediaman isteriku, Raziatullaili binti Mohd Abolah...

Seterusnya kami berjalan bersama-sama menuju ke klinik untuk memeriksa kandungan dan perut isteriku. Alhamdulillah, isteriku sudah bertambah berat 5kg lagi daripada 44kg sebelum ini. Seterusnya, kami berpisah. Walaupun beberapa saat bersama, kami dapat menggunakan masa-masa yang sangat berharga itu untuk berbincang banyak perkara. Memang penting sangat perbincangan dalam perhubungan dan percintaan. Jadi, kepada suami, bincanglah apa sahaja dengan isteri anda, kerana dengan adanya syura, bertambah intim dan bahagia keluarga anda...

Aku terus membawa diri menuju ke Mid Valley. Di stesyen komuter Segambut, kelihatan budak remaja dengan pakaian yang menjolok mata dan rambut yang berwarna, ala-ala "Mat Salleh" katakan, bersembang, memekik, bersosial dengan galaknya. Yang memerhatikan mereka, kebanyakannya ialah orang-orang tua dan sahabat-sahabat sebaya dengan aku. Kami hanya dapat menggeleng2kan kepala. Teringat dulu masa kecik-kecik kalau kita main2, then ada orang tua, "passed-by", mesti kita sapa, mesti kita dengar tegurannya dan banyak lagi. Itu dululah, adib...

Setibanya di Mid Valley, aku berjalan melihat ragam manusia, aku terus bercakap-cakap dengan diriku, tentang "trend" remaja masa kini dan sebagainya. Movie pertama yang aku layan, Percy Jackson and The Lightning Theif, aku enjoy sakan tengok citer tu walaupun banyak tahyolnya. Yang menariknya gambaran neraka yang dipertontonkan agak menggerunkan, walhal neraka yang maha dahsyat nanti bagaimanalah pulak rupanya? Moga aku, keluarga dan sekalian muslimin dan muslimat dijauhkan daripadanya. Amin. Tengah-tengah melayan movie ni, ada pulak "Indian couple" kat sebelah buat adegan-adegan yang tak sopan dan tak patut dibuat di kalayak ramai, walaupun taraf mereka itu suami isteri. Tapi apakan daya, kebebasan individu dan "trend" masa kini. Kalau tak buat, tak "cool"lah...

Habis citer Percy Jackson, aku makan Mc'Donald kat luar. Then, sambung movie kedua iaitu, "The Wolfman", agak menggerunkan tetapi membosankan. Then, last movie tengok Little Big Soldier, walaupun ada komen2 daripada penonton yang berdekatan denganku bahawa movie ni tak berapa gempak, bagi aku mesej-mesejnya sangat mendalam, sangat2 halus dengan nilai-nilai murni yang sangat tinggi. Bertambah pulak dengan "action" jackie chan, pelakon "stunt" kegemaranku yang penuh komedi...


Habis tengok citer, aku solat jamak ta'khir dan qasar Zohor dan Asar, harap-harap ramai lagi pemuda-pemudi yang tengah mencari identiti mereka masih ingat lagi, cara melakukan solat-solat sebegini. Amin. Ketika pergi ke surau berhampiran Jaya Jusco tingkat satu, aku tengok ramai juga para jemaah perempuan yang di luar suraunya, pakaian masya Allah, tetapi ketika menghadap Tuhan Maha Esa, Subhanallah. Ada juga yang datang berpacaran sambil peluk-peluk tetapi ketika dekat dengan surau, terus meleraikan pelukan mereka. Mungkin takut Maha Pencipta nampak mereka berpelukan yang tidak mempunyai ikatan yang sah. Mungkin mereka sudah lupa, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Bijaksana dan sebagainya. Semoga anak-anak aku kelak dijauhkan daripada bencana sebegitu...

Habis aktiviti aku di Mid Valley, aku terus menuju ke Hentian Putra menggunakan komuter, satu pengangkutan awam yang sangat dahsyat kalau nak dibandingkan dengan kemerdekaan Malaysia yang lebih setengah abad. Kalau kita tengok komuter di Jepun, Korea, Singapura dan lain-lain tempat yang jarak kemerdekaannya sama dengan Malaysia, kita memang sangat jauh ketinggalan. Tahniah Malaysia. Di dalam komuter tersebut, aku berada di sebelah pasangan pacar yang menjijikkan bagiku. Lelakinya asyik mencium dahi si perempuan, agak memualkan dan ternyata mereka bukan pasangan suami isteri kerana perwatakan mereka meyakinkan tanggapanku. Pakcik dan makcik yang agak tua berada di tepi aku mampu menggeleng2kan kepala mereka. Aku pun turut menyertai mereka. Apakan daya, itu kehebatan kemajuan, itu kehebatan apabila Islam diletakkan bukan pada tempatnya. Sama seperti pacar-pacar yang solat Asar di surau Mid Valley tadi. Bagi mereka dan seangkatan dengan mereka, Islam hanya wujud di masjid, di Musabaqah Tilawah Al-Quran, Akademi Al-Quran dan Al-Kulliyyah. Yang lain, Islam tidak boleh diaplikasikan. Amat dangkal dan cetek pemikiran seumpama itu. Apakan daya, hakikat Islam akhir zaman ialah barang dagangan, maka begitulah tempatnya barang dagangan...

Kebetulannya, aku turun di Putra bersama-sama dengan pakcik dan makcik tadi. Aku tegur mereka. Menanyakan kesihatan mereka. Menanyakan asal-usul mereka. Bersalaman dengan mereka. Terpancar cahaya hormat dan kasih daripada wajah-wajah mereka. Aku rasa, amalan-amalan ini telah lama lapuk dalam era pembangunan fizikal dan globisasi kini. Mungkin, ayah-ayah kita, mak-mak kita, atuk-atuk kita sahaja yang mengamalkan budaya ini pada sejarah yang lampau yang sukar diulang kembali.

5 pagi 3hb Mac 2010, aku tiba di simpang tiga Perol. Tamat pengembaraanku ke KL selama satu hari suntuk...
ahmadfadhli
Oleh ahmadfadhli dalam AhmadFadhli.com.my pada Jumaat, 5 Mac 2010, 9:56 AM

Jika Hanya Tidak Puas Hati, Kenapa Melompat?

Sehari dua ini nampaknya politik negara bergoncang dengan tindakan beberapa orang ahli parlimen dan individu dari PKR keluar dari parti. Dari katil hospital, saya membaca gelagat ini yang dipersembahkan satu demi satu. Ada yang mengisytiharkan bebas bahkan ada yang terus memasuki UMNO. Barangkali drama ini sudah di penghujung atau akan ada lagi watak-watak lain, wallahua’lam. Hati manusia memang sukar untuk diduga.

Saya sebenarnya pelik memikirkan tindakan  mereka yang keluar parti ini. Dari mula saya membaca alasan-alasan yang dikemukakan, agak terasa janggal sebenarnya. Gendang yang dipalu langsung tidak sama dengan tarian. Mungkin tanah yang tinggi rendah atau pertimbangan yang telah dikuasai kepentingan, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Jika punca sebenarnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan, adakah sepatutnya langkah keluar parti menjadi pilihan? Tidak wujudkah jalan lain yang lebih dilihat jujur dan harmoni? Saya yakin, jika mahu bersikap jujur, boleh saja didesak supaya adakan mesyuarat tergempar, usulkan cadangan supaya keadaan dibaiki. Usulkan sahaja sidang tergempar, ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati. Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumahtangga parti? Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya.

Mereka yang keluar parti perlu berfikir, jujur membuat penilaian. Bukankah kita dipilih oleh rakyat dengan mandat yang sah? Rakyat memilih wakil mereka melalui parti yang mereka tandingi. Tidak bimbangkah mereka yang melompat, pengundi mereka yang merasa tertipu akan menyumpah seranah? Bukan sahaja pengundi mereka, kalau saya sendiripun ditipu oleh wakil yang dipilih seperti ini, saya akan marah. Di dunia ini kamu berdepan dengan kemarahan pengundi, di akhirat nanti terpaksa pula menjawab di hadapan tuhan!

Pesan saya, lakukankah tindakan yang kita yakin mempunyai jawapan di hadapan tuhan. Biar setitik kesedaran menitis di atas kegersangan hati kita untuk kita menyedari bahawa perbuatan yang dilakukan di dunia ini akan disoal satu hari nanti.

Secara logiknya, pemimpin sebegini perlu meletakkan jawatan. Kembalikan saja mandaat kepadarakyat. Bertanding di atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri.

Ada yang berhujah, jika letak jawatan, bagaimana mahu bertanding semula? Saya jawab, jika persoalan bertanding semula menjadi isu, ini bermakna pemimpin tersebut hanya memikirkan kepentingan diri, bukan lagi kepentingan rakyat. Bimbang sangat jika tidak dapat bertanding, jelas dan terang menjaga kepentingan diri. Syak saya dan juga orang lain semakin kuat, apatah lagi jika benar didorong oleh imbuhan berjuta-juta. Barangkali, alasan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara hanyalah ratib palsu sahaja bagi menghalalkan tindakan. Tidak logik, demi menjaga kepentingan agama dan bangsa, menyerahkan diri kepada UMNO, parti yang tidak pernah menjaga agama dan bangsa!

Harap saya kepada rakan-rakan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), janganlah mudah berputus asa. PKR masih lagi muda dalam gelanggang politik negara. PAS sewaktu zaman mudanya dulu juga diancam oleh amalan lompat parti. Di Terengganu, pernah PAS tersungkur kerana ada yang melompat parti. Di zamanAllahyarham Daud Samad dan Allahyarham Datuk Asri Muda, berlaku juga kes lompat parti. Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi! Alhamdulillah, tidak ada yang melompat.

Akhir sekali saya ingin ingatkan sekali lagi, setiap perbuatan dan percakapan kita akan di’audit’ oleh Allah SWT. Mereka yang melompat parti mengkhianati amanah rakyat, hari ini boleh sahaja menjawab, tetapi esok di padang mahsyar, sediakanlah jawapan jika kamu mampu! Jika ingatan saya ini masih belum cukup, sekurang-kurangnya beringatlah dengan firman Allah SWT yang bermaksud : Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).”

-Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

4 Mac 2010

Wad 2 Timur,

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

- penulis ialah Menteri Besar Kelantan.

4 Mac
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Khamis, 4 Mac 2010, 12:26 AM

Successful / Berjaya / Fauz

Semalam, aku menelusuri jalan kampung yang kecil dan gelap untuk menghantar adikku Syakirah dengan menaiki motorsikal wave abahku. Deruan angin menghembus lembut, membuatku terkenangkan zaman remajaku, zaman kanak-kanakku, zaman di mana aku tidak dibebani dengan pelbagai tanggungjawab dan masalah lagi. 

Semalam, bulan purnama sangat terang, sehinggakan aku seakan-akan tidak memerlukan lampu motorsikal wave itu untuk menyuluh jalan sempit menuju ke Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, sekolah yang membesarkan kebanyakan adik-beradikku. Selepas melangkaui 100 meter jaraknya daripada masjid kampungku, terdapat sebuah rumah usang di sebelah kananku yang hanya bercahayakan dua buah lampu sahaja, iaitu lampu luar dan dalam. Lampu di dalam, agak malap. Yang pastinya, di dalamnya terdapat satu komuniti keluarga yang kecil sedang melakukan aktiviti malam agaknya. Aku tertanya-tanya ke dalam hatiku, kalaulah aku dilahirkan daripada rumah tersebut, apakah nasib aku pada masa sekarang? Kenapakah aku anak Mohamed Saat bin Ismail, bukan anak Fulan bin Fulan yang kais pagi makan pagi. Banyak persoalan yang menerjah fikiranku yang aku tidak berdaya menjawabnya secara spontan. Kubiarkan sahaja persoalan itu berlalu seperti berlalunya angin menerjah tubuhku.

50 meter lagi, aku akan tiba di selekoh terakhir untuk menghantarkan adikku yang tahun ini akan bertemu satu peperiksaan yang besar dalam sejarah hidupnya, iaitu UPSR. Dalam jarak itu, tersergam indah di sebelah kananku satu buah banglo milik doktor pakar yang tinggi "gate"nya lebih kurang 2 meter lebih, rumahnya berkos jutaan ringgit, marmarnya bersaiz 5x5 kaki persegi, tingkatnya 3, dan banyak lagi kemewahan yang tersergam indah pada rumah tersebut. Aku tertanya lagi, kenapakah aku tidak dilahirkan menjadi anak tunggal dalam keluarga itu? Kalaulah aku ada rumah begini dan banyak lagi. Semua persoalan itu aku campur dan kumpulkan dalam persoalan-persoalan yang telah bermain di fikiranku sebentar tadi. 

Sewaktu pulang, aku menikmati keindahan Bulan Purnama ciptaan Ilahi kepada kita untuk ditunjukkan kebesaranNya yang wajib kita syukuri dan geruni. Sambil melihat keindahan malam yang nan indah, aku terkenangkan satu tazkirah yang diberikan oleh seniorku di MTAQ, tajuknya, BERJAYA. Dia berkata, apakah tafsir kejayaan dalam hidup ini? Berjaya ada banyak maksud tetapi ianya akan berbeza bersandarkan watak dan plot seseorang tersebut; orang yang kaya raya, akan mengatakan kejayaan itu ialah apabila kita bergelar jutawan, orang yang ramai anak akan berkata, berjaya itu apabila semua anak-anak kita dapat masuk universiti dan bekerja sebagai "somebody" dalam kerajaan mahupun swasta, orang yang berpolitik mengatakan bahawa berjaya itu apabila pihak majoriti memilih kita untuk mentadbir Malaysia dan banyak lagi.

Dia terus membacakan sepotong ayat Al-Quran dalam Surah Ali-Imran atau Surah Al-Nisa yang bermaksud, seseorang itu, sekiranya dia dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah, dialah orang yang sebenar-benarnya berjaya. Jadi, segala kekusutan dalam fikiranku terjawab dengan hanya menggunakan ayat ini. Memang Maha hebat keadilan Allah Taala terhadap hambaNya, walaupun kamu lahir di dalam sebuah rumah usang yang hanya ada 2 lampu sahaja tetapi kamu akan dianggap berjaya sekiranya kamu dijauhkan dengan api neraka dan dimasukkan ke Syurga, walaupun kamu mempunyai anak tetapi hanya mampu masuk Pusat Giat Mara sahaja, kamu akan dianggap berjaya sekiranya kamu dihindarkan daripada Jahannam dan dapat berseronok di Jannah, walaupun kamu hebat berpolitik, malangnya majoriti menolak apa yang kamu bawa, kamu tetap berjaya sekiranya intipati ayat tersebut kamu dapat laksanakan. 

Aku pulang dengan hati yang tenang, dengan perasaan yang bahagia, dengan jiwa yang nyaman daripada fitnah dunia, dengan rakusnya manusia mengejar pangkat, kekayaan dan kuasa. Semoga segala penyakit hati ini akan hilang daripada jiwaku dan jiwa ahli keluargaku. Yang pastinya, semoga kami digolongkan di dalam kelompok orang yang "guaranteed" 100% berjaya iaitu yang selamat daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga... Amin Ya Rabbal Alamin...
3 Mac
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 3 Mac 2010, 11:52 PM

International Media Fam on Big Motorcycles (24-26 Feb 2010)

 
Gold Wing 1.8; salah satu motor Marshall dalam trip ini...

Pada 24-26hb Febuari ada rombongan International Media Fam Trip on Big Motorcycles datang ke kampungku, Homestay Seterpa. Aku mcm biasala, jadi MC sebab kena introduce kampung dlm bahasa Omputeh. Then, ada pembahagian keluarga angkat dan acara sambutan yang menceriakan.

Ada banyak aktiviti yang mereka dapat lakukan dan nikmati. Semuanya aku dah catatkan dalam blog kampungku http://homestayseterpa.blogspot.com/

 Motor En. Mesron dan Isteri yang sudi bertandang sebagai tetamu di rumahku

Dengan perkembangan kampungku ini, ramai yang dapat manfaat dengan kehadiran pelancong-pelancong asing. Ada yang dapat monetary gain, ada yang dapat jual barang, ada yang dapat pergi ke rumah pelancong-pelancong ini pada masa akan datang dan banyak lagi. Semoga usaha murni abahku untuk memajukan kampung dirahmati Allah dan dianugerahkan pahala dan "duit" yang banyak untuk membeli Syurga Allah di sana.

  
Subhanallazi Sakkharalana Haza Wama Kunna Lahu Muqrinin 
Wainna Ila Rabbina Lamun Qalibun

Aku mendoakan supaya rombongan ini selamat sampai ke destinasi mereka dan Allah bersama-sama mereka dalam memberikan taufiq dan hidayah kepada mereka supaya mereka juga sampai ke destinasi yang bahagia dan indah di Akhirat sana. 
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 3 Mac 2010, 11:52 PM

Bisnez Yang Aku Ceburi Sekarang

Post PTD pada 18hb Febuari 2010 aku sudah tolak. Post Pegawai Undang-Undang di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, aku tidak hadir ke sesi temuduganya. Hakikatnya, aku dalam proses habiskan chambering, then cita-cita aku nak jadi lawyer dan involve dengan multi bisnes. Sambil menyiapkan untuk filling long call aku, aku sesaja explore satu bisnes. Tengok cara bisnes tu beroperasi sangat menguntungkan dan memudahkan. Apa yang aku perlu, Diri Aku atau Isteriku (Insya Allah), Internet kat rumah dan Debit Kad. Tu jer.

Dalam duk tengah decide untuk masa depan aku ini. Teringat pulak pada Isteriku yang kerja siang malam as Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, yang dapat RM 2k lebih bersih. Tapi lepas tolak, sewa rumah, minyak kete, ansuran bulanan kete. Tinggal RM 1k. Tu tak campur nak makan dan contingency expenses yang lain. Kesian dia. Habis bulan, saving pun takder. Takkan hidup dia dan aku akan macam tu sampai umur 55 tahun, aku perlu buat sesuatu...

Bertambah kesian ialah apabila dia duduk jauh dengan aku. Aku di KB dia di KL. Lepas ni dia kat mana pulak tak tahulah, sebab public servant ni banyak tempat kena dihantar. Anak kami pulak akan lahir bulan 5 ini. Then, lepas aku buat Solat Istikharah banyak kali, Allah macam beri idea untuk aku tempuh bisnes ni. Jadi, aku pun daftarlah dengan duit aku yang sedikit untuk memulakan bisnes ini.

Aku berdoa semoga jalan yang aku tempuh ini untuk kejayaan aku di dunia dan seterusnya sebagai jambatan jalan ke Syurga. Kepada isteriku tercinta, beri masa kepada aku dalam 3-6 bulan untuk aku buktikan sesuatu.   Semoga aku akan berjaya. I Love You So Damn Much and our baby.


Semoga bisnes ini http://www.adib.vpower2u.com/ menujukkan taringnya kepada aku dalam masa setahun daripada sekarang dan Allah mempermudahkan segala urusan. Insya Allah bila ada hasilnya nanti, akan aku sumbangkan kembali kepada masyarakat semua. Semoga Allah bersama-sama aku dalam bisnes ini. Hadith mengatakan: 90% daripada keuntungan dan kekayaan adalah datang daripada bisnes. Cita-citaku ingin menjadi Saidina Abdul Rahman bin Auf ataupun di Malaysia sekarang, Syed Mohtar Al-Bukhary.

Muhamad Adib bin Mohamed Saat
0176745123 
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 3 Mac 2010, 11:52 PM

Senaman Aerobik dan Poco-Poco

Petang kelmarin, aku join team instruktor Aerobik dan Poco-Poco untuk program kesihatan Makcik-Makcik dan Pakcik-Pakcik kat kampung aku. Selama 45 minit buat aerobik, "then" poco-poco 15 minit. Teringat aku masa jadi anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tiap-tiap hari  Sabtu kena pergi padang kawad, buat Fizikal Training, buat Aerobik time2, dan juga poco2. Kadang-kadang kena dera dengan En. Nazri buat Senaman Berkala. Kalau kena peringkat satu dan dua kira okaylah. Kalau sampai tahap ketiga dan ke atas, boleh muntah woo...

Tapi selepas daripada aku keluar UIAM, dengar kata Poco-Poco diharamkan gara-gara satu artikel menceritakan asal-usulnya. Artikel tersebut mengatakan bahawa ianya dilakukan sebagai satu cara nak "please" Tuhan Agama Kristian. "Maybe" diorang istinbatkan hukum dengan hadith, "man tasyabbaha min qaumin, fahuwa minhum". Tetapi aku tak berapa nak setuju dengan kaedah "qiyas" ini. Rasa macam "qiyas ma'al fariq" je.

Sebabnya; banyak amalan atau budaya seperti kawen banyak, jual beli secara "salam", dan banyak lagi berasal daripada kebudayaan orang Arab Jahiliyyah. Namun, Islam datang dan "approve"kan sebahagian besar amalan dan budaya yang dibuat oleh Orang Arab Jahiliyyah ini.

Melalui sudut lain pula, Tarian Poco-Poco ini dapat menyegarkan tubuh badan, memberikan kecergasan kepada fizikal kita seterusnya mencerdaskan minda kita. Seperti kata pepatah Arab, "Al-'Aqlussalim Fil Jismissalim". Namun, perkara yang tidak dibenarkan seperti buka aurat, percampuran lelaki dan perempuan yang bebas, liuk-lentok yang mengiurkan dan tidak sedap mata memandang tidak boleh dipraktiskan dalam tarian ini.

Apa-apa pun, semoga ramai peserta dapat manfaat daripada program ini dan semoga ianya dapat dilakukan lagi pada masa akan datang dengan harapan tahap kesihatan penduduk kampung aku akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
2 Mac
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Selasa, 2 Mac 2010, 4:29 PM

Vaksin halal meningokokus

DZULKIFLI ABDUL RAZAK (lima dari kanan) dan Francisco Dominguez Alvarez (enamdari kanan) pada majlis menandatangani memorandum perjanjian untuk membangunkan vaksin halal penyakit meningokokus di Kedutaan Besar Malaysia di Havana baru-baru ini.

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) melalui jaringan strategiknya dengan Institut Finlay dari Cuba mencipta sejarah dalam bidang pengajian tinggi apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membangunkan vaksin halal pertama bagi penyakit meningokokus yang dikenali sebagaitetravalent meningococcal ACW135Y vaccine.

Perkara itu diputuskan menerusi majlis menandatangan memorandum perjanjian oleh kedua-dua pihak di Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba pada satu majlis yang turut disaksikan oleh Ketua Penasihat Saintifik Majlis Negara Republik Cuba, Dr. Fidel Castro Diaz-Balart dan Duta Besar Malaysia ke Republik Cuba, Yean Yoke Heng.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Institut Finlay, Francisco Dominguez Alvarez.

Melalui perjanjian tersebut, Sanggar Sains, anak syarikat sepenuhnya milik USM, akan berperanan dalam mengkomersialkan vaksin tersebut.

Kerjasama seumpama itu merupakan detik paling bersejarah buat kedua-dua pihak khususnya dalam menyelesaikan kemelut kesihatan ekoran penularan penyakit meningokokus yang banyak melanda rakyat di negara-negara membangun dan mundur.

Dzulkifli dalam satu kenyataan berkata, kerjasama di antara USM dengan Institut Finlay bermula sejak lapan tahun lalu dan sepanjang berkolaborasi, kedua-dua pihak telah membangunkan pelbagai jenis penyelidikan, antaranya berkenaan penyakit turbekulosis.

Katanya, penyelidikan turbekulosis yang terdahulu telah memberi pelbagai manfaat khususnya dari aspek pertukaran kepakaran, staf dan para pelajar di antara USM dan institusi pengajian tinggi Cuba itu.

"Perkembangan baru ini yang melibatkan cabang penyelidikan lain nyata menjadi satu lagi inisiatif kita dalam membangunkan nasib golongan bottom billion, sekali gus meletakkan nama Malaysia sebagai antara pengeluar vaksin halal terkemuka di pentas global,'' katanya.

Sementara itu, Francisco Dominguez pula berkata, kerjasama yang sekian lama terjalin itu akan sentiasa diteruskan dan kedua-dua pihak akan meneroka peluang-peluang penyelidikan baru demi manfaat masyarakat di negara-negara membangun dan mundur.

"Visi dan matlamat di antara USM dengan Institut Finlay tidak jauh berbeza iaitu untuk mencari penyelesaian efektif dan boleh diakses penduduk negara-negara miskin yang amat memerlukan bantuan dan sokongan," jelas beliau.
Tambah beliau, selain mencari penyelesaian, kerjasama itu juga dapat mengembalikan kegemilangan teknologi dan tamadun Islam sebaris dengan penghasilan yang dicipta oleh barat.

Penyakit meningokokus adalah penyakit jangkitan bakteria serius yang disebabkan oleh sejenis bakteria dikenali sebagai Neisseria meningitidis.

Ia menjadi penyumbang utama kepada jangkitan bakteria meningitis kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang berumur dalam lingkungan dua tahun hingga 18 tahun yang jika tidak menerima kaedah rawatan sempurna boleh membawa kepada maut.
ahmadfadhli
Oleh ahmadfadhli dalam AhmadFadhli.com.my pada Selasa, 2 Mac 2010, 11:10 AM

‘Bakal Menteri Besar’ Masih Bermimpi?

Malaysia bahkan dunia pun mungkin telah mencatat sejarah yang menarik apabila sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pernah digegarkan dengan kempen agresif UMNO/BN di dalam menawan Kelantan. Bermula dengan kempen ”18 Pade Doh” sehinggalah kepada menabalkan ”Bakal Menteri Besar”, UMNO / BN terus kempunan di dalam menawan Kelantan. PAS terus gagah bersama Pakatan Rakyat meninggalkan hanya 6 kerusi untuk UMNO.

Sayangnya, barangkali mimpi bakal menteri besar masih belum habis. Nyata sekali, bakal menteri besar berkenaan, YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein masih bermimpi, angin Pantai Bachok yang kadang-kadang kencang gagal mengejutkannya dari mimpi yang diulit oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sendiri. Sayang sekali, mimpi ini semakin beralun indah apabila diberikan teraju mengendalikan duit wang ehsan yang entah dari mana datangnya.

Bakal Menteri Besar sekali lagi mengegarkan ketenangan bumi Kelantan. Kali ini apabila YAB Menteri Besar yang sah dinafikan hak untuk membuat pelepasan pelumba-pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam. Bukanlah soal berebut untuk bermegah-megah, isunya  ialah semua pihak perlu tahu di bumi mana mereka sedang berpijak. Bumi Kelantan ada Rajanya, ada Menteri Besarnya, ada rakyatnya yang telah menolak UMNO/BN secara total di dalam pilihanraya yang lepas.

Tuan Guru Menteri Besar telah dijemput dari awal untuk membuat pelepasan peserta LTDL. Petang sehari sebelum berlangsungnya pelepasan, Datuk Awang Adek memohon untuk turut hadir bersama. Persetujuan telah dicapai dengan Menteri Besar akan membuat pelepasan diiringi oleh Datuk Awang Adek. Bukankah itu satu kompromi yang baik dan jernih? Setidak-tidaknya Awang Adek tidak dilihat sebagai tidak cerdik. Paling kurang pun sudah mengiringi Menteri Besar sekalipun gagal menjadi Menteri Besar yang sah.

Pagi hari pelepasan jam 9.15 pagi, pengesahan dibuat bahawa Menteri Besar yang akan membuat pelepasn. Sayangnya, entah sihir apa digunakan, kedatangan Menteri Besar tidak dialu-alukan. Datuk Awang Adek langsung tidak berdiri sewaktu kedatangan Menteri Besar sebagaimana orang lain. Bahkan pada peringkat awalnya, hanya Awang Adek dan Pengarah JPP Kelantan dibenarkan untuk berada di atas pentas manakala Menteri Besar di bawah! Teruk sekali apabila orang yang bermimpi masih belum terjaga!

Akhirnya, yang dijemput membuat pelepasan hanyalah Datuk Awang Adek meninggalkan Menteri Besar yang sah. Konspirasi apa yang dirancang tidaklah diketahui, yang jelasnya kejadian tersebut benar-benar memalukan. Bukan memalukan Menteri Besar, tetapi memalukan Awang Adek sendiri yang langsung tidak menghormati pemimpin negeri yang sah di majlis yang sama.

Bak kata YAB Tuan Guru Menteri Besar sebentar tadi di dalam Dun Kelantan, ” Malu hanyalah harta orang beriman. Orang yang tidak beriman tidak malu. Bahkan lembu kerbau juga tidak malu. Orang yang tidak malu kulit mukanya lebih tebal dari kulit kaki..”

-AHMAD FADHLI BIN SHAARI

2 Mac 2010 : 11.00AM

Penulis merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

awe-donde
Oleh awe-donde dalam AWE-DONDE pada Selasa, 2 Mac 2010, 4:04 AM

Ke Arah Pembaharuan Ilmu dan Pemikiran 1


“Kita perlu membuat pembaharuan kepada Fiqh.Kita sekarang belajar sejarah Fiqh bukanya Fiqh!,”tegas Dr Syuwes dengan nada tinggi pada kuliah kali ini..Sengaja ingin memprovok student dalam lecturer beliau kali ini.

Beberapa pelajar arab mengangkat tangan tanda protes apa yang cuba disampaikan oleh dr kali ini.Kelas menjadi gamat seketika.Pelajar Malaysia seperti biasa malu untuk mengangkat tangan diam seribu bahasa.

“Fiqh adalah faham,bukanya sejarah.Ana bagi contoh,kita belajar jenis-jenis air untuk wudhu’ seperti air sungai,air telaga dll.Sekarang kita sudah tidak menggunakan air mata air bukan?Kita sudah ambil wudhu’ dengan air paip!Mengapa kita tidak belajar fiqh tentang air paip?”,syarah beliau lagi.

“Air musyammas juga sudah tidak wujud di zaman kita!Mengapa kita masih belajar benda yang tidak wujud?Belajar benda ghaib sama dengan aqidah?Bukanya fiqh!Mengapa kita tidak belajar tentang air tangki polimer,air tangki yang diperbuat dari besi dll?Siapakah yang dapat berikan kepada ana dalil kenapa Imam Syafi’e mengatakan air musyammas tidak dapat digunakan sebagai air wudhu’?

“Sebab itu kita perlukan tajdid fiqh.Memerlukan pembaharuan fiqh”.Berapa orang kah dalam kelas ini pernah bertayammum?Berapa orangkah dalam kelas ini pernah Solat Gerhana?”.

Kelihatan hanya 3 orang sahaja mengangkat tangan.Berbanding kelas kami yang begitu ramai.

“Fiqh untuk praktik(tathbiq).Cuba antum tukarkan maklumat yang anda pelajari dalam kelas kepada praktikal.Bukannya fiqh dipelajari untuk bahan sejarah mahupun kita belajar fiqh seperti kita belajar ilmu ghaib.Belajar benda yang tiada!”.Dr Syuwes kembali menambah pedas di telinga kami…..

Saya amat bersetuju dengan apa yang Dr Syuwes sampaikan.Fikrah beliau mahu golongan agama tidak berfikiran jumud,sentiasa berfikiran terbuka dan luas menyebabkan Agama Islam releven sepanjang zaman.Tidak mahu mengulangi sejarah zaman kegelapan Inggeris dan Kristian Ortodoks dan zaman kejatuhan Islam pada zaman ta’sub mazhab dan perpecahan umat Islam.’

Ke Arah Tajdid ilmu fiqh……sambungan ke-2
awe-donde
Oleh awe-donde dalam AWE-DONDE pada Selasa, 2 Mac 2010, 2:24 AM

Jika Rasulullah Berada di Samping Kita Pada Hari Ini



Beg duit seorang wanita tua jatuh,lalu datang seorang lelaki yang berbasikal lantas mengambil beg duit tersebut..Tiba-tiba datang seorang lelaki lagak sebagai penyelamat mengejar lelaki berbasikal tersebut…

Rupa-rupanya wanita tua itu sengaja menjatuhkan beg duit dia kerana ini merupakan salah sebuah rancangan realiti TV oleh MBC salah sebuah stesen televisyen arab.Rancangan ini begitu menarik yang dinamakan ‘Lau kana rasulullah ya’ti a’laina daqiqatan wahidah’ yang bermaksud Jika Rasulullah S.A.W Datang Kepada Kita Selama Seminit…..Rancangan yang menarik ini sengaja mahu melihat kejujuran pemuda pada zaman sekarang dengan meletakan candid camera.Mereka mahu membuat bancian tentang kejujuran orang awam di jalanan samaada amanah atau sebaliknya dengan barang yang dijumpai di tepi jalan..Kemudian mereka akan wawancarakan sesiapa yang ‘terkena’ itu dengan bertanyakan soalan ‘Jika Nabi Muhammad datang kepada kamu ketika ini apakah yang akan kamu lakukan?’..Ada salah seorang daripada orang awam yang diwawancarakan itu menangis teresak-esak sambil berkata ‘Tidak mungkin Rasulullah datang!Tetapi aku sangat mahu bertemu Rasulullah,mahu memeluk baginda…….Mungkin rancangan ini boleh ditiru oleh stesen-stesen televisyen di Malaysia…..

Sejauh manakah kita cintakan Rasulullah?Sejauh manakah sensitif kita terhadap masyarakat bukan Islam yang menghina Rasulullah sebagaimana pelukis dari Denmark melukis karikatur menghina Nabi?Adakah sekadar membaca sahaja atau hati kita tersentuh menangis kerana bila Rasulullah dihina,maka kita juga rasa dihina?Hakikatnya,sejauh manakah hati kita sayang dan cinta kepada Rasulullah hanya kita sahaja yang tahu…

Atau kita hanya tahu sirah Rasulullah hanya semasa darjah 4 dan 5 kerana mengikuti kelas KAFA mahupun Fardhu A’in yang kita telah tinggal lama berbanding cerita gosip-gosip artis berbanding sirah Nabi..Tahukah kita berapakah anak Rasulullah?Isteri Rasulullah ada berapakah?Bilakah tarikh wafat Nabi?Ketika umur berapakah nabi menerima wahyu?Jika soalan-soalan ini hanya anda jawab,”elleh ini budak darjah 4 pun tahu”…Ataupun kita kata tidak ingat kerana kali terakhir belajar dan terdengar sirah nabi pada masa umur 10 tahun!Atau anda berasa ini tidak penting kerana merasa sudah cukup dengan ibadat selama ini?…Maka,ini menunjukkan kita sangat jauh dengan nabi…

Mungkin soalan ini paling tepat dengan kita….”Layakkah kita mendapat syafaat nabi semasa akhirat nanti?Layakkah kita meminum air telaga Kauthar sebagaimana dijanjikan pleh Allah pada surah Al-Kauthar yang dimana pada hari itu tiada dah air coca-cola,air ABC di sisi kita..?Layakkah kita bertemu dengan Nabi?Kenalkah Nabi dengan kita walaupun kita mengaku bahawa kitalah umat Nabi Muhammad tetapi sirah Nabi pun kita tidak tahu?

Cuba kita bayangkan jika Rasulullah tiba-tiba datang ke zaman kita.Tidak perlu kita imagine kita kembali ke zaman Rasulullah,tetapi Rasulullah yang datang kepada kita!Kemudian menziarahi rumah kita.Rasulullah melihat di dinding rumah kita penuh dengan poster-poster artis,di dalam MP3 kita pula penuh dengan lagu-lagu inggeris berbanding Al-quran 30Juzuk.Kemudian Rasulullah masuk ke bilik kita,baginda melihat pula buku-buku di rak dipenuhi komik-komik dan majalah-majalah yang tidak menutup aurat berbanding dengan Al-quran yang sudah berhabuk tidak disentuh.Kemudian didalam laptop pula penuh dengan cerita-cerita drama Korea berbanding kisah sirah Rasulullah………Kemudian Baginda menangis melihat umatnya..Pada masa itu layak kah kita yang mengaku cinta kepada Rasulullah memeluk baginda?Tidak malukah kepada Rasulullah??

Jika kita rasakan pada waktu itu kita malu hendak membawa rasulullah ke rumah kita,maka kita sendiri sudah tahu sejauh manakah kita cinta dan sayang kepada nabi Muhammad.Jika selama hidup kita tidak pernah menitiskan air mata kepada Rasulullah,agak-agak inginkah baginda memberi air di telaga Kauthar kepada kita?Mungkinkah ketika Malaikat Mungkar Nakil bertanyakan kita siapakah Nabi kamu?Mampukah kita menjawab soalan itu tatkala malaikat bertanyakan kita di kubur yang gelap berbantalkan tanah,dan diliputi kain kafan yang berwarna putih………….Tepuk dada Tanya iman…

Akhir sekali,bersempena maulud nabi ini,ingin saya pesankan…Banyakkan berselawat kepada nabi bukan pada Maulud nabi sahaja tetapi juga pada waktu-waktu lain juga..Sebelum saya akhirkan artikel ini,ingin saya meminta kepada anda untuk berselawat seketika kepada nabi…Sollu a’la nabi….10x….

http://www.facebook.com/photo.php?pid=241748&id=100000143599223#!/video/video.php?v=108039809208222 p/s:video rncangan tersebut
1 Mac
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Isnin, 1 Mac 2010, 8:23 PM

Ranking Gunung-Gunung di Malaysia

Ranking mengikut kiraan kaki.


1. Gunung Kinabalu 13,455 Sabah Kinabalu Park Sabah
2. Gunung Thusmadi 8,669 Sabah
3. Gunung Tambuyukon 8,462 Sabah
4. Gunung Murud 7,946 Sarawak
5. Gunung Mulu 7,795 Mulu Park Sarawak
6. Gunung Tahan 7,174 Taman Negara Pahang
7. Gunung Korbu 7,162 Ipoh Perak
8. Gunung Yong Belar 7,156 erak/Kelantan
9. Gunung Gayong 7,129 Perak
10.Gunung Chamah 7,122 Tasek Temenggor Perak/Kelantan
11.Gunung Yong Yap 7,110 Tasek Temenggor Perak/Kelantan
12.Gunung Ulu Sepat 7,089 Tasek Temenggor Perak/Kelantan
13.Gunung Batu Putih 6,990 Kg. Sg. Woh Perak
14.Gunung Tama Abu 6,930 Banjaran Tama Abu Sarawak
15.Gunung Irau 6,924 Cameron Highland Pahang
16.Gunung Benom 6,914 Jerantut Pahang
17.Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak Kelabit Highland Sarawak
18.Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan
19.Puncak 6852 6,850 Perak
20.Bukit Batu 6,863 Sarawak
21.Bukit Batu Buli 6,862 Banjaran Tama Abu Sarawak
22.Gunung Tumang Batak6,830
23.Gunung Berembun 6,817 Perak
24.Gunung Bilah 6,812
25.Gunung Berumbun (Wray's)6,808
26.Gunung Bieh 6,800
27.Gunung Belatok 6,800
28.Gunung Junction 6,796 Perak Pahang Kelantan
29.Gunung Gedung 6,776 Taman Negara Pahang
30.Bukit Batu Lawit 6,712 Banjaran Tama Abu Sarawak
31.Gunung Berinchang 6,664 Cameron Highland Pahang
32.Bukit Batu Iran 6,620 Sarawak
33.Gunung Tangga 6,609 Cameron Highland Pahang
34.Gunung Mubu 6,475 Perak
35.Gunung Swettenham 6,434 Taiping Perak
36.Gunung Shoid 6,387
37.Gunung Ulu Kechau 6,380
38.Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim Perak
39.Gunung Liang Barat 6,342
40.Gunung Berhid 6,334
41.Gunung Challi (Pondok)6,307
42.Gunung Siku 6,284 Cameron Highland Pahang
43.Gunung Tok Nenek 6,284
44.Gunung Noring 6,197 Perak
45.Gunung Bintang 6,110 Perak
46.Gunung Noring East 6,106 Kg. Kuala Balah Kelantan
47.Gunung Beremban 6,041 Pahang
48.Gunung Basor 6,038 Kelantan
49.Gunung Semangko 5,984 Kuala kubu Baharu Selangor
50.Gunung Suku 5,896 Perak
51.Gunung Kuar 5,815
52.Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru Selangor
53.Gunung Bujang 5,812 Pahang
54.Gunung Tiga Negeri 5,789
55.Gunung Raya 5,759
56.Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak
57.Gunung Warpu 5,724
58.Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta) Perak
59.Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland Pahang
60.Gunung Rajah 5,526 Bentong, Pahang
61.Gunung Ulu Semangkok5,473 Kuala Kubu Baharu Selangor
62.Gunung Lotong 5,459 Maliau Basin, Sabah
63.Gunung Bubu (Manong)5,437 Kuala Kangsar Perak
64.Gunung Bah Gading 5,318 Kg. Gedung/Bidor Perak
65.Gunung Pulang 5,259
66.Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland Pahang
67.Gunung Ulu Jerneh 5,172 Kg. Lubok Buaya/Kg. Masjid Perak
68.Gunung Tera 5,105
69.Gunung Tangga 15 5,049 Taman Negara Pahang
70.Gunung Rabong 5,047 Gua Musang Kelantan
71.Gunung Ulu Titi Basah5,030 Tasek Temenggor Perak
72.Gunung Lebah 4,992 Kg. Ulu Selim(Slim River) Perak
73.Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang
74.Gunung Ayam 4,934
75.Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat Selangor
76.Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland Pahang
77.Gunung Lawit 4,982
78.Gunung Pangkin 4,797 Taman Negara Pahang
79.Gunung Besar Hantu 4,794 Jelebu, N. Sembilan
80.Gunung Mandi Angin 4,790 Dungun
81.Pine Hill Tree 4,777 Frasiers Hill, Kuala Kubu Baru Selangor
82.Gunung Ulu Merah 4,757
83.Gunung Hijau (Maxwell)4,751 Taiping Perak
84.Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang
85.Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland Pahang
86.Gunung Temiang 4,098
87.Gunung Stong 4,664
88.Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput Perak
89.Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang
90.Gunung Ulu Bakar 4,563 Taman Negara Pahang
91.Gunung Bakar (Palas)4,560
92.Gunung Che Tahir 4,523
93.Gunung Ulu Telang 4,516
94.Gunung Gagau 4,513 Taman Negara Pahang
95.Gunung Menyelit 4,467
96.Gunung Talang 4,413
97.Gunung Ulu Bakau 4,421 Selangor
98.Gunung Inas 4,400 Kg. Kenering, Grik, Perak
99.Gunung Penrissen 4,360 Sarawak
100.Gunung Ulu Soh 4,343 Tasek Chenderoh, K. Kangsar, Perak
101.Gunung Padang 4,314 Terengganu
102.Gunung Baha 4,294
103.Gunung Kambing 4,288
104.Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu Kelantan
105.Gunung Saji 4,212
106.Gunung Ulu Tirus
107.Gunung Perlis 4,195 Taman Negara Pahang
108.Gunung Ledang 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Johor
109.Gunung Panggang Paku 4,155Cameron Highland Pahang
110.Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah
111.Gunung Bujang Melaka4,048 Tapah Perak
112.Gunung Surat 4,031
113.Gunung Kenderong 4,011
114.Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau Perak
115.Gunung Jerai (Gurun)3,992 Kuala Muda Kedah
116.Gunung Reskit 3,989 Taman Negara Pahang
117.Gunung Gajah Terom3,958 Terengganu
118.Gunung Bokbak 3,934 Perak
119.Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang N. Sembilan
120.Gunung Irong 3,908 Pahang
121.Gunung Chintawangsa3,886
122.Gunung Kuak Rimau 3,712 Grik
123.Gunung Kubang Badak 3,650Kg. Surau Baling Kedah
124.Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub) Pahang
125.Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang
126.Gunung Laris 3,527
127.Gunung Terra 3,503
128.Gunung Peninjau 3,471
129.Gunung Serundum 3,462 Pancing/Kuantan Pahang
130.Gunung Lerek 3,441 Kg. K. Sentul Pahang (Maran)
131.Gunung Kachang 3,436
132.Gunung Kub
133.Gunung Birut
134.Gunung Tebu 3,408
135.Gunung Belalai 3,406
136.Gunung Besar 3,398 Johor
137.Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang Johor
138.Gunung Perenggan 3,275
139.Gunung Bekok 3,126 Johor
140.Gunung Cherlak 3,065
141.Gunung Datok 2,900 Rembau N. Sembilan
142.Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi Kedah
143.Gunung China 2,890
144.Gunung Perak 2,836 Kedah
145.Gunung Chirgoi 2,804
146.Gunung Ulu Kemapan2,802
147.Gunung Chenuang 2,788 Selangor
148.Gunung Tok Bidan 2,763
149.Gunung Beremban 2,753
150.Western Hill 2,723 (Penang Hill) Pulau Pinang
151.Gunung Jua 2,719
152.Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah N. Sembilan
153.Gunung Santubong 2,657 Sarawak
154.Gunung Ulu Baranang2,654
155.Gunung Ulu Kaho 2,600
156.Gunung Besar 2,595
157.Gunung Kapal 2,592
158.Gunung Bayu 2,549
159.Gunung Berantai 2,520
160.Gunung Tampin 2,507 Tampin N. Sembilan
161.Gunung Mat Chinchang2,339 Langkawi, Kedah
162.Gunung Pulai 2,147 Pulai, Johor
163.Gunung Muntahak 2,339 Kota Tinggi, Johor
164.Gunung Sumalayang2,018
165.Gunung Rajah 1,890 Taman Negara Pahang
166.Gunung Lambak 1,673 Kluang, Johor
167.Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka Pahang
168.Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi/ Johor
169.Bukit Takun 1,450 Melawati/Ulu Klang Selangor
170.Gunung Lubok Tedong 1,420 Melawati/Gombak Selangor
171.Gunung Lepo 1,400 Ulu Langat Selangor
172.Bukit Tabuh 1,300 Melawati/Ulu Klang Selangor
28 Feb
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Ahad, 28 Feb 2010, 10:03 PM

"KURSUS PERUBATAN ISLAM" di JORDAN




-> Pendaftaran mulai sekarang dibuka di talian :

*Aiman Sufyan Bin Aezman
(
aiman_sufyan@yahoo.com /0777524682)

* Asiken Binti Md Jusoh
(
nurasyikin_wawidad89@yahoo.com.my / 0777953358)


-> Pembayaran hanya :

*
JD 3 (kepada ahli KMKJ,BKAPJ, MPKJ)

*
JD 4 (kepada bukan ahli)


-> Tarikh tutup pendaftaran :

*
8 / 3 / 2010 (Isnin)
27 Feb
Dakwah_boy
Oleh Dakwah_boy dalam Laman Dakwah pada Sabtu, 27 Feb 2010, 6:27 PM

KESUMA '10

Assalamualaikum wbt...


Belum pun habis kehangatan bahang Sambutan Awal Muharram (SALAM) 1431, satu lagi program raksasa yang diadakan di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Program tersebut diberi nama Kejohanan Sukan Maahad Tahfiz (KESUMA). Pengarah bagi tahun ini ialah Sdr. Zakuan dari ting. 6. Namun begitu, beberapa azara sukan terpaksa dihazafkan atas sebab bajet yang perlu dijimatkan bagi menampung keperluan Mukhayyam Tarbawi pula.. Sukan tahunan kali ini agak mempunyai satu kelainan yang mana baju tersebut mempunyai sedikit kelainan "design" daripada tahun-tahun sebelum ini... 4 Kumpulan yang bertanding yang menggunakan nama para pahlawan Islam.. Yakni, Solahuddin Al-Ayyubi(HIJAU), Khalid Al-Walid(KUNING), Muhammad Al-Fateh(MERAH), dan Tariq Bin Ziyad(BIRU).... Setakat ini dahulu laporan ana. InsyaAllah ulasan & selanjutnya akan disertakan selapas ini....

P/s : Ana dari pasukan Khalid Al-Walid...
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 27 Feb 2010, 4:01 PM

DNA otak sel tubuh


PEMINAT fanatik drama bersiri penyiasatan CSI: Crime Scene Investigationpasti teruja memerhatikan setiap gerak langkah penyiasat-penyiasat forensik dalam menjejaki penjenayah sesuatu kes. Perasaan gelisah sentiasa bermain di benak sanubari penonton yang tidak sabar mengetahui kesudahan cerita kegemaran mereka.

Kecekapan penyiasat forensik di dalam siri berkenaan ke lokasi kejadian mengumpul bahan bukti membuatkan peminat fanatik itu tidak lekang daripada televisyen. Dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik moden hari ini, penonton akhirnya menarik nafas lega apabila kesimpulan kepada kes yang rumit berjaya dirungkai satu persatu oleh penyiasat forensik kegemaran mereka.

Kalau kita mengamati dengan teliti siri penyiasatan popular itu, penggunaan asid deoksiribonukleik (DNA) begitu sinonim dipertuturkan oleh para penyiasat forensik ketika menjalankan siasatan. Mungkin ada segelintir peminat setia siri penyiasatan itu tertanya-tanya apakah DNA?

DNA merupakan molekul dalam sel asid nukleik utama yang terkandung di dalam kromosom. Ia sangat unik dan penting kepada manusia serta organisma hidup.DNA yang terbina daripada unit nukleotida terdiri daripada tiga juzuk utama iaitu deoksiribosa, fostat dan bes bernitrogen ibarat kad pengenalan diri kerana tiada manusia mahupun organisma mempunyai DNA serupa di muka bumi ini kecuali mereka adalah kembar seiras.

DNA juga amat penting dalam biologi manusia kerana ia merupakan bahan menghasilkan gen yang membawa maklumat pewarisan. Gen merupakan satu segmen pada rantaian DNA yang mengawal pembentukan protein tertentu sekali gus bertindak memberi bentuk kepada kromosom.

Tidak keterlaluan jika dikatakan DNA ibarat seperti otak kepada semua sel kerana ia berkebolehan memberi arahan kepada sel-sel lain mengenai tugas dan fungsi di dalam tubuh kita. "DNA amat penting kerana ia mengkodkan semua kod genetik manusia dan organisma. Kod genetik ini akan bertindak menghasilkan protein dalam pembentukan sel seterusnya ia akan membentuk tisu. Selepas itu, ia membentuk organ dan menjadi organisma.

"Setiap DNA individu adalah unik kerana ia berlainan antara satu sama lain. Manusia mempunyai DNAnya sendiri, ia adalah identiti seseorang dan tidak boleh ditukar milik," jelas Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Kata Zafarina, DNA seseorang tidak akan sama sekali bertukar profil dengan orang lain.

Bagaimanapun, hanya pasangan kembar seiras memiliki DNA yang sama. Bahagian anggota tubuh manusia yang manakah DNA boleh ditemui? "Dalam semua sel yang mempunyai nukleus di seluruh tubuh manusia mempunyai DNA kecuali sel darah merah matang."

Kata Zafarina, antara bahagian manusia yang mempunyai DNA termasuklah helaian rambut, darah, air liur, peluh, air mani, tulang dan beberapa lagi. Menurut Zafarina, DNA mampu bertahan sehingga beratus tahun lamanya bergantung kepada persekitaran sesuatu tempat itu. Sebagai contoh, jika terdapat tengkorak di dalam gua tertutup dan dilitupi salji ia boleh kekal hingga beratus tahun lamanya.

Apakah kepentingan DNA dalam siasatan polis? Berbeza dengan cap jari yang boleh dihapuskan kesannya di tempat jenayah, sebaliknya penjejakan bahan bukti menerusi DNA lebih luas.

Pangkalan data DNA

"DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian sukar dihapuskan melainkan ia terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti kelembapan yang tinggi atau kepanasan yang melampau.

KETEPATAN ujian DNA juga hampir sempurna iaitu sehingga 99.9 peratus.
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 27 Feb 2010, 4:00 PM

Google Buzz saingan Facebook?


Dominasi Facebook dan Friendster dalam dunia tanpa batasan telah mendapat reaksi daripada gergasi enjin carian, Google, yang menawarkan pilihan baru bagi penggemar rangkaian sosial maya.

APABILA berbicara tentang laman rangkaian sosial, tentunya dua 'F' bermain di kotak fikiran kita. Facebook dan Friendster - kedua-dua laman rangkaian sosial ini telah berjaya menarik ratusan juta pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web yang suatu ketika dahulu hanya digunakan sebagai wadah menghimpunkan teman-teman lama dan baru, kini turut digunakan oleh syarikat-syarikat bagi mempromosi produk mereka.

Golongan selebriti juga memudahkan peminat mereka mengetahui perkembangan terkini mengenai aktiviti mereka.

Tidak hairan lagi apabila ia turut dijadikan platform oleh tokoh-tokoh politik untuk mendekatkan diri mereka dengan lingkungan berkepentingan.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun telah mengambil inisiatif meletakkan dirinya bersama-sama rakyat jelata melalui Facebookbagi menyelami masalah dan mendengar cadangan secara terus daripada rakyat.

Pendekatan penerimaan input secara terus daripada rakyat ini tidak pernah diguna pakai sebelum ini. Pastinya fungsi tersebut dapat menambat hati rakyat kerana mereka tidak sekadar dapat melihat pemimpin mereka melalui kaca televisyen, tetapi dapat terus berinteraksi melalui wall atau dinding profil pemimpin mereka itu.

Dominasi Facebook dan Friendster di dalam dunia tanpa batasan ini telah mendapat reaksi dari gergasi enjin carian Google.

Sungguhpun Google telahpun memiliki laman web sosial versi mereka sendiri yang dikenali sebagai Orkut, namun sambutan terhadapnya agak hambar dan lebih mendapat sambutan pengguna di India dan Brazil.

Agar tidak ketinggalan dalam persaingan rangkaian sosial, pada 9 Februarilalu Google telah memperkenalkan Google Buzz, satu komponen rangkaian sosial yang diintegrasikan ke dalam aplikasi email web Gmail mereka. Pembangunan Buzz tertumpu kepada perkongsian foto, video dan juga pautan kepada pengguna Buzz yang lain.

Buzz membolehkan pengguna untuk memilih sama ada untuk berkongsi setiap kemas kini yang dilakukan secara global ataupun tertutup kepada sekumpulan teman-teman tertentu sahaja. Ia turut diintegrasikan dengan laman seperti PicasaFlickrYouTube, Blogger dan juga Twitter.

Buzz versi bergerak pula digandingkan dengan aplikasi popular Google Maps membolehkan pengguna melihat siapa yang berada berdekatan dengan mereka. Setiap pos kemas kini yang dibuat melalui Google Maps boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi tersebut.
MAMPUKAH Google Buzz mencuri perhatian penggemar aplikasi seumpamanya?

Selain dari teks, pengguna Buzz versi ini juga boleh memuat naik gambar ke dalam pos mereka.

Langkah Google memperkenalkan Buzz dilihat oleh penganalisa industri tidak lain tidak bukan sebagai satu langkah untuk memecahkan monopoli rangkaian sosial yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat tidak kira peringkat umur.

Tetapi apa yang lebih penting, perlindungan privasi terhadap pengguna wajar dititikberatkan agar tidak berlaku kebocoran maklumat peribadi pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 27 Feb 2010, 3:59 PM

Status Halal Kopitiam di Malaysia



Sekarang ni, minum di kopitiam sudah menjadi trend masyarakat Malaysia termasuklah orang-orang Islam. Minum di kopitiam kononnya nampak lebih macam best jer walaupun harganya yang mahal. Saya memang akui minum kopi di kopitiam memang la rasanya lebih enak. Lebih-lebih lagi kalau pekena roti bakarnya tu.. Kopitiam original yang saya pernah minum ialah Kopitiam Kluang Station. Di sana, tiada was-was kerana taukenya adalah Cina Mualaf.

Tapi bagaimana dengan kopitiam-kopitiam lain seperti WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,NEWTOWN Kopitiam, WHITE HOUSE Kopitiam ,PAK HAINAN Kopitiam, JOM BALI Kopitiam dan sebagainya?

Saya mendapat satu email yang mengatakan Oldtown Kopitiam menyediakan sejenis mee yang berjenama Nissin yang memang disahkan tidak halal. Malah Mee Nissin yang dijual di pasaraya pun dilabelkan sebagai tidak halal.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.


-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Wallahualam...








[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 27 Feb 2010, 3:57 PM

Donald Trump Biography - Profile


Donald Trump

Donald Trump Biography (Donald John Trump) : Billionaire Real Estate Developer

Famous for : Being a famous New York real estate developer billionaire, starring on the hit reality show "The Apprentice", and the term "You're fired!"

Trump details : Born - USA June 14, 1946 Lives - USA

More Donald : Donald Trump Books - Trump University - Ivanka Trump - Ivana Trump Quotes - Donald Trump Rosie O'Donnell Controversy business leaders and entrepreneurs

Biography - Information

Donald Trump owns some of the most prestigious pieces of prime real estate in New York City. Trump has slapped his Trump brand name on some of the finest hotels, casinos and building complexes in the city.

Donald Trump was born in New York on the 14th of June 1946. His father Fred Trump was a successful property developer that helped form the young Donald's business sense. Donald acknowledged his father's influence by stating that “My father was my mentor, and I learned a tremendous amount about every aspect of the construction industry from him.”.

Trump began his career in his family's real estate business after studying at the Wharton Business School. He worked with his father for five years and was extremely successful in making profitable deals. His father commented on his son's business success by stating that "everything he seems to touch turns to gold".

After gaining the necessary business skills in real estate from his father, Donald Trump moved into the Manhattan real estate scene. He went on to acquire some of the most exclusive properties in the city. Trump Casino, Trump International Hotel, Trump Marina Hotel and Casino, Trump Taj Mahal Casino Resort and Trump Tower are among his prestigious portfolio of real estate properties.

Trump brands his properties with the Trump name displayed prominently. They all have the Trump name in their titles and often have large "T" symbols placed all over the important areas of the building. Through his properties and business dealings he has developed a celebrity personality and often appears in gossip columns, television programs and magazines.
Donald Trump starred in his own reality TV program in 2004. The Apprentice program is a selection of candidates competing against each other in the area of business to ultimately become Donald Trump's apprentice. The program was watched by millions of viewers each week and was wildly successful. Each participant to be eliminated was given the now famous "you're fired" sentence. The series was a hit and has gone on to be one of the more popular reality programs each year.

"I mean, there's no arguing. There is no anything. There is no beating around the bush. "You're fired" is a very strong term." Donald Trump

Trump is a self confident and extravagant businessman that has made himself instantly recognizable wherever he goes. His interests include real estate, entertainment, gaming, and sports. Trump also owns part of the three largest beauty competitions in the world, consisting of Miss Universe, Miss USA and Miss Teen USA. He is also a successful author with several best selling business books published that include The Art of the Deal, The Art of Survival and How to get Rich. Among his many other pursuits, Donald Trump was briefly interested in running for President, is a member of several civic and charitable organizations and is a generous philanthropist.

In 2005 Donald Trump started the Trump University that teaches business students online. The courses available are focused on real estate investing, being a successful entrepreneur, business management, and career success.

Towards the end of 2006 Donald Trump was criticized by the co-host of "The View" Rosie O'Donnell. It created a lot of media attention, with Rosie and Trump verbally attacking each other very publicly. See more about the Donald Trump and Rosie O'Donnell issue.

For his services to the entertainment industry with the success of his reality program, The Apprentice, Donald Trump received a star on the Hollywood Walk of Fame. Trump attended the ceremony with his model wife Melania and his son Barron Trump in January 2007.

[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 27 Feb 2010, 3:56 PM

Tips Kejayaan Bisnes Internet


Menjadi trend terkini, berlumba-lumba orang ingin menjana pendapatan di internet bagi menampung kos hidup seharian. Ada yang berangan-angan mahu mengikut jejak Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi dan yang lain-lain. Namun, bagaimana mereka melakukannya?


1. Melabur untuk ilmu

Sebelum anda menjalankan bisnes yang berdaya saing, sudah tentu anda seharusnya ‘belajar’ sedikit sebanyak dari org lain tentang bisnes yang menguntungkan. Sebab itulah ramai usahawan, bakal-bakal usahawan pergi ke seminar, bengkel, beli buku, baca artikel, mendapatkan maklumat melalui forum, blog dan sebagainya di internet yang membolehkan mereka mendapatkan tips² dan info tentang perniagaan internet. Apabila kita mahu menceburi sesuatu perniagaan, pastikan anda mempunyai ‘ilmu’ supaya perniagaan dapat berjalan dgn baik dan tidak tersekat di separuh jalan.

Tidak hairanlah orang sanggup invest duit beribu ringgituntuk beli buku dan pergi seminar belajar dari sifoo² ebiz yang handal. Mereka ini serius dan sudah pasti tips² dari sifoo mereka itu memberi inspirasi yang jitu bagi mereka berusaha mencapai impian yang diinginkan.

2. Cara berfikir yang positif

Apabila anda berfikiran positif dan yakin boleh dalam melakukan sesuatu perniagaan maka ia telah memberi satu perangsang dalam menjayakan apa yang kita laksanakan. Anda seharusnya bijak menggunakan pemikiran dan mengawal emosi dari bertindak terburu-buru. Usah cepat give up apabilagagal mencapai apa yang diinginkan dalam perniagaan, ia sebenarnya salah satu ujian untuk anda mencapai kejayaan, gagal bukan bererti selamanya, gagal itu adalah batu loncatan kepada kejayaan.

3. Product atau Service ?

Ini sesuatu yang penting dalam perniagaan internet. Anda seharusnya membuat research untuk menjalankan ebiz anda dgn lebih baik. Sama ada produk atau servis kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri, apa yang penting kembali kepada asas. Apa yang menyebabkan orang membeli produk atau servis anda ? Di situ anda akan belajar sedikit tentang demand dan supply, permintaan dan penawaran. Tanpa ada demand sudah tentu tiada org yang membeli produk/servis anda. Sebab itu anda tawarkan sesuatu yang orang mahu beli, sesuatu yang bernilai dan berkualiti.

Contoh mudah ialah anda tidak perlu mempunyai produk ataus ervis sendiri bagi menjalankan ebiz, cukup dgn jadi agen atau affiliate sesuatu barangan atau servis dan dapat komisyen keuntungan dari setiap jualan. Biasanya, barangan/servis dengan cara affiliate anda takkan menanggung risiko rugi kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya pengeluarbarangan/servis itulah yang menyediakan barangan dan membayar komisyen kepada anda

Amalkan SWOT Analysis, buat kajian tentang diri, keupayaan serta persekitaran anda. Contohnya Strenght (kekuatan/keupayaan yang anda miliki) , Weaknesses
(kelemahan yang anda ada) , Opportunities (peluang² yang anda boleh gunakan) dan Threat (kenalpasti ancaman dan cabaran yang bakal dihadapi). Semua ini akan memberi ‘clue’ dan gambaran ttg produk atau servis yang sesuai dan boleh
anda laksanakan.

4. Mencari ‘target market’

Setelah anda mempunyai hot product atau services sudah tentu ada permintaan atau demand daripada product/servies tersebut.. Inilah dinamakan target market. Siapakah golongan sasaran anda ? siapa pembeli anda? umur mereka,
jantina, status kerjaya, minat, hobi dan sebagainya yang boleh anda ketahui. Ini penting apabila kita mengetahui dgn baik latarbelakang target audience atau target market maka kita akan mudah membuat rangka promosi dan marketing
product/services anda.

5. Sistem Pemasaran yang efektif

Setelah anda mempunyai hot product or services dan mengenali target market anda sudah tentu tiba masanya yang praktikal melaksanakan agenda ‘marketing’. Ini kerana tanpa proses marketing ia akan menjadikan bisnes itu tidak berfungsi, sebab itu pentingnya marketing sebagai salahsatu langkah utama dalam survival bisnes…

Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ? Iniadalah soalan yang biasa ditanya oleh banyak org dalammenceburi Perniagaan Internet Ramai orang tahu bisnes tapitak ramai yang tahu akan aspek marketing. Kenapa ? Iniadalah kerana marketing adalah bahagian yang palings ubjektif sekali. Marketing adalah satu seni utk mempromosikan barangan atau perkhidmatan anda kepada orang ramai.

Tidak kisahla anda guna saluran apa pun seperti saluran media cetak, elektronik, poster, flyers, business card, viral marketing, etc, setiap satu itu adakeberangkalian dan potensi utk mendapatkan ‘customer’.Adakalanya promosi secara poster lagi berkesan daripada viral marketing dan begitulah sebaliknya. Ia mempunyai hasil yang berbeza. Jadi, berbalik kepada soalan kita
Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ?. Ia sebenarnya berkait rapat mengenai ‘return on investment (ROI)’ .

Pemasaran efektif ini melibatkan hasil yang banyak dengan apa yang kita dah laburkan. Contohnya banyak orang laburkan RM150 utk iklankan produk di Berita Harian bahagian teks di bawah artikel selama seminggu. Dan mereka mendapat purata 10 org pelanggan dalam masa seminggu. Dan setiap pelanggan
memberi keuntungan sebanyak RM20 dan bermakna net profit RM20 x 10 org = RM200 seminggu dan mereka juga buat iklan di dalam web dengan kadar RM150 seminggu dan purata pelanggan sebanyak 1 org sahaja iaitu keuntungan RM20 x 1 org = RM20 seminggu.

Dalam kes di atas iklan di berita Harian lebih efektif berbandingwebsite. Jadi di sinilah kajian ROI (return on investment) dibuat dengan bijaksana iaitu melaburkan lebih banyak di Berita Harian untuk menjana keuntungan yang maksimum, walaupun kadar atau bayaran marketing rm150 sama di Berita Harian dan website tetapi yang paling mendatangkan banyak hasil ialah Berita Harian.


6. Website sebagai business tools yang paling efektif
Kebanyakan usahawan internet mempunyai website masing². Ada yang buat simple website hanya dengan oline order form, ada yang buat portal shopping cart, malah ada juga yang hanya buat blog. Tidak kisahla apa jua bentuk web tetapi ia tetap boleh dilayari melalui Internet dan dari Internet.Itulah mereka generate income.
Dan mengenai website, apa yang perlu anda ketahui tentang website ? Senang sahaja. Anda kena mengetahui cara membangunkan web ebiz yang paling berkesan dan efektif. Bagaimana? Ikuti tips di bawah :

a. Web hosting dan domain name yang praktikal

Biasanya web hosting dgn 1GB mudah didapati sekarang ini dengan pelbagai promosi, yang penting cari provider yang boleh beri online support yg bagus. Sekurang-kurangnya, kalau ada downtime mereka akan cepat2 settlekan. Dan carilah web hosting yang menggunakan Cpanel, kerana Cpanel mempunyai banyak kelebihan, contohnya install shopping cart sendiri, blog sendiri, forum, guestbook dan yang lain-lain.
Domain name pula tak perlulah panjang atau mengelirukan.Cukup domain name yang senang diingati contohnya sepertiyahoo.com ,panduanhtml.com , google.com etc. Domain nameyang simple dan senang ingat adalah satu kelebihan.

b. Design yang simple dan sistematik dengan fungsi yg menarik

Web ebiz tak perlu design² yang gempak dan heavy. Kenapa ? Ini kerana kita mementingkan konsep user friendly. Sekiranya web ebiz siap dengan flash kemudian graphic yang terlampau banyak sehingga memakan masa untuk loading, maka alamatnya pengunjung akan ‘keluar’ dari website anda kerana tak sanggup menunggu web loading yang lembab. Cukuplah design yang simple dan focus pada bisnes anda.

c. Testimoni
Boleh muatkan testimoni dan pandangan pelanggan mengenaiproduk/services anda. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengunjung dan menjadikan website anda sebagai iklan yang paling efisien. Pendekatan ini banyak digunakan oleh Internet marketers bagi melariskan produk/servis mereka. So boleh memanfaatkan testimoni utk dimuatkan di dalam websiteanda.
Salam usahawan,
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 27 Feb 2010, 3:39 PM

Tips Romantik Rumahtangga


Berikut adalah 6 tips yang dimaksudkan itu. Sama2lah kita untuk cuba mengamalkannya.
  1. Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.
  • Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.
  • Jangan malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazimnya ungkapan cinta banyak diucapkan oleh pasangan2 yang sedang hangat bercinta.
  • Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.
  • Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang kepada pasangan.
  • Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.
26 Feb
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Jumaat, 26 Feb 2010, 11:19 PM

Sanah Helwah Ya Rasulallah...



Wahai Hamba Allah yang mulia,

KehadiranMu di nanti-nanti,
KewujudanMu dihargai,..
PemergianMu ditangisi,.....
Namun segala peninggalanMu akan ku cari...


Wahai Pesuruh Allah yang taat,

WajahMu sentiasa berseri,..
walau badai sentiasa di hati...
mengharap kemenangan di hujung hari...
terbukti ia menjadi realiti....


Wahai Pemimpin yang penuh bakti,

Tampak tegas ketika berdiri...
Hakikat Kau lembut dalam berbudi...
sungguh Kau terhormat di sisi ilahi..
namun Kau sentiasa raikan sahabat-sahabat di sisi..



Wahai Suami yang mithali,

Engkau jejaka rebutan bidadari...
bukan semata kacak tapi luhur pekerti..

mendidik anak isteri dengan sentuhan hati...
namun Kau tak pernah lalai pada Illahi..



Wahai Sahabat yang setia,

Nasihat Mu tak pernah mengguris hati...
Kesilapan sahabat Kau terus perbaiki...
tidak mengharap perubahan hari ini...
tapi untuk kebaikan di belakang hari..
.


Wahai Idola yang dicari-cari,


cakapMu, diamMu, lakuMu itu sakti...
sebagai senjata di hutan yang sepi...
untuk mengecapi kebahagian yang hakiki...
namun masih ramai yang tidak sedari semua ini...



Wahai Mu'allim yang murabbi,


Engkau wasilah mengenal Illahi...
dengan ikhlasMu ilmu terus ke hati ini...
Engkau sampaikan ilmu dengan penuh dedikasi...
Apa yang baik itu dari Allah dan apa yang kurang itu dari kelemahan diri...



IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Jumaat, 26 Feb 2010, 9:42 PM

Rahsia Wahyu Pertama

لا إله إلا الله، محمد الرسول الله

"Tiada Tuhan yang disembah melainkn Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Kelahiran Muhammad S.A.W sebagai utusan terakhir mengakhiri segala syariat2 nabi2 dan rasul2 terdahulu. Juga merupakan penghulu segala nabi2 dan rasul2 sebelumnya. Kedatangannya membawa berita gembira daripada syurga dah peringatan daripada neraka Allah Taala. Pendokong panji syariat Islam di muka bumi ini.

Di anugerahkan Al-Quran sebagai satu daripada pelbagai mukjizat kerasulannya. Untuk menutup mulut dan mata musuh Islam. 63 tahun baginda hidup dan berbakti untuk Allah dan agamanya Islam di muka bumi ini. Tiada sedetik pun dari hayat baginda melayang begitu sahaja tanpa mengingati dan menyeru sekalian makhluk kepada Allah.

Kehidupan sebelum kerasulan nya menjadi hujjah kepada kehidupan ketika dan selepas kerasulannya. Telah terpateri pada diri baginda segala sifat2 mahmudah, siddik amanah, tabligh, dan fatonah. Telah diakuinya oleh golongan2 ilmuan bukan islam, apatah lagi orang2 Islam dan ilmuan2 islam kini.

Dakwah baginda yang mula beroperasi secara rasminya d Makkah dan Madinah yang mengambil masa selama 23 tahun. Pelbagai strategi, cubaan, ujian , dan tohmahan yang dihadapi oleh baginda s.a.w dalam fatrah tersebut. 12-13 tahun di Makkah dan 9 tahun di Madinah cukup memberi impak yang besar keapada permula perkembangan ISlam di muka bumi ini.

Namun segala2nya bermula dengan wahyu pertama kenabian yang diturunkan oleh Allah kepada Pesuruhnya Nabi Muhammad melalui Jibril A.s di gua Hira'. Setelah berbulan2 baginda ber'uzlah di gua tersebut mencari ketenangan dan membuat persediaan demi meneruskan dakwah yang lebih mencabar.

Wahyu pertama kenabian ialah 5 ayat2 suci al-Quran dari permualan surah al-'alaq. Manakala wahyu pertama kerasulan ialah dari permulaan surah al-Muddasthir.

Nabi membawa maksud seorang yang membawa berita dan perkhabaran dari Allah sebagai pedoman kepada hamba2NYA. Manakala Rasul bermaksud seorang utusan yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan dari Allah dan melindungi kebaikan dan memerangi kemungkaran di muka bumi ini. Semestinya seluruh Rasul itu adalah Nabi, tetapi tidak semua Nabi itu adalah Rasul.

Perlantikan dan pengiktirafan yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul itu berlaku ketika baginda mencecah umur 40. Namun perlantikan ini bukanlah suatu yang mengejutkan bahkan ia telah didahului dengan petanda2 tertentu seperti batu2 yang memberi salam kepada nabi,awan bergerak menaungi nabi dalam perjalanan musafir nabi dan mimpi2 yang aneh. Hikmahnya adalah perlunya ada persediaan dan persiapan diri sebelum seseorang itu menerima suatu amanah dan tugasan dari Allah.

Isi kandungan amanah dan tugasan tersebut disiratkan oleh Allah dalam wahyu pertama yang diterima oleh baginda s.a.w di gua hira' iaitu dalam surah al-'Alaq. Ayat2 tersebut sarat dengan hikmah dan mesej kepada Nabi Muhammad khususnya dan kepada seluruh umat islam amnya.

Teras kepada seorang da'ie di jalan Allah adalah dengan memahami , menghayati dan menjaga 3 unsur penting yang terkandung dalam wahyu pertama tersebut.

Secara amalinya kalimah الانسان diulang dua kali dalam wahyu pertama itu, kalimah اقرأ juga diulang dua kali dan kalimah قلم disebut secara tunggal. Oleh itu 3 unsur tersebut adalah :

1-الانسان
2- اقرأ
3- قلم

Tiga unsur ini perlu dijaga untuk ......[ sambungan]
25 Feb
almakki
Oleh almakki dalam alMakki pada Khamis, 25 Feb 2010, 5:39 PM

Umrah Cinta Rasul ke Madain Soleh

23 Feb
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Selasa, 23 Feb 2010, 10:22 PM

"Mengenali Allah, pintu pengampunan seorang hamba.." -Akidah 1

Al-quran merupakan satu sumber Islam yang paling berautoriti. Kehormatan hukum hakam di dalamnya wajib dijaga. Mengingkarinya dianggap kufur.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
1-Akidah
2-Syariah
3-Kisah2 teladan sejarah para nabi terhadulu.

MENGENAL ALLAH adalah cabang utama dalam ilmu Akidah.Iajuga merupakan anak tangga pertama kepada semua orang islam untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang hamba di dunia. Mengenalli dengan erti kata beriman dan yakin pada zat dan sifatnya.... MUMKINAT, MUSTAHILAT, WAJIBAT ...

Akidah dan Iman mempunyai fungsi dan formasi yang sama iaitu mentauhidkan Allah (tidak menyekutukan Allah). Imam Syafie pernah berkata , “Aku beriman dengan apa yang datang dari Allah mengikut kehendakNya.” Demikian jawapan seorang ilmuan islam yang apabila ditanya pada tentang Allah. Beliau menyerahkan segala pengetahuannya pada Allah. Bukan bermaksud beliau jahil tentang Allah, tetapi beliau menjunjung keEsaan Allah taala.

Apa itu Allah? Dimanakah Allah?

Persoalan yang tidak harus dikemukakan dengan sewenang2nya, persoalan yang ditimbulkan daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada ilmu dan tanggungjawab amatlah tidak digalakkan seperti golongan awam yang tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam. Namun mahasiswa islam wajib mempunyai "ilmu" tentangnya.

1-Allah di atas langit.
2-Allah di segenap tempat.
3-Allah di bawah arasy.
4-Allah bersemayam di atas arasy.
5-"wallahu a'lam"

Demikian antara jawapan2 yang sering berlegar di fikiran kita. Namun, yang manakah jawapan yang paling dekat dengan kebenaranya..?

[sambungan]
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Selasa, 23 Feb 2010, 10:21 PM

TALAK bukan kezaliman terhadap kaum wanita..

Istilah أحوال شخصية atau personal status sinonim dengan pengajian fekah masa kini. Istilah tersebut di asaskan di Italy pada qurun ke 12 dan dibawa masuk oleh France ke dalam Negara islam, Mesir pada qurun ke 20. Kemudian istilah tersebut popular digunakan oleh fuqaha’ di mesir. Orang pertama yang menggunakan istilah tersebut ialah Muhammad Qadari Basya dalam penulisan kitabnya «الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية» .

Kini silibus pengajian dibeberapa universiti islam menggunakan istilah ini dengan membahagikan ia kepada beberapa pecahan seperti ZAWAJ, TALAK, MIROTH & WASOYA dan JINAYAT. Ini menunjukan bahawa kupasan ilmu2 tersebut hanya berdangkutan dengan hak-hak diri individu yang hidup mahupun yang sudah mati.

Perkahwinan merupakan satu ikatan antara dua individu berlainan jantina(lelaki dan perempuan bukan muhrim) , yang dengan ikatan tersebut maka terHALAL lah ape yang diHARAMkan sebelumnya(sebelum ada ikatan tersebut).

Ikatan sebegini hanya ada pada agama Islam yang mana antara tujuannya menjaga kemaslahatan dan kesucian zuriat keturunan penganutnya. Samaada ikatan atau akad ni kah ini dibina atas dorongan pilihan sendiri atau pilihan orang lain (ibu bapa), akad nikah tersebut tetap dikira sah.

Talak pula ialah satu cara untuk melepaskan ikatan perkahwinan atau nikah yang telah disebut sebelum ini. Dengan erti kata lain, si suami meninggalkan isterinya dengan alasan tertentu (yang dibenarkan syara’) dengan menggunakan cara talak satu, dua , atau tiga. Implikasi daripada jatuhnya talak ini adalah “bercerai”. Pasangan suami isteri tersebut terpaksa di asingkan tempat tinggalnya dan suami wajib member nafkah tertentu kepada isteri dalam tempoh pengasingan tersebut.

Talak dari segi istilah bermaksud “Mengangkat keHALALan dalam perhubungan (bersetubuh) daripada suami terhadap isteri dengan lafaz2 yang tertentu yang akan melibatkan keadaan dan harta(suami isteri tersebut).” Keadaan yang dimaksudkan adalah talak ba’in(talak yang tidak boleh dirujuk menggunakan akad nikah yang sama), samaada talak ba’in sughro atau kubro. Manakala harta adalah talak raj’I, iaitu talak yang boleh dirujuk dengan menggunakan akad nikah yang sama.

[sambungan]
22 Feb
ahmadfadhli
Oleh ahmadfadhli dalam AhmadFadhli.com.my pada Isnin, 22 Feb 2010, 10:29 PM

TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS SAMBUTAN BULAN DAKWAH 1431H

PADA  : 22 FEBRUARI 2010

TEMPAT : BALAI ISLAM, LUNDANG

TEKS DIBACAKAN OLEH YB ABDUL PATAH BIN MAHMOOD, AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ

-سورة  ق : 22

Yang bermaksud : “(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)..”

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya, menghirup udara segar dengan limpah dan kurniaan daripadaNya.  Seterusnya diberikan pula kesempatan kepada kita untuk berkumpul di dalam majlis sambutan bulan Dakwah bagi tahun 1431 Hijrah ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Islam merupakan satu agama, ia bukan satu falsafah dan rekaan hasil pemikiran manusia. Ia merupakan satu cara hidup yang menyeluruh yang perlu diamalkan, ia bukannya satu ritual upacara ibadat yang terhenti setakat di masjid sahaja, ini kerana Islam merupakan agama yang datang daripada Allah SWT, Pencipta kepada Alam ini. Itulah dia Islam, satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah SWT :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

-سورة المائدة : 3

Yang bermaksud : ”Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Di antara teras akidah Islam ialah beriman kepada hari kiamat, ia di ulang berkali-kali oleh setiap muslim di dalam solat mereka melalui ayat مالك  يوم الدين yang bermaksud ”iaitu Tuhan yang menguasai hari Pembalasan”. الدين ertinya agama, hari kiamat dinamakan يوم الدين kerana agama ertinya balasan. Dengan agama itulah manusia dibalas oleh Allah SWT di akhirat kelak. Baik agamanya, maka baiklah pembalasannya. Buruk agamanya, demikian jugalah balasannya di akhirat kelak. Itulah hakikat agama, ia bukan satu cara hidup yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai satu pilihan, boleh ditolak dan boleh diterima tetapi ia satu kemestian yang tidak ada pilihan lain kepada manusia. Akhirat pula dijadikan sebagai satu medan untuk membalas amalan manusia yang dilakukan di dunia.

Oleh yang demikian, mahu tidak mahu, manusia perlu diajak untuk beriman kepada perkara-perkara ghaib atau disebut sebagai al-ghaibiyyat.  Manusia perlu diajak untuk beriman kepada perkara yang mereka tidak mampu untuk melihat dan mendengarnya. Sekalipun pemikiran logik manusia mungkin menolak ajakan seperti ini, tetapi jika diiringi dengan kesedaran yang betul dan pandangan yang berteraskan kepada bukti-bukti yang nyata, manusia tidak akan punya pilihan yang lain melainkan beriman. Keimanan kepada perkara ghaibiyyat inilah menjadi tunjang kepada akidah Islam.

Hadirin-hadirat yang dirahmati sekalian,

Islam merupakan agama yang menghargai kebebasan. Ini merupakan prinsip asas di dalam Islam semenjak hari pertama ia diturunkan. Islam tidak membenarkan sebarang paksaan terhadap orang lain untuk memeluk Islam. Prinsip ini begitu jelas di dalam firman Allah SWT :

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

- البقرة : 256

Yang bermaksud : Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka  sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Islam tidak memerlukan kepada paksaan kerana sudah jelas di antara الرشد iaitu kebenaran dan الغي iaitu kesesatan. Kebenaran dan kesesatan begitu jelas berbeza, seperti berbezanya malam dan siang serta putih dan hitam. Islam sebagai agama yang syumul, lengkap dengan peraturannya yang begitu adil, bebas dari sebarang kezaliman, penindasan dan ketidakadilan bukan sahaja agama yang sempurna tetapi  turut dilihat sebagai sempurna. Tidak ada agama, cara hidup, isme, ideologi, peraturan yang secantik Islam. Oleh yang demikian, setiap manusia perlu diajak ke arah akidah yang suci ini. Manusia perlu diajak untuk mengenali Tuhan Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Allah SWT menyebut diriNya sebagai الذي خلق iaitu Tuhan Yang Menciptakan. Mencipta bukan maksud mengubahsuai dari benda yang ada. Mencipta ertinya mengadakan sesuatu yang asalnya tidak ada. Bila disebut Pencipta, sudah pasti Yang Mencipta wujud lebih dulu dari yang dicipta. Tidak munasabah sebuah kereta wujud lebih dahulu dari yang membuatnya, sebuah kerusi wujud lebih dahulu daripada tukang yang membuatnya. Demikianlah alam ini, mustahil ia wujud terlebih dahulu sebelum Tuhan Yang Menciptanya iaitu Allah SWT. Jika Allah SWT telah wujud, maka semestinya tuhan-tuhan yang wujud selepasnya tidak layak digelar sebagai tuhan.

Tuhan juga tidak boleh lebih daripada satu. Ini kerana jika tuhan itu bilangannya lebih daripada satu, nescaya akan ada tuhan yang kuat dan tuhan yang lemah. Tuhan yang lemah sudah tentu tidak boleh menjadi tuhan. Andainya tuhan-tuhan yang wujud itu sama gagah, tentu saja akan berlaku pertembungan dan ini tidak layak bagi tuhan. Asas ini telah disebut di dalam al-Quran :

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آَلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

- سورة الأنبياء : 22

Yang bermaksud : Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Demikian juga Tuhan yang disembah mestilah tuhan yang kekal selama-lamanya. Jika tuhan itu tidak kekal sebagaimana sebahagian manusia dahulukala menyembah matahari, bulan dan cakerawala yang pasti akan hancur, sudah tentu ia tidak layak menjadi Tuhan. Lantaran itu Allah SWT memperkenalkan dirinya sebagai الحي iaitu tuhan yang hidup. Hidup bukan untuk sementara tetapi untuk selama-lamanya. Sebarang tuhan yang boleh hancur, mati dan binasa dengan sendirinya tidak boleh dan tidak layak menjadi tuhan.

Allah SWT juga memperkenalkan dirnya sebagai المصور  iaitu Tuhan Yang meletakkan rupa. Daripada makhluk yang asalnya tidak ada, Allah SWT memberikan rupa paras yang berbeza. Berbillion manusia yang diciptakan oleh Allah SWT, kesemuanya mempunyai rupa paras yang berbeza. Daripada perbezaan inilah, manusia dapat dikenali. Alangkah hebatnya Allah SWT yang meletakkan rupa yang langsung tidak sama antara satu sama lain. Bukan sahaja manusia, bahkan diletakkan rupa kepada binatang-binatang yang pelbagai jenis, ada yang diketahui oleh manusia dan ada yang tidak diketahui. Bolehkah tuhan yang disembah selain Allah SWT turut mencipta rupa paras sehebat ciptaan Allah SWT? Jawabnya tentu tidak.

Demikian juga Allah SWT sebagai Tuhan pastinya mempunyai undang-undangNya. Jika kita sebagai suami di rumah, atau guru di sekolah pun mempunyai undang-undang dan peraturan, maka pastinya di dalam mengatur perjalanan alam ini, lebih patut adanya undang-undang. Jika sekolah mempunyai undang-undang, kerajaan yang memerintah mempunyai undang-undang, maka logikkah jika didakwa bahawa Tuhan tidak mempunyai undang-undang? Tentulah tidak logik. Allah SWT juga mempunyai undang-undang, di atas prinrip الأمر dan النهي, Allah SWT memperkenalkan peraturanNya. Semua peraturan ini untuk menyelamatkan kehidupan manusia di dunia dan juga di akhirat. Manusia mempunyai keperluan untuk mematuhi peraturan ini, kerana manusia tidak mengetahui apakah yang akan ditempuhinya di akhirat kelak. Usahkan di akhirat, nasib manusia petang atau malam inipun tidak dapat dijangka. Dengan pengetahuan yang sangat terbatas ini, peraturan Allah SWT pastinya menyelamatkan manusia dari kecelakaan.

Selain itu, Allah SWT juga bersifat البصر iaitu melihat. Melihat dengan pandangan yang jelas dan terang, zahir dan tersembunyi, kecil dan besar tidak lepas dari pandangan Allah SWT. Ini dijelaskan di dalam ayat :

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ – سورة الحديد : 4

Yang bermaksud : Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Kebersamaan Allah SWT ini dirangkaikan bersama dengan pertaaan بصير bagi menunjukkan bagaimana rapatnya Allah SWT dengan manusia. Ini mengajar manusia bahawa tuhan yang disembah ini bukanlah tuhan yang jauh, atau hanya jarang-jarang wujud, tetapi ini  ialah Tuhan yang setniasa ada, melihat bahkan bersama dengan manusia.

Lantaran itulah, tuhan yang diperkenalkan di dalam Islam ialah sesuatu yang menepati fitrah. Ia bukan tuhan yang lemah, dhaif dan terdedah kepada kebinasaan yang secara logiknya tidak layak menjadi tuhan. Sayangnya, ramai manusia yang tersesat jalan di dalam perjalanan hidup mencari tuhan yang sebenar. Inilah yang disebut sebagai غفلة  atau kelalaian. Kelalaian inilah yang menjerumuskan manusia ke lembah neraka aapabila berhadapan dengan Allah di akhirat kelak. Oleh yang demikian, manusia perlu diselamatkan, disedarkan dan sentiasa dipandu ke arah kebenaran. Di atas dasar mengajak manusia untuk beriman kepada tuhan inilah, maka diutuskan para nabi ke tengah umat manusia.

Para Nabi datang bukan dengan tujuan untuk mengajar manusia bagaimana untuk menguruskan hidup di dunia semata-mata tetapi yang lebih penting ialah bagaimana untuk berjaya di akhirat. Tugas para nabi inilah yang digelar sebagai dakwah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Dakwah bukannya satu tradisi dan adat. Ia satu ketetapan dan kewajipan. Bahkan mulianya umat ini ialah apabila melaksanakan tugas dakwah.Allah SWT berfirman  :

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

-سورة آل عمران : 110

Yang bermaksud : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik dengan mereka. (tetapi) di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Ibnu Kathir semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa tugas amr makruf dan nahi munkar atau tugas dakwah merupakan ciri penting kepada umat Islam. Bahkan kerana tugas inilah yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik berbanding dengan umat-umat yang lain. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki :

يا رسول الله، أيّ الناس خير؟

Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang baik? Lalu Rasulullah SAW menjawab :

“خَيْرُ النَّاسِ أقْرَؤهُمْ وأتقاهم للهِ، وآمَرُهُمْ بِالمعروفِ، وأنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَأَوْصَلُهُمْ لِلرَّحِمِ”

yang bermaksud : ”Sebaik-baik manusia ialah paling banyak membaca al-Quran, paling bertaqwa kepada Allah, menyuruh kepada makruf, mencegah daripada munkar dan yang paling banyak menghubungkan silaturrahm”

Hadirin-hadirat sekalian.

Hari ini, masyarakat Islam perlu disedarkan bahawa dakwah merupakan tanggungjawab semua. Masalah sosial yang melanda pelbagai golongan bermula dari anak muda hinggalah kepada golongan pemimpin semuanya berpunca dari kecuaian menyuburkan dakwah di tengah manusia. Sangat jarang sekali kita melihat usaha-usaha dakwah ditonjolkan di dalam media samada media cetak atau eletronik. Lebih jarang lagi golongan yang berpengaruh di dalam masyarakat memilih untuk menjadikan pengaruh mereka sebagai medium dakwah. Hasilnya, lahirlah generasi yang melupakan Allah SWT dan tidak menghiraukan hukumNya. Gejala-gejala seperti rasuah, penyelewengan, buang bayi dan sebagainya berpunca dari hilangnya rasa takut dan gerun kepada Allah SWT. Ketuhanan Allah SWT sudah hilang dari benak sanubari yang akhirnya mengizinkan berlakunya perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT.

Ekoran inilah, kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan bulan Dakwah setiap tahun, bertujuan untuk mengajak masyarakat Islam agar kembali menghayati tugas dan peranan mereka yang sebenar. Dengan suburnya kembali kesedaran untuk melaksanakan tugas dakwah ini, kita mengharapkan agar fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dapat dibendung agar masyarakat kita dapat diselamatkan dari kerosakan dan kebinasaan.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, syabas saya ucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang telah berjaya mengadakan majlis sambutan Bulan Dakwah 1431H pada kali ini. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

21 Feb
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Ahad, 21 Feb 2010, 3:16 PM

Pengorbanan Seorang Suami

Kisah benar … cukup memberi kesan pada jiwa.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga
sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari
dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia
pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia
temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia
alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang
masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,
bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan
merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang
sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia
telah melahirkan kalian…”

Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata.
.. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
IBNU ALI
Oleh IBNU ALI dalam PEMIKIR MUSLIM pada Ahad, 21 Feb 2010, 2:48 AM

Sudah bersediakah aku…??


Setelah lebih kurang sebulan menikmati cuti pengajian di bumi anbia’ , kini semester kedua sudah di depan mata. Samada aku nampak atau tidak nampak, bersedia atau tidak bersedia, mahu atau tidak mahu…ia sudah datang...

Mengimbau kembali, detik2 silam sebelum ku diizinkan menjejakkan kaki ke bumi yang penuh sejarah ini. Aku terasa amat2 bersyukur dengan peluang yang dikurniakan ini. Alhamdulillah….

Bermula dengan aku beroreantasi di KUIS, kemudian terpaksa melepaskan peluang keemasanku..ke tanah suci madinah…seterusnya aku mengukir senyuman menoleh ke bumi anbia’ Urdun…

“KUIS kata pergi, MU’TAH kata mari..” mungkin begitulah permulaan ceritanya aku dicuba dan diduga dengan pelbagai ujian dari Allah. Selepas ku diizinkan menyiapkan “kajian ilmiah” di KUIS, dengan tajuk pilihan jabatan, penyelia yang amat memahami (jiwa raga) al fadhil ustaz Rosli bin Mokhtar, aku mula menjenguk2 peluang utk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.

Ditemani teman sekelas seperjuangan segrade sekepala sejenis seeee (arif & muaz )…..kami mengisi borang KPT utk melanjutkan pengajian ke JORDAN. Macam2 andaian dan khayalan kami, apabila kami bersama2 diterima belajar Jordan. Sma2 belajar, sama2 muraja’ah, sama2 talaqqi, sama2 masak sama2 cari kawan arab dan sebagainya lah…Tapi kami tak penah lupa yang duit di Jordan ni mahal berganda2 dari Malaysia. Dalam masa yang sama, kami berusaha mncari “fulus” juga la. Bekerja mencari rezeki yang halal….di sana aku memahami sedikit dari pengorbanan seorang ayah dan ibu..

Kehulu kehilir……menguruskan borang2 kemasukan ke Universiti di Jordan melalui KPT Malaysia, tak cukup 24jam, tak cukup tanah,..”JFS 5782” menjadi bukti untuk segalanya..huhu. Hari bertukar hari, ku harungi dengan macam2 harapan dan ujian, namun ku ubatinya dengan semangat kebersamaan dengan kawan2 tadi. Baru ku sedar, susah utk memenuhi kehendak diri, susah lagi nak memenuhi kehendak KPT untuk sambung belajar tu. .masyaAllah.. Macam bola dah dibuatnya, Putrajaya, ITNM, Kementerian Luar, Kementerian Pengajian Swasta, KUIS, JPN, Sek. Keb. Men Al-Amin,bangi, Bukit Mahkota…itulah destinasi2 yang kerapku ziarah untuk urusan tersebut.

Setelah 90% selesai urusan tersebut, terasa ringan sikit bebanan di bahu ini, tapi tiba2 …“Syidi, kami nak minta maaf sangat2..kami rasa kami nak bertukar arah untuk sambung belajar di MOROKO, sebab kami akan dapat bantuan penuh dari MAIS kalau kami pergi belajar di sana”..khabar sahabat2 sekelasku yang aku sudah terbayang2kan suasana kami bertiga di JORDAN nati, hatiku bak cermin jatuh dari tingkat 12.,,kecai…
Kadang2 bersinar jgk mata ini kalau diimbau2 kembali..yela..kalau nak di fikir2kan kewangan untuk aku melanjutkan pengajian di JORDAN ni pon memang teramat kritikal. Sekali sekala pernah jgk terlintas difikiran untuk bekerja saja menolong ibu dan ayah biaya adik2 belajar… Namun aku tau, keputusan aku itu akan lebih mengecawakan ibu dan ayah. Tapi takpe lah,…

Allah itu Maha mengetahui akan perasaan makhluk ciptaannya. Digantikan dua orang pendorong semangatku itu dengan dua orang yang kini bersamaku. Namun aku masih menunggu kedatangan kalian berdua ke bumi JORDAN ini..Arif dan Muaz…ana tunggu..hehehe…

Kini…satu semester telah berlalu yang pastinya tidak akan datang padaku lagi. Namun aku terasa masih banyak lagi ruang2 peluang 24jam yang masih belumku manfaatkan sebaiknya sepanjang semester lepas. Kalau belajar kerana manusia, itu salah. Kalau belajar kerana semangat, itu tak akan lama. Kalau belajar kerana sijil, itu silap. Kalau belajar kerana nama, itu tak kemana. Belajarlah untuk beramal dan beramallah kerana Allah.

Namun…..Sudahkah aku bersedia untuk memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang lepas itu..?? Ingatkah aku pada keperitan yang aku alami sebelum sampai di JORDAN ini..?? Berbaloikah jasa2 ibu dan ayah dan pengorbanan2nya itu..??

Untuk memulakan semester baru ini, aku mulakan dengan coretan ini, moga2 aku tidak lupa harapan kedua ibu bapaku, harapan kawan2 ku, impian2ku, usaha2ku…..semoga Allah menerimanya sebagai amal ibadah disisiNYA dan semoga sentiasa tersemat di benak fikiran ku semua itu…. Amiiin..
20 Feb
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Sabtu, 20 Feb 2010, 3:35 PM

Kiriman email Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Sabtu, 20 Feb 2010, 8:39 AM

Dikir Barat Malam Jumaat, Haram...


Semalam, ada meeting bersama AJK Homestay Seterpa mengenai satu Konvoy Motor Besar yang akan datang menginap ke Homestay kami pada 24-26 Feb nanti. Penunggangnya semua "Mat-Mat Saleh", terfikir juga aku sebentar, ntah daripada mana asal-usul dapat nama Mat Saleh ni, bukannya Soleh sangat rasanya. Hehe... Bahasa, Bahasa...

Dalam meeting tu, pelbagai acara yang akan disertai mereka. Antaranya, permainan gasing, serkap ikan, cating batik, menyadat tuak, menaikkan wau, kerbau membajak sawah, beruk memanjat pokok dan lain-lain. Bagi acara malam pula, ada dikir barat dan makan besar untuk mereka. Secara tentatifnya, dikir barat itu akan diadakan pada 25 Febuari pada pukul 9 malam yang kebetulannya jatuh pada malam Jumaat.

Terus ada beberapa orang kampung mencelah dengan berkata, "mano bulih buak dikir barat male Jumaat, tok leh, hare", "tok penoh ado dale sejaroh di  Kelate ni, dikir barat male Jumaat", "dikir ni kiro doso doh, cumo koho doso kalu male Jumaat". Aku hanya mampu tersenyum.

Terdetik di dalam hati, apa hukumnya mencuri pada malam Jumaat dengan mencuri pada malam Khamis. Apa  pulak hukumnya mencuri di Mekah dan mencuri di England. Terkedu jugak dengan kata-kata penduduk kampung yang kiranya dekat dengan Pondok Pasir Tumbuh yang tersalah faham dengan hadith "Sayyidul Ayyam". Tersentak juga dengan kenyataan bahawa Dikir Barat ini haram dan berdosa. Dalam Islam, mengikut Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi, Muzik hukumnya Halal dan Harus, selagi mana perkara-perkara sekeliling dan bersangkutan dengannya bebas daripada unsur maksiat dan dosa. Itu jer dia punya "demarcation line" atau disebut dalam Bahasa Kelantan sebagai "batu taro".  

Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan untuk orang kampung ni. Ni tak bincang lagi pasal Tahlil 40, Tunggu kubur, upah Orang-Orang Alim baca satu Al-Quran untuk Si Mati dan lain-lain yang banyak kontroversinya dalam masyarakat setempat kita. Patutlah ada hadith menyebut, "Sesiapa yang mahukan dunia, maka dia perlu berilmu, sesiapa yang mahukan Akhirat, maka dia perlu berilmu, dan sesiapa mahukan kedua-dua dunia dan Akhirat, maka dia perlu berilmu."
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Sabtu, 20 Feb 2010, 8:39 AM

Gocoh, Timbuk, Tetok...

Selepas memproses Dokumen Bai' Bithaman Ajil CIMB Islamic Bank di ofis, aku pergi membuat carian persendirian Geran Negeri di SUK, Pejabat Tanah dan Galian, mencari tanah kepada hamba Allah ini untuk dilakukan proses rampasan dan lelongan. Ini disebabkan gara-gara hamba Allah ini menipu klien aku dalam bab tanah. Manusia zaman sekarang, banyak menipu dan berbohong, banyak berdusta dan memakan harta orang lain, kaya-raya dengan menipu si hina dina yang hidup kais pagi makan pagi. Tak takutkah mereka dengan azab Yang Maha Pencipta, Yang Maha Menipudaya, Yang Maha Berhelah. Astaghfirullah...

Dalam pukul 12 tengahari, Aideed menelefon meminta aku mengambilnya pulang dari Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Pasir Mas. Ajaib jugak nama Bunut Susu ni, mungkin ada satu bunut di kawasan berdekatan yang mampu mengeluarkan susu. Hanya orang Bunut Susu yang mengetahui asal-usulnya...

Sebagai menyempurnakan tanggungjawab seorang abang, aku pohon "half day off" daripada Kak He dan Abe Mi, dan Alhamdulillah, granted. Dalam perjalanan pulang bersama adikku dan kawan-kawannya, terdengarlah satu cerita bagaimana seorang pelajar tingkatan 4 yang baru 2 bulan masuk ke sekolah mereka, mencabar abang-abang tingkatan 5 dengan berkata, "sapo hok leader sekoloh ni, aku nok tengok". Pendekkan cerita, memang dia dapat melihat leader tingkatan 5 itu semalam. Tapi bukan sekadar melihatnya sahaja, malah berpuluh-puluh leader tingkatan 5 hadir dengan tumbukan, sepakan, tamparan dan banyak lagi "an" ke atasnya. Habis bengkak, lebam dan berdarah tubuh si pelagak samseng ini.

Aku hanya mampu tersenyum dan terus teringatkan Saifuddin Generasi 97 di MTAQ yang juga diperbuat sedemikan rupa sewaktu di bumi Al-Quran Era Millenium dahulu. Terfikir aku sejenak, sikap anak-anak Kelantan terutamanya yang masih menggunakan Undang-Undang Rimba dalam mentadbir alam. Apakah salahnya menegur si budak tingkatan 4 dengan penuh hikmah dan ketegasan tanpa menggunakan kekerasan. Apakah tidak terlintas di benak mereka situasi yang sama kiranya adik mereka sendiri diperlakukan sedemikian rupa. Apakah amalan ini berpaksikan sunnah Rasul dan norma. Fikirkan wahai sahabat, teman dan taulan...
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Sabtu, 20 Feb 2010, 8:38 AM

Hari Keluarga GDW dan Homestay Seterpa

Pada jumaat petang, 12.02.10, ramai orang kampung "check in" ke permai chalet untuk program hari keluarga. Program yang diilhamkan daripada abahku dan di"support" oleh RISDA dan penduduk kampung sangat-sangat  menyeronokkan. Ada acara mandi pantai, sukaneka, pertandingan antara keluarga dan sebagainya. Aku dengan sukarelanya menjadi pengerusi majlis, pengadil dan "runner" dalam program ini. Ia dirasmikan oleh En. Ibrahim bin Hamad, pegawai daripada Pejabat RISDA Negeri Kelantan.

Sabtu tengahari, tamat programnya. Aku memang sangat mengagumi orang kampung aku ini. Dengan kerjasama, komitmen, toleransi, peramah, memang "world"la mereka semua ni. Yg datang, tak kira pendokong ideologi politik mana-mana, sama-sama berganding bahu buat B.B.Q., buat istana pasir, lawan tarik tali dan sebagainya. Ahli kampung aku ni memang sangat pandai dalam politik ni, macam orang Tionghua. Lima tahun sekali kami berpolitik, "then", lepas tu kami bersama-sama buat kerja balik. "Kudos to all"

Bertemankan "family" dan isteri, cuti hari raya China pada tahun ini sangat bermakna buat diriku. Ianya mungkin akan bertambah lagi ceria, kalau Aizat dan Ashraf ada bersama. Apa-apapun, terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan masa, tenaga, idea secara langsung dan tidak langsung untuk program ini.
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Sabtu, 20 Feb 2010, 8:32 AM

Pelancong Jepun Datang Menginap

Abahku bersama-sama dengan Pelancong daripada Jepun

"Ohayou Gozaimasu", pada 17hb Febuari 2010, ada 9 orang tetamu daripada Negara Matahari Terbit datang berkunjung ke kampungku. Mereka datang membuat "social work" iaitu mengkaji kehidupan OKU 'Orang Kelainan Upaya' di Malaysia. Alhamdulillah kampung aku dipilih oleh mereka. Mereka semua ini ditaja oleh Kerajaan Jepun untuk membuat kajian tentang Kebajikan Masyarakat di Asia. Teringat pula aku frasa "Asia for Asia" ketika belajar sejarah di MTAQ, iaitu slogan kata Jepun semasa menawan Malaysia pada satu ketika dulu...

Banyak benda yang aku belajar daripada orang Jepun ni, semua elemen Islam ada pada mereka, tepat masa, hormat orang tua, berbudi bahasa, "determination", bercita-cita tinggi dan banyak lagi. Terbayang kalau Jepun semuanya masuk Islam, mestilah bertambah kredit untuk Muslim yang lain "compare to" orang Arab (bukan semua) yang kurang nilai Islamnya; penipu, tak tepat janji, kasar, sanggup bekerjasama dengan Kafir Harbi dan sebagainya...

Yang ajaib bin peliknya, Negera Jepun tidak mempunyai hasil mahsul negara, tiada emas, tiada minyak, tiada bijih timah, bahkan Negara Jepun berada atas plat gempa bumi, ada banyak gunung berapi, atas laluan taufan dan puting beliung. Namun mereka mampu menampilkan dirinya dalam komuniti dunia dengan kejayaan Honda, Toyota, Panasonic, Canon, PS 3, Konami, Nobita, Gundam dan banyak lagi. Malangnya Malaysia yang berada di kedudukan sebaliknya masih lagi gagal mencapai takhta tersebut...

Berpaksikan semangat "Ganbate", mereka mampu menggegarkan dunia dengan menjadi antara kuasa-kuasa besar dunia. Alangkah bagusnya kalau Jepun menjadi kuasa Veto Dunia dan bukannya Amerika Syarikat. "At  least" slogan Asia untuk Asia akan dapat digunakan dan Malaysia pun akan dapat impak positifnya...

"Ala Kulli Hal", terima kasih Mr. Seigo, Miss Areko dan lain-lain atas kunjungan kalian ke Homestay Seterpa. Semoga bertemu lagi pada masa akan datang... "Arigato Gozaimasu".
19 Feb
[ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ
Oleh [ProTaz]™ Uwais AlQorny AL-HAFIZ dalam UwaisOnline™ pada Jumaat, 19 Feb 2010, 7:59 PM

Origin of key cosmic explosions unraveled

CHICAGO (AFP) – Astronomers who have long used supernovas as cosmic mile markers to help measure the expansion of the universe now have an answer to the nagging question of what sparks the massive stellar explosions.

"These are such critical objects in understanding the universe," lead author Marat Gilfanov of the Max Planck Institute for Astrophysics in Germany said Wednesday in describing his team's study.

"It was a major embarrassment that we did not know how they worked. Now we are beginning to understand what lights the fuse of these explosions."

Most scientists say Type 1a supernovae are formed when a white dwarf star -- the collapsed remnant of an old star -- becomes unstable after it exceeds its weight limit.
 
Instability could come from the merging of two white dwarfs or accretion -- a process in which the gravity of the star draws in enough material from a sun-like companion.

Using NASA's Chandra X-ray Observatory, Gilfanov and his team studied the supernovas in five nearby elliptical galaxies and the central region of the Andromeda galaxy.

"Our results suggest the supernovae in the galaxies we studied almost all come from two white dwarfs merging," said co-author Akos Bogdan, also of Max Planck.

"If the supernova were produced by accretion, the galaxies would be roughly 50 times brighter in x-rays than actually observed."

Further study will be needed to determine if merging is also the primary cause of supernovae in spiral galaxies.
Pinpointing a possible supernova prior to the explosion is also extremely difficult, the researchers noted.
Pairs of white dwarfs are incredibly difficult to find. And once the white dwarfs spiral into distances when they are about to merge, it takes just a few tenths of a second for them to explode.

Knowing how supernovas are formed is key to better understand how they can be used to measure cosmic distances and tracing dark matter, said Mario Livio, an astrophysicist with the Space Telescope Science Institute in Maryland.

"We use Type 1a supernova to determine the properties of dark energy in order to be able to do that accurately we need to fully understand the evolution of the power of the luminosity of these supernovae," Livio said in a conference call with reporters.

"There is (also) this process that we call feedback -- namely all supernova play an important role in the evolution of their host galaxies."

The study is published in the February 18 edition of the journal Nature.
18 Feb
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Khamis, 18 Feb 2010, 7:14 PM

Ayah Lang, abang Mami sudah tiada...

Selepas Solat Asar di Pondok Terosan, Pasir Tumboh. Ada 3 "miscall" yang aku terima; daripada Mami, Ziana dan Dato K. Aku terus menelefon Mami untuk bertanya khabar, apakah sebabnya tiga miscall daripada keluarga yang sama menerjah HP aku? Aku terus dimaklumkan oleh Mami dengan emosinya yang tenang dan bersahaja bahawa Ayah Lang sudah meninggal dunia. Si dia menuju ke hadrat Ilahi disebabkan barah otak. Terus aku teringatkan Muallimah Arina semasa di SRI Aman yang juga telah meninggalkan alam cubaan ini kerana barah tulang. Dan juga teringat kepada Akhi Bayyi, kawan, abang yang juga merangkap Presiden Perdana yang juga pergi bertemu Pencipta kerana barah...

Aku terus tergamam dan terpaku sejenak. Aku hanya sempat berkenalan dengan Ayah Lang dalam 2 tahun lepas. Masa itu aku pulang ke Taiping menemani Mami sekeluarga berhari raya Aidil Adha di sana. Perkenalan yang sebentar itu, aku dapat rasakan ukhuwwah yang terbina. Inilah dikatakan Al-Ukhuwwah Fid-din. Ayah Lang mempunyai 3 orang anak lelaki kalau tak silap aku. Salah seorang daripadanya sudah berkahwin iaitu Hafiz. Aku mengenalinya semasa aku berulang-alik menziarah Mami di Sunway Kayangan. Semoga Hafiz sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan hidup...

Kemudian, atuk iaitu mak Mami, terus menyuruhku mengadakan Solat Hadiah kepada Allahyarham. Aku diam sejenak, aku terus bersetuju dengan harapan atuk tersebut walaupun aku menyedari Solat Hadiah ni tidak thabit dan jelas kedudukannya dalam syariat. Disebabkan suara atuk yang sayu dan penuh harapan, aku akur...

Tambah lagi kejutannya, dia menyuruh aku mengadakan solat itu secara berjemaah, aku terpaksa mengiyakannya walaupun amat mustahil aku mampu merealisasikannya sehinggakan tahlil 40 di kampung aku pun, aku acuh tak acuh menghadirinya. Malah, atuk menanyakan aku berapa upahnya atau sedekahnya. "Terfikir aku seketika, Qorun kurun mana yang mampu menyedekahkan ganjaran dan upah kepada Nabi Muhammad SAW yang datang membawa Islam kepada semua manusia di bumi ini". Terus aku menolak pelawaan atuk....

Apa-apa pun, aku berdoa supaya roh Ayah Lang digolongkan di kalangan Para Anbiya, Para Siddiqin, Para Syuhada, dan Para Solihin dan aku juga sedemikian rupa. Amin Ya Rabbal Alamin...
 
Mior Khabir Zikri
Oleh Mior Khabir Zikri dalam H·R Studio pada Khamis, 18 Feb 2010, 6:19 PM

Barakallahu Lakuma


Nampaknya Shafareez sudah mendahului aku. Eh, aku ni sudah ada calonkah?

Orang kata hero memang selalu lambat. Apapun, aku ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan buat rakan seperjuangan dari tahun 2001 sampai 2009 (sekarang pun masih seperjuangan, tapi tidaklah di batas ruang yang sama), semoga berbahagia sokmo bersama pasangan.

Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fil khair.

---

Entri di atas ditujukan seolah-olah sedang berinteraksi dengan bakal mempelai tersebut. Jangan hairan ya jika saya tidak menggunakan 'saya' di atas. :)

17 Feb
Mior Khabir Zikri
Oleh Mior Khabir Zikri dalam H·R Studio pada Rabu, 17 Feb 2010, 11:36 PM

Desainer Yang Sibuk - Bahagian 2


Eksperimen kedua. Dinaik taraf. Sudah ada latarbelakang. Ah, saya sudah mula asyik dengan kartun strip. Tapi, bagaimana dengan Budak Bionik: Next Gen?

Oh, tidak...!

Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 17 Feb 2010, 6:56 PM

JANGAN MENIKAH karena ....

1. Jangan menikah karena harta
Tidak ada gunanya hidup bergelimangan harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.


2. Jangan menikah karena perasaan asmara
Rasa tertarik, simpati, yang merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah dengan rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.


3. Jangan menikah karena rupa saja
Kecantikan yang diluar memang indah, tapi akan hilang dimamh usia.Utamakanlah kecantikan yang di dalam.


4. Jangan menikah karena rasa kasihan
Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan.


5. Jangan menikah untuk kepuasan seks saja
Memang seks yang suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.


6. Jangan menikah karena paksaan keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.


7. Jangan menikah karena desakan usia
Bila usia sudah meningkat dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal datang kita sapu." Hindarilah tindakan tersebut. Sabar dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda.


8. Jangan menikah untuk membalas jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi bukan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata. - Menikahlah menurut rencana Tuhan - Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah. Jika tidak diteguhkan oleh Tuhan. Karena Tuhanlah yang menciptakan manusia sepasang-sepasang.


Tanpa persetujuan Tuhan, tidak mungkin manusia dapat bersatu !
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 17 Feb 2010, 6:55 PM

Istiqomah dalam mengerjakan sembahyang ialah:

1. Sembahyang di atas waktunya (awal waktu).
Kalau kita boleh sembahyang di awal waktu, teruskan di atas waktu. Jangan sekejap awal waktu, sekejap lewat.


2. Berjemaah.
Jangan sekejap berjemaah, sekejap tidak.


3. Ketertiban dalam sembahyang.
Kalau kita memang jenis sembahyang yang tertib, slow and steady, teruskan. Jangan sekali sekala tertib, sekali sekala laju.


4. Menghayatinya.
Kadang-kadang kita hayati, mendalam rasa, masa sembahyang tetapi kadang-kadang sembahyang yang lahir sahaja. Istiqomahkanlah menghayati sembahyang itu.


5. Kalau kita istiqomah sembahyang sunat rawatib, teruskanlah kerana ia menampal kecacatan sembahyang fardhu.
Beristiqomah dalam sembahyang sunat sama juga seperti sembahyang fardhu. Sedangkan istiqomah itu antara ciri kewalian.
Itulah jenis-jenis istiqomah dalam sembahyang. Jadi kalau kita faham konsep istiqomah pada sembahyang ini maka kiaskan lah juga pada puasa dan zakat kecuali naik haji. Haji tidak perlu istiqomah sebab sekali cukup. Kiaslah dengan ibadah yang lain.
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 17 Feb 2010, 6:54 PM

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikanlautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.


13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.


17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.


18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.


19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.


20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.


23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.


24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.


25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 17 Feb 2010, 6:53 PM

SUKSIS UIAM


Salam, bila melihat gambar ini teringat aku kehidupan aku sebagai Presiden dan Anggota SUKSIS UIAM. Sangat mencabar dan beribu pengalaman aku timba dengan keanggotaan aku di dalam Kor yang hebat ini. Imbauan sejarah, bila aku habis Halaqah 2 di UIAM, aku mencari satu co-curricular course yang mencabar untuk aku isi sebagai warga UIAM Gombak. Pada masa itu, aku teringin sangat nak masuk Palapes yang akan mengajar aku erti disiplin, ketangkasan dan kelelakian.


Aku pada awal tahun ke-2 (2005) berada di UIAM terus bertemu dengan Tuan Wari, Penyelaras Kor Wataniah UIAM untuk menanyakan perihal Palapes UIAM. Malangnya, Tuan Wari mengatakan perancangan untuk mewujudkan Palapes lambat lagi. Aku terus pergi ke pajabat Tuan Anuzi untuk mencari alternatif lain.


Apabila aku sampai di Pejabat Ko-Kurikulum UIAM, ada satu Kor baru ditubuhkan iaitu SUKSIS. Aku lantas mengisinya dan hadir taklimat di LT Admin Building. Malangnya, Aku, Saiful dan 2 orang lagi sahaja yang hadir. Nampaknya SUKSIS UIAM akan dibubarkan kalau ahli tidak cukup satu squad ni. Aku terus menjaja dari bilik ke bilik mencari ahli, antaranya bertemu dengan Azizul, Ezuan dan lain-lain sahabat.


Pendek cerita, alhamdulillah tertubuhlah SUKSIS UIAM dengan kekuatan lebih kurang 60 orang.


Pada masa itulah aku kenal ramai orang, Shima, Ayap, Azam, Ami dan banyak lagi (tak larat nak taip nama semua orang, haha). Banyak pahit manis, gosip liar, gaduh-gaduh, gila-gila yang aku kongsi dengan Batch pertama SUKSIS UIAM ini. Yang paling perit ialah tuduhan aku menyalahgunakan akaun dan kuasa. Tetapi, aku anggap semuanya sebagai satu didikan khas untuk aku menjadi seorang yang lebih matang.


Bila aku terkenangkan SUKSIS dan batch kami ini, bergenang air mata kerinduan dan sayang kepada sahabat-sahabat semua. Minggu lepas ada jumpa Tuan Azam, berbual-bual di Restoren Teh O Ben 50 Sen, bincang pasal En. Baharin yang sakit di Semenyih. Makin sayu hati mengenangkan kenangan semuanya. Minggu sebelum itu plak, seorang Sahabat SUKSIS meninggal dunia akibat kemalangan. Al-Fatihah untuk Onn, semoga bertemu lagi di alam sana.


Dengan SUKSIS, aku dapat belajar erti setiakawan, erti disiplin dan erti kepolisan. Semoga Polis sebenar yang bekerja di PDRM sekarang dapat merasai erti ini untuk sama-sama meningkatkan mutu kepolisan Malaysia.


Kemaskini pada,
7 Febuari 2010.
Muhamad Adib Mohamed Saat
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat dalam .:: MtaQBoYz::. pada Rabu, 17 Feb 2010, 6:52 PM

Bermula dengan takbiratul ihram, berakhir dengan salam...


Assalamualaikum Warahmatullah, aku beri salam selepas mengimami Solat Maghrib tadi di Masjid Mukim Seterpa, Masjid yang menjadi makmal untuk tikus ini diuji sebagai Imam, Khatib, Pentazkirah dan lain-lain. Bila salam keduaku sempurna, ku memandang lajuran saf pertama dan kedua, semuanya pakcik-pakcik yang "seasoned", terfikir aku sejenak, mana perginya sahabat-sahabat yang sebaya denganku untuk memeriahkan lagi rumah Allah ini. Terkedu aku sejenak. Terus aku mengimbau kenangan lalu di MTAQ, bukannya satu atau dua saf, tapi puluhan saf penuh dengan kengkawan, adik-adik dan abang-abang sebaya denganku. Pakcik-Pakcik dan Ustaz-Ustaz boleh kubilang dengan jari...

Aku pulang ke rumah, mengambil adikku Syakirah, lantas menghantarnya ke tuisyen. Dalam perjalanan pulang, timbul rasa tanggungjawab dan keinginan untuk daku menongkah arus cabaran. Cabaran untuk memanggil sahabat-sahabat sekalian mengimarahkan Masjid. Tapi, rata-ratanya pemuda-pemuda kampungku hanya pergi sembahyang Jumaat sahaja, tu pun ada yang MC. Masa ini aku merasa rindu dengan rakan-rakan Usrah di MTAQ dan UIAM. Terasa kehilangannya dalam keadaan ku begini. Aduh...

Habis Solat Isyak tadi, aku pulang dengan keazaman, apabila tiba masanya nanti, akan aku tukar sistem atau peranan masjid dalam men'tackle' isu remaja yang sekarang ini jauh sangat dari agama, jauh sangat dari zikir, jauh sangat dari Solat, jauh sangat dari Tuhan Rabbul Jalil. Ya Allah berikanlah daku kekuatan untuk berbakti kepada masyarakat, kerana siapa lagi yang harus aku sandarkan dan harapkan kalau bukannya aku. Fatuba lil Ghuraba'... Itu harapanku...

Setibanya di rumah, kesunyian menyelubungi benakku. Mak sudah tidur dengan Adam. Abah dengan laptopnya di dalam bilik. Terasa kerinduan pada isteri yang nun jauh di Segambut sana, membuak-membuak di dalam jiwa. Benarlah kata orang, "Sayangkan Isteri, Tinggal-Tinggalkan". Kalau si Dia ada, boleh menjadi peneman keluhan rasaku ini.

Coretanku...