Web MTAQ:Panduan
Daripada MTAQ.edu.my.
Rencana ini ditulis bertujuan memberi penerangan mengenai tapak web MTAQ dan sistem pengurusan kandungannya. Sila patuhi segala panduan dan peraturan yang digariskan dalam rencana ini.
Senarai sukarelawan
Rencana yang perlu disiapkan
Berikut adalah rencana yang belum disiapkan dalam Web MTAQ. Untuk menulis rencana-rencana ini, klik pada pautan yang disediakan. Setelah selesai, tekan "Simpan laman". Anda tak perlu menyiapkan keseluruhan rencana dalam satu masa; anda boleh memperbaikinya dari masa ke semasa.
- Guru—Masukkan maklumat-maklumat mengenai tenaga pengajar MTAQ, berserta dengan gambar.
- 2006—Salin semua berita daripada kolum Diari MTAQ dalam majalah Al-Hafiz '06.
- Analisis keputusan SPM 2006, Analisis keputusan SMU 2006, dan analisis keputusan yang lain.
- Alumni—Wakil/Koresponden daripada Persatuan Alumni MTAQ diperlukan; masukkan maklumat-maklumat mengenai pergerakan Persatuan Alumni dan berita-berita yang berkaitan.
Panduan penyuntingan
Wikitext
Web MTAQ menggunakan markap wikitext. Berikut adalah sedikit pengenalan mengenai wikitext:
| Rupa sebenar | Teks asal |
|---|---|
|
Anda boleh mencondongkan teks dengan meletakkan 2 koma atas (') pada kedua-dua belah teks. 3 koma atas akan menebalkan teks. 5 koma atas akan menebalkan dan mencondongkan teks. |
Anda boleh ''mencondongkan teks'' dengan
meletakkan 2 koma atas (') pada kedua-dua belah
teks.
3 koma atas akan menebalkan '''teks'''.
5 koma atas akan menebalkan dan mencondongkan
'''''teks'''''.
|
Tajuk bahagianTajuk boleh menbahagikan tulisan anda kepada beberapa bahagian. SubtajukGunakan lebih banyak tanda sama dengan (=) untuk mencipta subtajuk. Subtajuk yang lebih kecilJangan langkau mana-mana peringkat, seperti daripada dua terus kepada empat tanda sama dengan. | == Tajuk bahagian == ''Tajuk'' boleh menbahagikan tulisan anda kepada beberapa bahagian. === Subtajuk === Gunakan lebih banyak tanda sama dengan (=) untuk mencipta subtajuk. ==== Subtajuk yang lebih kecil ==== Jangan langkau mana-mana peringkat, seperti daripada dua terus kepada empat tanda sama dengan. |
| * Mudah sahaja membuat ''senarai tak bernombor'': ** Mulakan setiap baris dengan tanda bintang. *** Lebih banyak bintang digunakan untuk peringkat yang lebih dalam. |
Sebuah baris baru menandakan penghujung bagi senarai tersebut.
| # ''Sebarai bernombor'' adalah: ## Amat teratur ## Mudah diikuti Sebuah baris baru menandakan penghujung bagi senarai tersebut. # Senarai baru dimulakan dengan nombor 1. |
|
Ini ialah pautan kepada Laman Utama. | Ini ialah pautan kepada [[Laman Utama]]. |
Sila lihat http://meta.wikimedia.org/wiki/Help:Wikitext_examples untuk rujukan penuh.
Gaya Penulisan
- Sila gunakan gaya penulisan yang matang.
- Huraikan setiap perkara dengan terperinci.
- Jangan gunakan ejaan singkatan (seperti "dlm" dan "yg"), sebaliknya gunakan ejaan penuh.
Soalan-soalan lazim
Umum
Siapakah webmaster MTAQ?
Web MTAQ tidak ditadbir oleh seorang webmaster. Untuk mengelakkan bebanan dan mengatasi masalah webmaster yang tidak tetap, web MTAQ sentiasa disunting dan dikemaskini oleh sekumpulan sukarelawan. Oleh itu, ia akan sentiasa dikemaskinikan secara berterusan.
Anda boleh menjadi sukarelawan jika anda mahu. Sila lihat soalan berikutnya.
Bolehkah saya menjadi sukarelawan?
Boleh. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian sahkan e-mel anda. Bila pendaftaran selesai, anda boleh menyunting mana-mana laman.
Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi sukarelawan:
- Warga MTAQ
- Berjanji untuk tidak melakukan kerosakan
- Sentiasa mengemaskinikan kandungan
Kenapa Web MTAQ tidak cantik?
Adalah sukar untuk memuaskan cita rasa semua orang. Ada yang memuji, ada juga yang mengkritik. Apa-apa pun, reka bentuk langsung tidak menjadi prioriti kami. Kami hanya pentingkan kualiti kandungan. Kami mahu memastikan pelawat Web MTAQ memperoleh maklumat yang dicari.
Kenapa tiada forum?
Sebelum ini sistem forum mengundang kepada perbalahan yang tidak matang antara pengguna dan pernah menimbulkan kontroversi. Kami terpaksa hentikan sistem ini. Kalau anda mahu berbincang secara on-line dengan warga MTAQ, anda boleh menyetai eGroups MTAQ.
Kenapa tiada galeri gambar?
Kami akan memuat naik gambar-gambar yang berkaitan dengan MTAQ kalau masa mengizinkan, insya-Allah.
Sistem pengurusan kandungan
Apakah kaedah pengurusan kandungan yang digunakan dalam Web MTAQ?
Web MTAQ menggunakan sistem wiki. Sistem ini membolehkan sesiapa sahaja menyunting mana-mana laman. Konsep ini mungkin agak aneh pada mulanya. Akan tetapi, secara praktikal, sistem wiki amat berkesan. Wikipedia ialah contoh terbaik bagi tapak web yang menggunakan sistem ini.
Apakah kebaikan sistem wiki?
- Semua penyunting bekerjasama untuk menyiapkan sesebuah rencana. Kaedah penyuntingan secara berkumpulan ini akan menghasilkan rencana yang berkualiti tinggi.
- Penyunting tak perlu belajar HTML atau apa-apa bahasa pengaturcaraan untuk menyiapkan sesebuah laman.
- Mana-mana laman boleh disunting oleh sesiapa sahaja.
"Mana-mana laman boleh disunting oleh sesiapa sahaja." Tidakkah ini mengundang kepada vandalisme?
Tidak. Para penyunting akan sentiasa memantau dari masa ke semasa. Jika terdapat sebarang vandalisme berlaku, kerosakan tersebut akan dibaiki dengan segera, dan mana-mana pengguna yang dikenalpasti melakukan vandalisme akan dibekukan akaunnya.
Saya tak setuju dengan sistem wiki ini!
Web MTAQ sejak sekian lama dibina dan dipelihara oleh sekumpulan sukarelawan yang bertungkus-lumus untuk menyediakan kandungan yang berkualiti tinggi. Anda seharusnya menghargai usaha mereka
.
Bagaimanakah menyunting laman?
Anda perlu log masuk terlebih dahulu. Pergi ke mana-mana laman yang ingin diubah. Kemudian, tekan pautan "sunting" yang terletak di sebelah atas. Setelah siap, tekan butang "Simpan laman".
Bagaimanakah memuat naik gambar?
Untuk memuat naik (upload) gambar, anda boleh pergi ke Khas:Upload, atau anda boleh mengklik pautan "Muat naik" yang terletak di sebelah kiri. Anda perlu log masuk terlebih dahulu.
Untuk memuat naik klip video, anda boleh menggunakan perkhidmatan YouTube.
